Follow Viruspadu

Monday, July 12, 2010

muka dia ada jerawat, kurus pulak tu hahaha

3 orang sahabat baik sedang berjalan kaki menuju ke sekolah sambil berborak-borak berangan tentang masa depan. ops masa tu diorang form 2 :)

"ko rasa bakal suami kau nanti macam mana?"
"erm aku ek, ok kalau aku, dalam bayangan aku sekarang, dia tu biasa-biasa je pun, ada jerawat kat muka, lepas tu badan kurus je, pakai spek, pendiam tak berapa banyak cakap, aku tak kisah sangat janji ada cita-cita dalam hidup"
wah requirement giler punya angelic. janji ada cita2 je gituuuuuu kannnn

...

"korang rasa, nanti kalau dah besar, kita keje apa ek?"
"kalau aku kan, aku terbayang aku keje depan komputer, tapi tak tahu la aku keje apa"
yes dulu takde pendedahan keje bhgn komputer kot. dulu kan terbayang nak jadik akaunten je

...

adakah masa jawab soalan kawan-kawan saya tu, masa tu pintu langit terbuka lalu permintaan ditunaikan hohohoho poyo!.

sebab semua bayangan saya macam betul2 jadi kenyataan hahahaha. saya rasa kebetulan je la kot. lagipun sebab itu bayangan dan impian kita dari kecil. dan kita memang dah plan menjurus ke arah itu kan hehehe.

kawan2 saya ada la jawapan diaorang masing2, saya pun tak ingat. tapi saya memang ingat sangat jawapan saya, ok ofkoz ayat tu tokok tambah, tp mcm tu la lebih kurang. saya masih terbayang suasana, jalan raya yang kitorang lalui. kenangan terindah.

...

agak-agak kalau saya terbayang saya kawen dengan jutawan amacam phewwww memang tak pernah terbayang hahahaha matiklah kena sepak dengan en.laloque ni kan.

patutnya dulu saya berangan saya jadi blogger sepenuh masa kan. hahaha baru masyukkk. ini awal2 dah berangan keje depan komputer. abis tu sekarang banyak komplen lak kan. fadan la mukaaaaaaaa kau angelic jemah kohnonnnn.

eh eh tapikan, blogger pun keje depan komputer jugak kan. wahhhhh ada harapan nih. ada harapan. *berdoa

...

so korang macam mana? kecik2 dulu ada berangan2 tak macam saya hehehe? cerita sikittttt?



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

penah je berangan tp xde pun yg sama mcm ape yg sy angan2kan...:)

emy/mamasuri said... [Reply to Comments]

hehehe..
tak nah berangan...
cuma berangan nak baby girl je..
hehehe..dah dapat pun..

eT said... [Reply to Comments]

berangan nk keje kilang..sbb time tu uniform keje kilang cunn..hahaha

viruspadu said... [Reply to Comments]

Softtouch [Hanim]
berangan kena bgtau orang. kalau senyap2 tak jadi hehehe

emy/mamasuri
angan2 hebat tu. baby girl yang cute

eT,
berangan naik bas kilang sekali tak hehe

sya_zazoo said... [Reply to Comments]

sy pulak membayangkan hubby chinese look.sekali dpt jugak 'siam' look. bole la kan?hihi

mekchu said... [Reply to Comments]

calon suami mekchu senang je.. yg tau jalan kat kl.. hahahaha.. x tau la betul ke tak sbb itu yg bapak gonj cerita..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^