Follow Viruspadu

Friday, July 23, 2010

macam mana nak jawab nih. tolong sikit boleh

nisa mandi

dia kalau mandi memang meriah

dengan macam-macam mainan ada. dengan bakul cawan raga bola itik ikan jerung ntah apa sekali ntah mandi dengan dia. jadi boleh bayangkan betapa lama dia mandi hahaha

"kakak, kalau mandi tu, jangan minum air tu tau"
"napeeeeeeeeeeee mama"
"yelah air tu kan kotor"
"mana ada kotor mama, tengok ni tengok ni"
"iye laaaa, memang la tak kotor, tapi air tu tak boleh minum, air tu belum masak lagi, air dah masak je boleh minum, air tu belum masak lagi"
"kenapa mama tak masak air mandi ni mama"
"erk"


tolong sikit macam mana mama cica ni nak jawab kenapa mama dia tak masak air kat tangki rumah dia hahahaha.

pening ok!


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

ayoyo...soklan simple tapi nak jawab...susah bebenor....sama sifat ngan ank jantan saya...dia punya mandi mcm ajak sama ngan watak cartoon...so...dia punya effect bunyik...dush2....

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Kak,

Hahahahaha.. gelak guling betul dgn persoalan Cica. Mesti akak jatuh rahang nak jawabkan.

Cica, air kat tangki macam mana nak masak sayang oiii.. Kita masak air yang kita nak buat minum je. Mandi bukan untuk di minum untuk membersih badan dan mencuci. Kalau air mandi mama masak, alamat mama tak yah kerjalah tunggu air masak setangki.. hahahaha.. lawak la Cica ni.. bijak bijak

[z@ck] said... [Reply to Comments]

hahaha..blank sekejap.
macam mana ha?

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

he he he..ade je soalannyer yer cica ni..sama mcm anak sy semua bnda nk bwk masuk bilik air..tp sy akan jd singa jap so dia bwk satu je menan dia..hahahah

viruspadu said... [Reply to Comments]

MUMMYMUJID
hahahaha mandi mcm apa je kan. habis semua mainan depa sebat

dayah,
jatuh jantung akak sekali. blur dah ni

zack,
akak blank sampai sekarang ni ha

hanim,
saya kasik je dia bawak mandi mainan dia. tu yang lagi meriah dia tu hehehe

nasaoji said... [Reply to Comments]

kretip betui otak nisa..gud!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^