Thursday, July 29, 2010

Mana perginya kamera angelic saya

Sejak nisa dah cekap mengambil snap snap gambar ni kan, kemain berani lagi dia menyelongkar hendbag mama dia nak cari kamera bling-bling mama dia ni tau. Sentap je bila tengok2 kamera tu dah ada kat tangan dia. wuiiiiiiiiiiii nisa oi. mama pun sampai sekarang tak berani nak bukak zip hanbeg opah kau tau. ko selambe jeee kannnnnnnnnn

ada sekali tu saya mengamuk sebab saya bgtau jangan bukak or main handbag saya tanpa kebenaran. kena mintak izin saya dulu. biasalah budak kan, cakap sekali dua mana jalan. nak nak kalau kita cakap dengan dia sikit punya angelic kata koooooooooo.

dah kali ke tiga. ha meh tengok mama ko jadi tarzen versi hulk meh. hahaha. memang kena la kannnn. lepas tu kang kalau nak cari nisa carilah dia di sudut2 hahaha.

*gambar lama :)


lepas tu mesti dia cakap

"mama tu tak sayang kakak"

"kakak nak pegi rumah nenek kakak"

hahahaha.

macam mana nak kasik anak disiplin ek? kalau korang camne ek? korang buat macam mana ek? ek ek ek ? adakah korang kasi je anak-anak main henbeg korang? kalau korang marah or ajar dorang macam mana?

ni sekarang ni kamera bling-bling saya dah hilang dah. macam mana ntah nak cari. susah la saya nak membuat kegiatan mengambil gambar macam biasa. nak pakai enset ni pakai speSIAL sikit dengan bunyi flash budus itu. tsk tsk tsk.

tolong miskol kamera saya jap. :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

LiErOSe~QiEmi said... [Reply to Comments]

hai kalaulah kamera pun boleh di miskol~senang keje..
heheeh..kak jemah..budak memang camtu kan..merajuk je suke gi kat sudut2.. anak2 buah camtu aa.. kalau anak saye, mangamuk sambil baring atas lantai protes la konon..

LABUCHEE said... [Reply to Comments]

comel je nisa duk kt sudut....
kalu da kena sedas due die dah x berani dah ler tu nk selongkar henbeg mama die (wah..sedas due..garang gituk...eheh)
miskol...meh2..bape no kamera tuh??hihihihih

amal said... [Reply to Comments]

hrmm..kenela bertegas..tp lembut..bukan garang..jgn bg dia btrusan main brg yg bukan mainan..nnt die akan jadi lemau..bahaya...masti jelaskan itu bukan mainan...

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

adoi...majuk jek g penjuru2 ek siap ugut nk g umh nenek lg..alahai...ikot pangai spe tu kak jemah oiii...hekhek...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

alololo nica..mrajuk...sian dia..sy plak kalu setiap kali dia pgg je handbag ni mmg sy akan tegur lah..atau sorokkan jer beg tu vp..sonang

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

uiiiiiiiiiiiiiiiiii
saya sampai dah besar ni pon tak berani bukak henbeg mak saya.
teringat dedulu kecik2 kene marah.

mu'azsekarang suke geledah henbeg saya. saya geram, saya pakai kan balik ke dia, sangkut kat leher. berat kan. mula la die marah. hahahha padan muke kau. nak sgt kan. amekkkkkkkkkkkkkkk

soclose2213 said... [Reply to Comments]

hahahaha biar kan aje dia merajuk, kasi lama sikit, biar dia tahu kita memang tul2 marah..

agak2 lama sikit tu gla tengok dia ada lagi kat situ, klu ada bgtau dia
"nisa, ingat tu mama tak suka nica selongkar2 brg org lagi even mama nica pun" faham kah nica..hahaha kekdahnya..

nasib baikla masa kita tgk dia masih merajuk, klu kena Danish tengok2 dia tido..hahaha, kena marah terus tido @___@

AmY-AdLi said... [Reply to Comments]

kekek.. comelnyeee nisaa majukk...

tentangseseorang said... [Reply to Comments]

dah try miskol. secretary kata. kamera yang anda cari tidak dapat dihubungi. sila cuba tahun depan.

My Life My World said... [Reply to Comments]

Hahahaha ... comei nyer dia merajuk. Kalau akak pun sama dengan ler cara kau Jemah. Jadi Tarzan dan Hulk tu dah biasa sangat.

Tapi sendu gak bila dia start bebel nak larik umah nenek. I think masa ni, Jemah kena slowtalk dengan dia, ajar dia kenapa kita tak boleh suka ati bukak beg mak kita. Atau ambil barang tanpa pengetahuan tuan punya. Insya ALLAH, hati anak anak ni bersih, mudah dia faham. Dan akan terapkan disiplin tu sampai besar. Gitu ler akak ajar anak anak akak Sekian :)

nasaoji said... [Reply to Comments]

baru nak ckp, miskal je kamera tu.. ;p

jgn manjakan anak sgt..perlu buat anak paham aper yg boleh dan ape yg tak boleh..

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

segmen slongkar ko tau ape k.jemah...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

alaahai..comey tol kakak nica mrajuk..wuuu

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^