Follow Viruspadu

Friday, July 02, 2010

Jom kita belajar “tidak tahu”!

Kopipes dari belog kak edrina :)

Disediakan oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

Saya tertarik dengan status YM seorang sahabat di Mesir di dalam Bahasa Arab yang maknanya lebih kurang begini:

Belajarlah “aku tidak tahu”, kerana jika engkau belajar “aku tidak tahu“, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar “aku tahu” maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!

Boleh faham kot..

Pulang ke Malaysia ni, saya ditanya pelbagai soalan. Ada yang bertanya begini, “Saya dengar orang kata hukum A begini….” atau ” Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu” dan pelbagai soalan yang senada.

Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara’ ya.

Dalam tazkirah di Masjid Al-Ikhlas, Selayang Baru, beberapa hari lepas, saya ada menyebut betapa ada di kalangan kita yang menjawab persoalan hukum dengan ayat “saya rasa” atau “i think”. Respons dari jemaah masjid, saya lihat mengiyakan kenyataan saya.

Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, “Islam untuk semua”. Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.

Ulamak terdahulu ada yang menyebutkan, “Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga.” Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan “ini kan soalan simple je wahai Imam?”

Ulamak juga kata, perkataan “tidak tahu” itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para ulamak dahulu pun dibantainya.

Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu A’lam atau “aku tidak tahu”? Tentu sekali taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Bulan ramadhan ini mengajar kita bertaqwa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.

Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan tu. Keduanya jahilkan kelemahan diri tu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq. Kasihan bukan?

Maka itu kita kena budayakan sifat “aku tidak tahu”. Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syaikh-syaikh yang hebat, takkan tahu semua perkara. Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng pula tu. ;-)

Jom kita belajar “tidak tahu”!

Sumber : Http://aljoofre.iluvislam.com/

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

mekchu said... [Reply to Comments]

ya... sgt betul..

telah terpancar nur di wajahmu..

nur zaimah.. hahahahaha...

Mommy Lyna said... [Reply to Comments]

tak tahu


:D

amzah ian said... [Reply to Comments]

cun la kak

shadowz said... [Reply to Comments]

akak.. saya paham... hehe...

pssst, akak.... x terasa nak makan pisang goreng ke? lapo laa....

aibaks said... [Reply to Comments]

hmm... tak tahu?

edrina said... [Reply to Comments]

bosankan kalau berurusan dengan org bajet professor serba tau :-)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^