Follow Viruspadu

Sunday, July 18, 2010

damsyik bertukar pizza

malam tadi.

tetiba saya teringin nak makan kat damsyik. damsyik nasi arab. macam sedap. so teringin.

saya cadangkan tu dah lewat jugak. pada saya la. sebab masa tu dah kul 8 dah. yelah kitorang kan jenis tak makan malam. jadi kul 8 mencadangkan makan adalah dikira lewat untuk keluarga kecil ini.

seperti biasa jugak. en.laloque akan angguk ajer. kali ni takde jelingan tajam. sebab jelingan tajam tu akan muncul semasa bini dia rikues nak shopping dan suruh dia bayar je hahaha. well dengan sape lagi saya nak pisau cukurkan. takkan dengan anuar zain pulak. tak seswaiiiiiii

kul 8.45 baru gerak dari rumah.

dalam 9.30 sampailah depan damsyik.

giler kauuuuuuuuu ramai nau orang. sampai parking pun takde. orang melimpah2 keluar.

"ramainya ma"
"canne ni"
"ntah"
"takyah la, jom ah kita beli susu budak je"

terus cancel sebab ramai.

"kita gi hari biasa je la yang, malam minggu ni ramai kot"
"ha ah la. yo lah"

sudahnya ke giant beli susu. terus en.laloque ajak layan pizza. siyes dah lama tak makan.


anoi dari dalam kereta dia dah tido dah






saya yang tak mekap langsung :p

pizza pun nak katup dah wei. kitorang masuk pun dah kul berapa dah kan. seploh kot. merasa la tengok budak2 pizza buat keje asing2 botol sos hehehe.

damsyik tunggu aku ya habibi ya maulana

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

MasLieNa said... [Reply to Comments]

Kak bernasib baik sebb walaupun nak tutup kak jemah masih leh makan pizza,kami semalam p masuk duduk,pastu kira dah pilih menu2 la,last2 ada budak pizza mai gtau "kakak piiza dah abis la,depa kat dalam dah simpan semua pizza..aaa angin satu badan,kenapa tak bagitau masa nak masuk tadi!!!!"
Sorry kak jemah terover ni..ehehhee

Mya said... [Reply to Comments]

nampak lain plak jemah pakai tudung gini :)

http://blogmaya.com

nasaoji said... [Reply to Comments]

tgk akak mkn kat piza, tingt last week, kt mkn spegeti kat ctu, amik yg jenis thai punya, balik umh, trus sakit perut,..cirit2 smpai la!...

tp, mak saya ckp, perut pas pantang tak tahan lg nak trima sgala maneka mknn ghupe itu..ye ke?..

Qila Azali said... [Reply to Comments]

waa pakai selendang laa! cantik kot akak pakai.. sesuwai jee.. (:

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

baru pergi damsyik tadiiiiiiiiiiiiiiiii
nyum nyum nyumm
boleh la..
al rawsha jalan ampang lg sodapsssss

lepas ni mau try apa lg???

ooo nasik ayam kak jemah eh salah nasik ayam kenyalang

mementang ade LEKAS, kemain rajin merayap ke somban la ni ha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^