Follow Viruspadu

Thursday, July 22, 2010

Kali ni betul-betul punya damsyik okeh

Plan hari minggu lepas tak jadik sebab ramai nau orang. dah la ramai parking pun yilek. jadinya terus la ke giant nak menikmati pizza katanya.

semalam. nisa ikut kakmas balik rumah dia. nisa lagi hebat. makan malam dia dekat dengkil kakmas bawak hahaha. balik rumah lewat malam pulak tu. baru berumur 3 tahun dah pandai balik lewat malam ye. biasa budak ni hep hep.

bila bertiga aje. agak mudah nak handle anoi sorang. sebab berdua dorang gaduh. tinggal salah sorang macam agak mudah nak handle tp macam bosan dan sunyi pulak. rasa tak lengkap :(

plan nak masak jugak tak jadi sebab en.laloque kata takyah. yahoooooo

"takyah la masak, kita terus gi makan je la"
"damsyik nak tak?"
jeling :p
"cadang je, tak kisah je mana-mana"
~ayat saiko biar nampak macam kesian hahahaha

eleh tahu punya mesti en.laloque bawak punya. i know oredi.

nasi arab damsyik bahagian dalam. duduk dalam boleh bersila. kalau duduk luar kena duduk macam kedai makan biasa tu la

sebenarnya ini rumah kot, tp rumah corner lot kot. tu yang dia boleh buat konsep rumah betul tu. masuk rumah makan bersila hehehe




bertiga sahaja. sunyi :(

mangga jus for lalok dan air teh panas ni utk saya. teh panas ni apa ntah nama dia. SHAI kot. SHAI ni adalah teh campur dengan daun pudina. ok la rasa dia. rasa teh biasa hehehe


kira orang order pakej untuk makan dua orang. mula2 plan nak snap gambar menu dia. sebab menu dia sehelai je. tapi tiba2 malu lak sebab akak amik order tu tunggu je kat sebelah. well. I kan pemalu. tiba2 hati basah. canne


makan dalam dulang.


lauk dia kambing dengan timun2+tomato tu je. ada la sambal masam kot dalam mangkuk tu buat kuah dia.

nasik banyakkkkkkkkkkkkk giler macam makan 4-5 orang okeh

kambing dia lembut


nom nom nom nom


anoi melalak sebab nak minum air mangga jus papa hahahaha.

eh dah licin. ini pelik! tadi kata banyak :p

nak pegi nasi arab damsyik tu macam mana?
dari seremban amik jalan pegi ampangan pastu terus sampai ke pusat dakwah amik kanan jalan dalam 2 km nampak taman bougainvillea. kat area situ la. ini lalok yang cakap. kalau jemah yang cakap google maps je la. lagi sonang.

alamat:
Nasi Arab Damsyik
No 1 Jalan Senawang-Paroi
Taman Bougainvillea
hp: 0194217930

parking macam mana?
susahhhhhhhh. pandai2 la korang

sodap tak?
boleh laaaaaaaaa. biasa2 je kot. menu yang saya makan tu la. cuma daging dia lembut lah tak liat. menu lain tak tahu la macam mana :)

menu makan 2 orang tu RM40
nasi ayam kambing = RM35
shai panas = RM1.50
jus mangga = RM3.50

selesai makan. dalam kereta.

"apsal mama rasa macam tak kenyang lagi ni ek papa"
"sama la dengan papa, rasa macam belum makan lagi pun ada"

HAHAHAHA giler betul laki bini ni.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

18 komen[s]:

Pnut said... [Reply to Comments]

mah, hantu raya dan toyol belaan akak masuk badan korang kot, nasi selambak abeh makan, pastu kata tak kenyang lagi...

hantu raya dan toyol akak mmg pelahap...

kompem ni...sbb smlm i check gps dua hantu belaan akak tu dok area seremban...hahahah

faisya said... [Reply to Comments]

rasanya boleh la je? baru nak pergi weekend ni, hubby janji nak bawak lepas dia blk dr kursus.. hmmm nak pergi rasa jugak lah...
nasi byk tu, endingnya akak dgn en.laloque x kenyang jugak? OMG! hahahaha

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

x kenyang?xbc bismillah kot..kedai ni pernah masuk JJCM kan..nmpak mcm sedap je serena makan...

eTtY NoTtY said... [Reply to Comments]

duhhh!! nasik MACAM BYK..tp masih x kenyang??? hehehhe..bace bismillah x??? basuh kaki x masa nak makan??? ops...silap, tangan! heheheh....rase kalau et kena share dh tu...tp lauk kambing x yah share...muhahahah...peberet... sib baik damsyik xdok kat kelate... yg ado restauren tarbus...ala2 arab gak...

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

best ah mkn camtu...cam mkn lauk knduri...tmbh best sbb mkn sedulang ngan asben...ouhhhh

nasaoji said... [Reply to Comments]

ya ampun, bia bena..dah satu dulang penuh d mkn, dok kenyang lg?..

kak vp, anoi tu, mmg pakai puting ka?..

@yue said... [Reply to Comments]

pemes dh kan nasi arab ni cmni..kdg2 nama je tuka len..menu tetap samo yo..

kt opis ni tiap2 jmaat mst dpt emel..sapa nk nsi arab order sblom kol 11 pg..hehe...

ate, ritu terkena smpai pening+muntah (aik len mcm je)..dh panik gk tem tu asal leh jd smpi 2 perkara tu..panik TER je ahaha...terus x order lg dh..

tp ngendeng org len pnya mkn cm sedap la plak..haha

shaliza said... [Reply to Comments]

lupalah tu nak baca doa&bismillah...nisa takder kut tu yang lupa...huhuhu

tapi bnyk sungguh...santai je tempat tu.

Puan N said... [Reply to Comments]

Salam.Angelic Jem,akk slalula masuk blogko.salam kenal eh.akk n duk kat arabni.mcmni ler kitaorg katcni,makan nasi arabtu,nasitu lg best kalo ade karike apakan.kalo gtu2 jek ,raso eh ado kurengkan.hehe terlobih sudah.

mrs.irwan 2 be said... [Reply to Comments]

ermm..begitu menduga keimanan sy yg ngah diet nie...hehehehe....

lily lotus said... [Reply to Comments]

astaga..tak konyang kor? tak dapek nak nolong..ekekeke

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

tak kenyang? hikss...pelik tapi anjaib tu..

Diana Abd Rahman said... [Reply to Comments]

tiap kali lalu situ memalam mmg ramai..

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

wah..mmg puas la mkn dlm dulang kn kak..

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

hahahaha~~ kak VP CANtik..!! taDI KAn nampaK MAcaM BANyaK JER NASIk dalaM DULAng tuh..aik?? tetiba DAh licinnnn?? vavava.....haahhaa..sedaP BENonyer tuh....hahahha~~

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

oo restoren ni penah masuk dalam nasi lemak kopi o kan? ee kak jemah bela hantu raya eh? wahahaha..jgn mare..

julie"anne said... [Reply to Comments]

hehehe..chai adalah teh dalam bahasa arab..org turki pn panggil chai gak..huhu..kat sni ceylon tea pn chai gak..so secara generalnya, chai tu teh la..huhu..

MieZa said... [Reply to Comments]

kak jemah..shai tue teh dalam bahasa arab..hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^