Follow Viruspadu

Monday, July 12, 2010

Hebatnya seorang IBU

maksud saya bukan saya hebat. ye memang saya ibu. ibu kepada 3 orang anak. alesha, annisa dan annur :)

keadaan biasa tiap kali nak balik cheras




nisa lebih manja dari anoi.

dan buat masa ni, anoi banyak beralah dengan kakak dia. mungkin anoi dah biasa kot. yelah kan dulu nisa sorang. semua dok tatang2 dia sorang, jadi dia memang manja terlebih sudah. anoi dah terbiasa mengalah.

anoi tengok je kakak dia. kesian pulak saya tengok.

kejap je anoi dapat sabar tu. tak sampai 5 minit. terus dia lepuk muka kakak dia suruh beralih. dia pulak nak baring kat mama hahahaha. nampak je muka lembut anoi tu, sekali dia lepuk memang sakit. meraung2 kakak dia kena buli ngan adik hahahaha

HEBATNYA seorang IBU

saya tak bagi tahu langsung mak saya yang saya nak balik. kiranya sms tak call tak apa tak. terus balik je.

Abah: Apasal has goreng cempedak ni banyak sangat, bukan ada sape nak makan
Mak: Nanti ada yang balik tu, tunggu je la

macam mana mak saya boleh agak anak dan menantu hantu dia ni nak balik ek.

HEBAT GILERRRRRRRRRR


hangus2 sikit ni yang sedap niiiiiiii

saya sampai je terus makan

"andak kau masuk rumah tadi kaki kanan ke kiri"
"eh kanan la makkkk"
"oh nasib baik hahahaha"

saya bantai je jawapan tu. mana la saya ingat nak langkah kaki apa sebab hidung dah terbau2 cempedak diluar pagar hahaha. harum semerbak nom nom nom nom


nisa melekat dengan maksu kalau maklang takde :)

terima kasih mak.

ohye, mak saya ada kasik petua kempiskan perut. saya terai dulu seminggu. kang kalau ada bunga2 bahagia saya belogkan okeh. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

12 komen[s]:

aMiYs said... [Reply to Comments]

oh, kak jemah.... cepat2 try pastu bgtau eh petua... menggeletek sy ni nk kempiskan perut ni.. huhuhu...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

naluri mak selalu nya betul...wah ganas annur tu yer..sian kak cica..

cpt2 lah war2kan yer...

@yue said... [Reply to Comments]

x sabar 44x..zikir kt tinge kak jemah...copek la sminggu haha...

rsa cm nk kidnep anoi!

Arin said... [Reply to Comments]

betul tuh VP. mak kita ni sense dia kuat.sok sok kita pon gitu le..:)

viruspadu said... [Reply to Comments]

aMiYs
akak pun tak sabar nak tunggu keputusan ni :p

Softtouch [Hanim]
tu la, hebat betul seorang IBU

Arin
harap2 kita pun mcm tu

@yue
tak sabar gak nak buat entry tu

JMR said... [Reply to Comments]

naluri seorang ibu sgt hebat..saya percaya....

aLeen aVriL said... [Reply to Comments]

seksinya zack-u kat umah....pkai hot pants jer....

marinahunny said... [Reply to Comments]

oh semalam mimpi riba anoi..siap boleh main2 pipi dia..terasa lagi kegebuan pipi anoi..

rindunye nak ada anak..

MieZa said... [Reply to Comments]

tak sabar jugak..nak taw petua..hee~

Nanak said... [Reply to Comments]

mmg hebat sorg ibu kan..ok,petua tu cpt try...

nino said... [Reply to Comments]

betul tu jemah hebatnya seorang ibu. akak pernah try test 3 4 kali balik tak call dan sms bagitahu.akak cuma sms kat jiran belakang rumah bagitahu sebab takut mak tak de kat rumah. tiba2 mak masak nasi lebih dan siap masak rendang ayam. mak cakap kat jiran belakang rumah naluri seorang ibu mengatakan anak nak balik. jiran tu terkedu dan tak berkata-kata.

A.I said... [Reply to Comments]

alololo...syian anoi. tp kejap jelah leh bertahan kan? hehehe. sama sebijik ngan anak aku no 3 + 4 ;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^