Syukur sangat sebab nama saya antara yang terpilih untuk hadir taklimat ni. Taklimat kesihatan wanita ke apa nama dia ntah. Memula dapat surat tu terus macam terkejut tengok nama doktor yang akan beri taklimat tu
eh eh nama doktor ni familiar sangat nih. ini kenal sangat ni wei. hehehe. sekali doktor kesayangan hamba la. doktor saya rupanya. doktor sukhilmi rupanya :)
tengok tarikh taklimat (sekali imbas je) then tengok hari. oh hari khamis. eh hari ni la khamis. terus berkobar2 sms doktor, ayat lebih kurang mcm ni
"doktor bagi taklimat ye, jumpa nanti" ~sbnrnya ayat lg panjang
terus doktor call saya
"jemah, pukul berapa saya kena bagi taklimat tu?"
"kul 9 doktor"
"bila tu jemah"
"hari ni kan doktor, 29 haribulan julai"
"eh tu minggu depan la, terkejut doktor, sebab doktor pun tak dapat lagi surat tu"
HAHAHA poyo, yelah saya dpt surat tu minggu lepas la, terus berkobar sms doktor, sekali salah. very the shy shy okeh. ish konon nak kasik kejutan. last-last aku yang kena. cis! haha
so semalam tiba la hari yang dinanti2kan. turun2 dewan terus nampak doktor. terus sembang hehehe. doktor tetap cute macam selalu hehe :P

Di Malaysia, Kanser Pangkal Rahim ialah Kanser Kedua Paling Kerap Yang dialami Oleh Wanita.
takut kan baca.
korang dah buat pap smear dah?
yang dah kawen tu, atlis dah kawen 3 tahun. gi buat cepat. takyah kata takut sakit buat papsmear tu ek. tipu sangat la tu sakit. sikit rasa pun takde ok. anak dara takyah buat la. tp anak dara yang takde dara boleh buat. wajib buat kottttttt. ini bukan ayat perli ke apa. ini ayat serius sbnrnya
Yang saya faham Kanser ni akan menyerang wanita yang sudah berkahwin sahaja atau belum kawen tp dah pernah melakukan hubungan seks (tolong la insaf). jadi untuk mengelakkan daripada kena kanser ni. jadilah anak dara eceh. ok itu lawak ok. jangan serius sangat. mana boleh tak kawen kan.
jadi bila kita dah kawen dan bersama dengan suami. kebarangkalian kita akan dijangkiti virus HPV tu ada. sebab virus tu berjangkit melalui hubungan suami isteri (ayat sopan ni, harap korang faham).
oleh itu sila la buat ujian papsmear ok.
Apa tanda2 nak kena kanser pangkal rahim ni?
dia takde tanda2 ok. kalau selepas bersama dengan suami. tiba2 berlaku pendarahan. ha sila check di klinik / hospital berhampiran. tapi doktor cakap, kalau dah terjadi macam itu. itu bukan tanda-tanda dia. itu maknanya memang dah kena kanser tu dah. bila dah kena maknanya memang takde la ubatnya lagiiiiiiiiiiiii.
sanggup kah korang menyesal sebab terlambat
atau sanggupkah korang menyesal sebab takut nak buat papsmear punya pasal. padahal dgr2 cakap orang je. orang cakap sakit, kau pun percaya je.
lebih baik mencegah daripada mengubati okeh. bila dah kena sikit pun tak guna dah. menangis je la.
buat ujian pap smear ni seelok2nya adalah 3 tahun selepas berkahwin, lepas tu buatlah setiap tahun. lepas tu bila tiap2 tahun tu ujian dia ok no problem. then boleh la skip2, check setiap 3 tahun macam tu pulak.

ngeriiiiiiii
Bagaimana HPV (virus papiloma manusia) disebarkan?
HPV ni sejenis virus (bukan viruspadu ok :p) umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita tanpa mengenal usia atau gaya hidup. hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan.
Bolehkah Kanser ini dicegah?
buatlah ujian pap smear dari masa ke semasa untuk kesan tanda awal penyakit.
sekarang dah ada vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV.
doktor bagitahu semalam, suntikan dia ada 3 kali la.
enjet pertama, pastu enjet kedua adalah sebulan selepas itu, enjet ketiga adalah 6 bulan selepas itu (doktor kalau salah tolong betulkan)
anggaran satu kali enjek tu adalah RM180-RM200 kot. tak berapa pasti sangat. siapa2 nakkan vaksin ni boleh la kontek doktor sukhilmi. kalau korang dah kumpul member ramai2, doktor boleh pegi sana by group kot. apa2 hal baik call doktor, kang pandai2 je jemah ni kang
Clinic: 06-6752560 ( Sue & Misha)
Fax: 06-6752562
Email: sukhil@gmail.com

