Follow Viruspadu

Thursday, July 08, 2010

Ceeramoon itu adik saya :)



Ok. seperti yang saya janjikan. satu minggu saya akan buat satu entry untuk semua yang masuk contest belkin saya itu hari. Ntah bila habis tu tak tahu la. tapi yang pasti semua saya buat ok. :)

kali ni adalah turn adik saya sendiri. ceera atau pun ceeramoon atau pun atam atau pun zanira atau pun ermmmm isketambola hahaha

ramai yang dah tahu kot saya dengan ceera adalah adik beradik. mungkin ada juga yang tak tahu. takpe. tak penting. cehhh

saya ada 9 orang adik beradik. saya no 6, ceera no 7. dan si sepet sengal tu yang bongsu. kiranya yang start blog dalam adik beradik adalah saya dengan ceera la. lepas tu diikuti oleh adik beradik yang lain secara paksaan hahaha.



nah ni entry contest ceera


*************

Aku pun nak masuk contest VP.. eh eh apa plak tak bule? bukan ada syarat2 adik badik takleh masuk, takde kan takde kan..
Syarat2 dia cuma, ko adalah followers viruspadu.com
Aku bukan saja sekali followers ok, tapi dua kali followers, huhu~ Kalau dia update, mesti nampak blog dia dua kali dalam dashboard aku. Malas nak delete, kasik biar gitu ajer...

=)

So, meh kita straight to the point saje la ye.. malas aku nak intro2 bagai...


Soalan2 vp adalah:
1 : Kenapa saya baca blog vp???

Kenapa ye??
  • Saya terpaksa baca blog dia uols, kalau tak baca nanti dicopkan adik durhaka plak, muahahaha...
  • Lagipun weols jarang contact each other, ye memang weols adik badik rapat. Tapi rapat2 weols pun takde maknanya nak bercalling2 setiap hari.. Oleh itu, kalau nak tau perkembangan semasa adik badik, kena la baca blog mereka... Sekurang2nya boleh la jugak tau dia tengah buat apa skang, anak buah plak makin comel ke makin comot, begitu lah...
  • Blog vp adalah best, sila percaya. Saya puji bukan sebab dia kakak saya. Tapi saya puji sebab saya nak menang Belkin G Wireless Modem Router, hehe.. *tipu. Eh betul la.. cuba la korang masuk blog dia, tak rugi punye. Kawan2 saya kat sini, kalau uols tak pernah masuk blog pink tu try la masuk baca. Sekali masuk membuatkan anda mau masuk beberapa kali dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi3...
  • Wpun blog dia berwarna pink dan pink pula saya tak berapa nak gemar, tapi takpe.. saya masuk jugak sebab blog dia tersangat la best!!! *bodek lagik..
  • Ada gaya vp punye entry tak, sebab saya cakap saya saya.. adakah saya nampak seperti seorang perempuan yang lemah lembut, hahaha.. pui
  • Ok ok, dah kot nanti mampus aku eh saya kena sepak dengan dia kang...
2: Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?
  • Sebab saya tak guna streamyx, hahaha.. mati la.. dah la tak guna streamyx, tapi ada hati lagi mau menang router...
  • Sebenarnya, saya ada cita2 mau tukar broadband ke streamyx, jadiknye apa salahnye kalau saya cop dulu itu router, nanti dah guna streamyx, tak payah saya nak beli router lagi... *rumah ada 1 pc ajer, berlagak nak guna router.
  • Lagipun saya nie kan adik diaaaaaaaa... lagi senang penghantaran nak dibuat. Guna tangan pun boleh. Tak perlu pos2, hehehe.. dan kot2 dia nak balik router tu, saya dengan baik hatinya boleh pulangkan balik. *yeke? kongsi2 maaaaa.. takde masalah punye. Satu hari atam charge singgit jerk, hehehe..
  • Tak pun saya boleh pasang kat rumah mak atau mertua.. bijak jugak tu...
  • Kasik la hadiah sebab saya bakal menjadik mommy. Eh, tapi saya nak barang baby, hehehe..
Ok ini entry tidak membawa maksud apa2 ye..
Tapi kalau menang pun best jugak, hahaha.. pening vp nak pikir..
Ni nak bagitau uols yang vp ada buat contest untuk menang mendalah wireless modem router tu. Kot2 la korang nak join, boleh la check blog dia ye.. di www.viruspadu.com


Tarikh tutup lambat lagi, 13Jun bulan depan. Gile lama sampai sebulan.. pening ko kang nak pilih pemenang... so, sila la buat entry macam yang aku buat nie ye..

Kalau lagi kreatip lagi bagussssssss...






*********

kalau ikutkan adik beradik memang saya nak kasik dia menang je hahaha. tapi tu la. sifat adil dan saksama yang tebal dalam diri saya ni payah nak sangkal haahaha poyo. kata angelic jemah kannnn. harus la bersifat angel lagi terpimpin. yang layak saya pilih. tiada isu kroni di sini. chewahhhh.

tapi sebenarnya saya suka entry ceera ni, baca sambil tersenyum2 kambing. almaklumlah dia pembaca setia saya ok. siap dua kali follow hahaha. lawak giler. tu sebenarnya dia update viruspadu.blogspot.com ngan viruspadu.com. disebabkan blogspot redirect ke dotcom tu pasal dua2 dia update tu kekekekeke

ceera punya belog memang hits tinggi. sebab belog dia banyak info berguna. banyak info banyak tutorial rujukan dan macam-macam lah.


Keisha yang comel

yang mana tak penah klik, boleh la klik blog dia. nak nak pulak sekarang dia ada keisha yang comel dan pinky itu. bertambah meriah la belog dia lepas ni :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

omg!! comelnyerrr keisha in PINK...

peej said... [Reply to Comments]

oleh kerana dia tak menang. kuakuakua. matiklah siap gelakkan org kan.
kata kat dia. dtreamyx sekarang package mmg dapat wireless modem. kira mcm 2 in 1. takyah router. sudah boleh online kat byk2 pc n laptop.
motif siap promo streamyx?

Ieda Al-Habsyi said... [Reply to Comments]

laa..baru ku tahu adik beradik, memang blog korang bertiga memang bestttt! :)

viruspadu said... [Reply to Comments]

peej
hahahaha sian dia tak memang hahaha.

ieda,
a ah kitorang adik beradik. kadang2 durhaka sikit antara satu sama lain hahaha

ArELeEz said... [Reply to Comments]

rase rugi plak xjoin contest belkin tuh! if x, buleh jadik fames amos kat blog kak jemah nie.. hu3.. sgt sedey.. sob2..

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

cOMEY GIler keIShaaa..!! wee~~

Ceera said... [Reply to Comments]

atam baru je baca entry nie oh, hehehehehe..

takpe la.. atam tak kisah
menang kalah adat pertandingan, muahahaha..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^