Follow Viruspadu

Thursday, July 22, 2010

Kalau sedang marah jangan menulis dalam belog

Baiklah.

itu la poin dia.

Kalau sedang marah, lebih baik jangan menulis dalam belog lalu mempublishkan dia tanpa berfikir. sebab kita tak jangka apa yang akan terjadi lepas tu. maksud saya kesan dan akibat dia lah.

Tanya la pendapat dengan orang yang betul kalau kita sedang marah.

kalau tanya orang yang TAK betul:
kita: aku bengang betul dengan blablabla, dah lama aku bersabar, sakit betul hati aku. kejap lagi aku nak tulis dekat belog. padan muka dia
kawan baik konon: aku sokong kauuuuuuuuu. kau buat je. padan muka dia. baru dia tahu kau siapa! suka2 pijak kepala orang. (dah terus mengapi-apikan keadaan)

kalau tanya orang yang sayang kita secara benar:
kita: aku bengang betul dengan blablabla, dah lama aku bersabar, sakit betul hati aku. kejap lagi aku nak tulis dekat belog. padan muka dia
kawan baik sangat: kenapa? apa dia dah buat dengan kau. cuba cerita dengan aku dulu. luahkan dulu dengan aku. mana tahu dapat redakan kemarahan kau. (mendengar dengan setia)

ok tu contoh la.

biasanya kalau kita marah sangat. kalau kita dapat luahkan kat orang insyaAllah akan lega sikit. kalau takde sape kita nak luahkan. kita taip je dalam word ke apa. lepas tu baca lah sebanyak 28 juta kali. nescaya lepas tu kita akan berfikir sendiri

"kenapa aku marah sangat ek, lantak la dia"

betul!

pernah tak terfikir kenapa kita marah sangat. pernah tak? kadang-kadang kita sendiri create sebab-sebab kenapa kita marah dan selalu lupa nak create sebab kenapa kita perlu cool.

benda ni memang senang cakap tapi susah nak handle. tapi percayalah kalau kita terlalu layankan amarah mungkin akan menyusahkan diri kita sendiri.

ok tu je. motivasi untuk diri sendiri.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

16 komen[s]:

izzahazfar said... [Reply to Comments]

kak nak komen boleh...?

hehehhe...sebab enrty zah ri ni..beraur marah sedikit...tp takdelah maki2 org bagai..

just nak bgtau dia dan timbulkan persoalan je..sebab minah ni mmg dah diblacklistkan dalam keluarga zah..bukak fb td tiba2 dia add semua kwn2 zah..apa motif..?

emm...bagus jugak nasihat tu..terutama kalo masalh rumahtangga...tak baik burukkan suami @ isterikan?

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

nasihat yg sangat2 berguna.. kadang2 kita selalu terlupa..

izansalleh® said... [Reply to Comments]

thanks kak jemah.
nasihat yang sangat berguna. ;)

RieNa said... [Reply to Comments]

betul,sgt setuju.
jgn nak terus tulis dlm blog kalau tgh marah.rilek dulu.

nanti menyesal je kalau ikut rasa mrh tu.

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

dulu pnh jugak jadik macam ni...

tapi sekarang sudah pk akan kesan dan akibatnye. maka saya berjaya mengawal diri..herhehe...walaupun tak direcct sebut nama orang itu..hihi

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betul tu vp..kalu marah jgnlah nk tulis kat blog...sy xgunakan blog utk lepaskan amarah sy nie..sy takut org yg berkenaan bc..baik kita cite ngan org2 tersayang ..he he he

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

haahha...saya selalu terkena dengan satu blogger tuh..xpuashati dgn saya pastu pi komen2 lam blog dia..tp xperlah saya xmelawan pun..biarkan ajerlah..luahan hati dia kan...dan saya pun pernah gak r menulis blog dalam kemarahan tapi sekarang idokkkk lagikkkkk..kat blog bukan sharing is caring kalo tgh marah kan?? newayy...berguna tol maklumat ini..tengs kak VP yang sentiasa cantik...TERUJAAAA!!

mrs.hanibunny said... [Reply to Comments]

saya sokong VP! hidup vp...

actually betul sbb saya dah kena batang idung sendiri... last2 mencetuskan perbalahan dan putus siratulrahim... blog, fb banyak buat kita lupa diri... dalam tak sedar kita burukkan nama org... sama je kalau naman kita di burukkan, kita pun marahkan?

Rina (◕‿◕)✿ said... [Reply to Comments]

time kasih dr. fadilah jemah hehehe!

rina penah gk tulis time sedih2. last2 padam balik entry tu hehe

skrg ni tulis yg hepi2 je

yg sedih2 lg2 bab fmily n boipren xmau cte. mcm memalukan diri je

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

saya sokong...

nasaoji said... [Reply to Comments]

setan kan suka org2 yg lam amarah nih...

bnykkan istighfar tika tgh2 duk marah, kann..

n.a.j said... [Reply to Comments]

yup yup..kalo tgh2 marah tu, alihkan rasa marah tu kat air ker..pi basuh muka banyak..bagik sejuk..ehehe..

aZLiNa aZiZ said... [Reply to Comments]

Kak Jemah dah macam kakak yang bagi nasihat kat adik ;p *dan tetiba rasa yang Kak Jemah dah...dewasa *wink2 ;p

Ok, memang betul pon kata Kak Jemah tu. Kadang2 sebab marah, boleh terlepas sume nya. Pastu bila da reda...."alamak, menyesal la marah macam tu"

Tapi kadang2 bila marah, tak hengat dunia...tu yang jadi lagu tu ;p

Ok, sebab dah nak puasa ni, kena tanam kuat2 dalam hati. "Sabar...sabar...sabar..."

Thanks Kak Jemah....*kau tetap di hati. Cewahhhh ;p

MieZa said... [Reply to Comments]

kak jemah..
saya mrh selalu type msg kt hp,,konon2 nk bg kt org yang kita mrh tue...tp tak bg pon..type jerk =P

IdaShah said... [Reply to Comments]

setuju...klu asyik2 nak luahkan kemarahan kat dlm blog lama2 org akan menyampah kat kita lak

silap hari bulan org kan bg presepsi negatif kat kita

sI tEDI said... [Reply to Comments]

aku akan taipkalau aku marah dalam blog.
tapi tgk topik.

kalau gaduh laki bini takkan nak taipkan? bukan aib sendiri.

tapi tak perlulah buat entry marah setiap jam atau hari-hari nanti tunjuk sgt, bila masa pulak waktu kau nak bertenang syik marah jek?

jadi bg aku ada pro dan kontar bila menaip entry marah2 ni.

ada benda atau ada topik yg kita boleh marah di khalayak, dan ada topik yang kita perlu off terutamanya hal2 yg bersangkut dgn peribadi.

masing-masing.

TQ







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^