Follow Viruspadu

Friday, July 09, 2010

Janji Manis Ku

Ini memang janji manis ku.

sebab dah janji kena tepati. kalau tak tepati rasa tak sedap hati. (eh macam pantun)


saya memang dah janji dengan pejal nak belanje dia.

sejak dia tolong saya carikkan fail itu hari. fail yang terpenting yang memang dah saspen giler kalau hilang ok. boleh jadik operate hempedu kali kedua lah dia punya bencana hahaha. giler betul.

dah la masa situasi panik2 itu saya kursus di KL. katanya fail hilang. perlukan segera antara hidup dan mati eceh over. tapi memang masa tu kritikal sangat keadaan dia. henfon asiklah berdering semacam kena saya jugak cakap kat mana nak cari fail.

kadang-kadang geram jugak. fail tu mesti dalam opis jugak. kalau call saya banyak kali pun saya memang tak dapat nak tolong cari. saya kursus. adoiyaiiiiiii. takpelah sabar sabar.

sudahnya saya call pejal. mintak dia tolongggggggg sangat carikan. sebab saya tahu saya boleh harap dekat dia. sebab dia memang bertanggungjawab, memang dia sungguh2 tolong bila dia kata dia nak tolong.

akhirnya pejal jumpa jumpa fail terpenting itu. phewwwwwwwww. keadaan saya giler punya parkinson kalau fail tu tak jumpa ok. hushhhhhhhh. tak tenteram dalam kursus. tak fokus dah. terus ucap terima kasih banyak2 dekat pejal. terus janji nak belanje dia makan hahaahaha.

kejadian tu dah lama sangat dah. masa tu anoi baru beberapa bulan. sekarang anoi dah setahun dah. punya la lama baru tunaikan janji.

"jadi tak ni pejal"
"betul ke puan"
"betul la"

hahahaha macam tak percaya lak dia.

pejal dan hazry the ninjatetel hahaha malu2 lak orang nak snap gambar dia cisss


kitorang keluar berlima, saya hazry, pejal, nuyui dan kakawin.

*wing wing baju cotton baru siap

depa 4 orang tu memang geng kamcing kat opis saya. saya je yang jarang join sembang2.

mekchu tak ikut sebab dia meeting. pelik pulak mekchu takde. tinggal kembar memang rasa lain sikit hehehe.

lawak lepak dengan dorang ni. sebab lawak tak boleh blah.

lawak paling terkesan dalam hati yang saya gelak giler2 kaw2 punya sampai lupa tatasusila dan tonggak doblas *tetibatonggakdoblas bila hazry nyanyi dalam kereta

Tertutup pintu hati
Minda tak berfungsi
Diketika itu
Tak tahu menilai
Mana yang tulen
Mana yang palsu ~ukays

bodoh giler ok hahahaha. ok ini lawak persahabatan nama dia. korang mesti tak paham hahaha



lagi satu lawak. tp lawak ni takde kena mengena dengan cerita kat atas la

saya lepak bilik en.ghimau. mengumpat sikit hahahaha. takde lah, kitorang cerita pasal dia pegi PTK itu hari. dia cerita ada la sorang tu belagak giler dengan dia. dia cakap mcm ni la lebih kurang
"aku dah kali ketiga amik ptk ni, aku memang lulus dah, saje nak amik lagi, nak dapat aras 4" (note: ptk aras 4 adalah paling tinggi. ) chewah ayat nak menang je kan. siap cakap exam kali ni senang berbanding yang sebelum ni. tetiba dia tanya en.ghimau. kali ke berapa amik ptk. sekali en.ghimau jawab

"ini kali kedua aku amik, sebelum ni aku dapat aras 6, kali ni aku amik nak turunkan jadi 4"

hahahahahahaha siot betul jawapan kau ok. tak terfikir dek akal akak nak jawab mcm tu ok hahahahaha. siotttttttttt



thanxs korang, buatkan hari saya hari gelak sedunia

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

kumichan said... [Reply to Comments]

hahaha...mengilai aku sorang2 pasal lawak ptk tu.......naper tak cakap nak turunkan dari aras 6 ke ground floor jek....

SUZIE APAI said... [Reply to Comments]

masa ni la nk gelak2 pun...bila ngadap bos, telan air liur ajer... time tak hengat doniaaaaaa

m'Z faRa.. said... [Reply to Comments]

okeh...baju cotton baru 2 jugak la saye nmpak kak jemah kak cafe bawah ngah minum ngan mekchu...ngee...

atty's said... [Reply to Comments]

wahaahha..jawapan en.rimau tu pun membuat kty ketawa terbahak2.padan muka..

littlehumblelynn said... [Reply to Comments]

ada jugak org gitu.....bukanke g amik PTK nak improve score...

dah lulus thn lepas...smp skrg tak naik2 tangga gaji..guano tuh??

gomen mmg xde duit ke?

viruspadu said... [Reply to Comments]

kumichan
tu la pasal, giler lawak

SUZIE APAI
ha kannn, masa ni la pun

m'Z faRa..
hahahaha yelah baca ini lah. :p

atty's
tu la pasal, jawapan giler sengal

littlehumblelynn
dia bergurau je la. itu kan lawak haha rasanya lulus xm takde kena mengena dengan naik gaji kot. naik gaji ikut markah lnpt. :)

mekchu said... [Reply to Comments]

kenapa lah mtg di saat2 itu????
eh, kerusi dan meja yg sama masa konon2 celebrate adzliq

soclose2213 said... [Reply to Comments]

jemah bj yg sama ngan kita jgk..bleh pakai sesama nagn sue sekali =.= pink cokelat hitam

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

sekali sekala lepak kt luar mcm ni best jg kan..

pizza tu mngancam jiwa raga lol..

MsFigure said... [Reply to Comments]

Kak Jemah, tu lagu kumpulan Slam la..bukan Ukays :P







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^