Follow Viruspadu

Friday, July 30, 2010

Hanybunny Menulis & Merepek :)

Salam semua, tiap kali hari jumaat je maka keluarkan entry blogger kan, macam berjanji pulak, padahal kebetulan je ni. padahal saya tak pernah tetapkan saya nak keluarkan entry blogger hari apa2 pun.

Ok kali ni adalah turn belog Hanybunny yang belog dia adalah berkisarkan kehidupan dia suami isteri, serta sedikit perkara yang terjadi dalam kehidupan dia yang mana mungkin korang semua tidak pernah alami. Blog dia selalunya di update oleh isteri, sekali sekala jer suami nya update ;) ~ ayat kopipes hahah :p

Jom kenal Hany. ini pun saya kopipes jugak. giler senang bukan featured blogger kali ni, sebab kat belog dia semua dah ada dah. nak apa klik je terus dapat hehehe. very the mesra pembaca gitu kan.

ade sedikit sifat manja (kata anak bongsu kan), sikitt jer yer...masih memegang lesen P, pastu tak pandai bawak kete manual. tapi kena gak bawak sbb Tom Grey MZ manual.akan selalu la baca dlm blog ni pasal ke sengalan bawak kete, kete mati atas bukit (bukit yg tak berapa bukit laa), parking tak betol. Agak kerap outstation, sian MZ kena tinggal...makin tombam, diet pon tak turun turun jugak...lemak degil betol laaa...

Tiada adik beradik lain dah, semua dah meninggal, and sorang je pompuan dalam keluarga.yang paling ketara, hany ni peminat HIJAU. (tengok layout blog mesti dah tau kan). dia je yang selalu hapdet blog nih, (gila kuasa sket nih, kate blog ni kepunyaan bersama...)


comel kan

nak kopipes pasal husband dia tetiba rasa malu hahahaha. takpelah korang klik sana kalau nak tgk wajah hensem suami beliau ok. saja kasik saspen sikit eceh.

ok ini entry contest beliau itu hari :)


Waaa tajuk panjang jugak nih...hehehe kali nih join contest lagik, anjuran KAK JEMAH, yerrrr kak jemah blogger terkenal tuh, sape tak kenal kan!!! Contest nya adalah buat satu entry :


i. Saya baca viruspadu.com kerana____________
ii. Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?


ha, karangla apa yang korang nak karang yer...owhhh kalau nak tahu pasal syarat and apa yang perlu lagik jom lawat kak Jemah k.



Kak Jemah,
Saya baca viruspadu.com kerana,

- Blog milik kak jemah nih sangatlah sempoi dan selumber cara penulisannya.

- viruspadu.com nih banyak info, yer betol...kalau korang tak caya cuba korang g tengok and cuba baca. banyak info yang kak jemah nih tulis kat blog dia untuk dikongsikan bersama dengan pembaca setia dia nih. Walaupun info tuh tak ditulis secara direct, dari segi penceritaan dia mengenai anak anak dia, pengalaman dalam mendidik serta membesarkan anak anak, terselit info yang mana belum tentu orang lain lalui.

- kak jemah sebagai pemilik dan penulis viruspadu.com nih tak sombong, tak berlagak orangnya. pastu ramah tamah lak tuh. tak termasuk lagik dengan kechanteqan serta kechumelan kak jemah. suker you tengok kulit kak jemah...very the licin. ;)

- ada anoi dan nisa yang cute dan chumel yer. yer lah saya yang masih tidak mempunyai anak nih, terhibur jugak melihat teletah dan gelagat anoi dan nisa yang mana kak jemah selalu ceritakan dalam viruspadu.com nih.

- di viruspadu.com nih, kak jemah tak malu dan segan menceritakan benda benda yang saya rasa mungkin orang lain malu nak citerkan, contohnya macam kak jemah tak reti isi minyak kete (hehehe ampon kak jemah bagitahu semua orang, xper sy pon tak reti gak)

- kak jemah sokmo jer buat review pasal tudung dia beli...brape hengget pon haraga nya kak jemah tak malu nak share, yang mahal ke murah ker...dia tetap bagitahu. saya pon peminat tudung yang ada awning nih and saya sangat jelesh bila tengok kak jemah beli tudung batik kaler hyejau...uhhh jeleshhhh jeleshhh

amponnn kak jemah, tempek gambor kak jemah kak blog hyejau nih



hurmm itu adalah antaranya sahaja yang dapat saya bagitahu, kok kalu ditulis semuanya, maunye panjang berjela, kan nanti kak jemah tak larat pulak nak baca kan kan kan! ;)


Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?
- alaa kak jemah, saya nak modem tuh sebab saya nih tak lagik liputan internet tetap, chewah ayat...guna broadband je kok, pastuh lak pepaham je la kan, camno coverage nye nih kan.

- mahal tuh kak jemah, kan besh kalau kak jemah hadiahkan pada saya sempena besday saya 16 mei dan sempena besday suami saya 13 mei nih. ;)


okaylah kak,
itu lah dia penyertaan saya kak...nanti terjah yer blog saya, pastu bagitahu layak ke tak join contest nih padahal nak komen dari viruspadu kat sini ;). bukan senang kak jemah nak komen kan...bangga tuh kalu ada komen dari viruspadu.hehehe ok daaa kak jemah.


**************************************

dik, laptop baru amacam, kalau tak ok kasik sini, biar ahkakjemah ko yang kasik repair meh eceh

ok dah tu

sekian :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

suamihanyisterizuki said... [Reply to Comments]

huhu,
patotla ramai yg terjah belog hr ni, ropenya dah kuor kt sini...tq ahkak jemah...

**lappy br dh ok...hohoho holicks, kalu lappy sendirik, bleh buat bling bling cam kamera ahkak jemah...**

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

saya pun jeles tgk tudung kak jemah ni tahu tak????







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^