itu doktor saya :)
Saya plan nak amik vaksin tu, risau jugak lepas dgr taklimat dari doktor tu.
sebab doktor tunjuk la gambar2 kalau dah kena kanser tu macam mana semua. ngeri ok. jadi takut sangat pun ada tau. seriau!
pastu doktor tunjuk jugak macam mana nak tahu suami kita tu pembawa virus HPV tu ke idak, sebab kita boleh check sendiri hahaha. ok ini tak kelakar ok. doktor tunjuk gambar tutttttttt lelaki yang pembawa virus tu macam mana rupa dia. so kita leh tgk la. kalau dia ada tanda2 tu cepat2 la bawak berubat ke apa ke kan. saya nak cerita tanda2 pada kemaluan lelaki tu pun macam malu lak. canne tu kan. so disajeskan korang gugel je sebab saya malu tahap gaban nak upload kat sini. padahal tadi gugel dah jumpa dah hehe.
ok korang. ini benda serius ok.
benda yang korang kena buat yang terpenting2 adalah:
1. buat ujian papsmear. ini WAJIB.
2. amik vaksin HPV RM180 je pun kan. beli henbag mahal2 boleh pulakkkkkkkk. ini utk kesihatan seumur hidup ok.
eee takut lak saya.
korang, benda ni bukan benda main2 ok. ingat tau.
saya sayang korang. jom la kita jaga kesihatan sama2 ok.
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza





10 komen[s]:
takutnya baca....tp mmg takut pon nak buat pap smear..
1.takut sakit
2.takut tahu ada penyait
camna ni????
da kawen ni kne gak amik tau sal pap smear bagai ni kn...bgs2..thnx sharing info kak vp..
salam, kak jemah..
sy ingat nk buat tp dh pregnant plak. bru 3 bulan. org pregnant blh buat ke?
tq kak vp!
isteri bos saya skang ni tgh merana sebab kanser ni la. takutttt~
Nur Qaseh
tak sakit pun tau. lebih baik kesan awal daripada terlambat
:: p R i n c E s S _ N ::
awak baru kawen, so 3 tahun ok kena buat PS
yunz_02
suntikan vaksin tu kalau peknen takleh amik, PS tu tak pasti, rasanya boleh
puterikurekure
ye ke, mesti dia menderita kan. SEDIH :(
kak jemah...kalau pakai PB yg mai jual tu boleh kurangkan risiko utk dpt penyakit ni....
Salam singgah...takutnyer,nasib baik sy dah buat ujian resultnyer negatif alhamdulillah...amin.
alahai jemah ni.ayat dia menggerunkanlah. erk, any indian-female doc here? saya nak buat pap smear.huhu.
pertama kali nak drop comment walau dah nak masuk 3 thn menjadi silent reader.. mak saya mmg pesakit kanser pangkal rahim stage 2B. baru 2 minggu habis wat rawatan di NCI Hospital nilai (nilai cancer institut) utk rawatan Brakiterapi (Brachytherapy)dimana sinar radio aktif dipancarkan ke servik secara terus selama 59 jam. sebelum ini mak saya menjalani proses radiotherapy selama 20 hari di NCI nilai diikuti kimoterapi di hospital seremban sebanyak 4 kali. pengalaman cukup menyedihkan dan ketabahan mak saya cukup saya banggakan. seperti kata doktor kanser ni pembunuh dalam diam. mak saya disahkan sakit ini pada januari 2010 dan pada jun 2010 segala proses rawatan telah berakhir. hanya mampu berdoa moga sel kanser tiada lagi. pengalaman selama berkampung di hospital sban sepanjang mak saya menjalani kimoterapi dan rawatan lain amat menyedihkan. nasihat saya biarlah kita cegah dr skrg. tak sakit pun pap smear itu.. percayalah.. sbb saya pun baru buat dan syukur alhamdulillah resultnya negatif..mgkn satu hari saya akan blogkan ttg pengalaman saya di samping pesakit2 kanser ini. namun buat masa ini saya masih belum mempunyai kekuatan kerana saya masih terbayang kesengsaraan yg mak saya tangung sepanjang rawatan itu.. maafkan saya vp sbb terpanjang lak mengomen..ini cuma dr pengalaman saya sendiri...
Mmah,
Baca post kau je dah cukup menakutkan. Bila aku google, tgk gambar dia, laaaagiii takot Mmah!!!
Eeeee..geli pon ade... Ngerinya!!!!
Post a Comment