Follow Viruspadu

Monday, July 19, 2010

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Negeri Sembilan

Ahad memang buntu.

Plan yilek pocik. Atau lebih mudah difahami. Takde Plan pun hari ahad. Aktiviti rutin, cuci baju, sidai kain lipat kain, kemas kemas kemas kemas. Minggu ni pun takde plan nak balik cheras.

"boring kan Yang, apa plan?"
"kita gi Istana Sri Menanti nak?"

hoyeyyyyyyy. memang lama jugak teringin nak pegi sana. teringin. tapi tak tahu macam mana nak sampai sana. dah en.laloque kasik cadangan tu, elok sangat la tu.

baru sampai!

sampai-sampai ramainya orang.

pelik!

yelah jarang sangat muzium boleh macam ni punya ramai orang katanya kan. ni ramai luar biasa ni. siap parking penuh bagai


rupanya ada Pesta Persukuan Adat Pepatih. hehehe kebetulan. Amatlah meriahnya. tak sia-sia saya sampai sini semalam.


nak masuk dalam muzium agak padat sikit.

masalah pertama adalah anoi tido. dia tido dalam stroler. dan dia baru tido lak tu. ofkoz stroler takleh masuk dalam muzium kan. ok fine! tinggalkan stroler kat luar saya dukung anoi. tapi mana lak nak letak stroler sape nak jaga kalau hilang macam mana. huh cakap senapas :p

sudahnya tawakal je. tinggalkan je kat luar. baca bismillah je lah

mak saya selalu pesan. kalau kita tak curi barang orang, insyaAllah barang kita takkan hilang. sama macam kalau kita pegi masjid lepas tu takut seliper kita hilang hehehe. InsyaAllah seliper kita takkan apa-apa punya. takyah sorok-sorok belakang2. InsyaAllah.

Masuk2 dalam muzium Diraja ni, mata akan terus jadi kuning :) sebab semuanya kuning-kuning belaka. Yelakan, kuning kan warna Diraja :)


Masa saya kat dalam muzium ni, saya selalu terbayang kalau saya hidup zaman tu. dengan rumah kayu macam tu. pokok2 banyak. kena masak dengan kayu api. macam mana la agaknya.


macam mana la saya tido agaknya dulu-dulu. yelah kalau saya hidup zaman dulu. harus la saya ni orang biasa2. mana ada katil bagai kan. mesti tido atas lantai je. basuh kain kat sungai. takde pinggan kaca, Ini baru pegi camping dah merungut sakit badan la apa la. phewwwwww


ruang makan, punya la besau :)



sentimental value


laluan ke dapur. kemain jauh lagi. ini kalau dapur saya punya laluan macam ni. nak gi minum air je, masuk rumah balik dah haus balik dah. jauh jugak wei. penat nak berhidang lauk pauk kalau dulang hilang hahahaha



saya suka la masuk muzium. sebab perasaan terkenangkan zaman dulu-dulu. dan terbayangkan zaman dulu2 macam mana. besttttttt tapi part baca buku sejarah tingkatan 4 sumpah tak suka hahaha




posing baik punya

"papa, papa tengok kakak buat tangan macam ni"

eceh posing tangan silang tu dia rasa canggih sangat :)

banyakkkkkkkkkkk sangat la gambar kat sana. tak dapat saya nak masukkan semua. nantilah saya masukkan beberapa gambar kesenian bangunan tu sendiri :)


selesai. tapi sayang tak sempat nak baca semua sejarah2 yang ada kat dinding. teringin nak baca. tapi mata asik kena pandang nisa lari sana sini. bahaya ok. orang ramai giler.


mariah kan Pesta Persukuan Adat Pepatih ni :)


serius saya tak pusing habis semua. singgah booth pun tidak. sebab hujan dah renyai. sayang betulllllllllll

ni je yang sempat saya singgah


dodol



ngetest baju.


hehehe. punca dia. perjalanan nak balik ke kereta. nampak saya booth ni. dah hujung sangat dah. takde orang langsung. nampak baju2.

"papa, boleh test pakai kan"
"taklah"
"ye ke"

....

"meh la try, sekali cuba RM5 je"

....

"boleh la papa, pandai je papa ni tipu oooooooo"

hahahaha en.laloque memang biasa mcm tu. dia malas nak layan la tu hahaha sebab kang sudahnya dia jugak yang kena bayar kan.

tak kiraaaaaaaa nak torai jugeksssssssss


saya pilih maroon ni. sebab pink takdak.

dah macam penyanyi lagu irama malaysia dah. jadi nantikan saya AJL ke ke ke ke keberapa ek lepas ni nanti hakhakhakhak

"kak nak mekap sekali tak, kalau mekap kena bayar RM10"
"takyah la dik"

nak mekap kena tunggu berapa tahun lak baru leh siap. anak-anak bukan boleh tunggu lama-lama sangat.

panas wooooooooooooo pakai baju tu.

ok dah tu je. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

iCaLoVeZiE said... [Reply to Comments]

Dah besar dah anak jemah. Kejap je masa berlalu.. Alhamdulillah..

n.a.j said... [Reply to Comments]

eh..cantik vp dalam baju itu...mmg ala2 penyanyi irama msia....

Ms Syatilla Rozaini said... [Reply to Comments]

kak jemah...cmne kk jemah leh ambik gmbar dlm muzium ek..i try nk ambik tp mcm tkut2 pk guard muzium yg misai lentik tgh cekok pinggng tu marah =P

mekchu said... [Reply to Comments]

cane nak jadik penari mak inang nih?? kata nak menari dpn MB.. hehehe..

shaliza said... [Reply to Comments]

ooo...ingat kan masuk kelab kebudayaan dah...penaung M.daud Kilau...cantik

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

untungnya vp pegi muzium tu..meriah...pernah pg dulu..dulu sangat...

betul lah vp kira anak vp baiklah tu..tunggu kat sana pastu tunggu vp pakai bj minang lagi...cantik..kalu makeup kalah noraniza idris kat AJL tu...:)

makdara TERDIVA said... [Reply to Comments]

pergh! sempat lagi tu posing dlm ujan renyai2.. :)

teringat dulu mase duduk AS, semua muzium kat c2 kitorang terjah..nampak nau org KL tak penah jumpa muzium..huhu!

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

owh inilah kisahnye kak jemah dah tukar jadik puteri minangkabau yer hihi

~♥ iella ♥~ said... [Reply to Comments]

suka la bila dapat masuk istana.. sebenarnya impian nk kawen gan anak raja tapi tak dapat..isy...isy... bila tengok puteri impian yg amy mastura tue berlakon tiba2 ja jadi mengalamun...(kesian la kat ko iella...)hehe

lily lotus said... [Reply to Comments]

phewit :)...masuk istana tu..istana dah jadi muzium pun jadilah..hehe

nasaoji said... [Reply to Comments]

ooo..tu la cite pakai baju tu ek...

adoii..nmpk kuning bebeno, sakit mato..

viruspadu said... [Reply to Comments]

iCaLoVeZiE
a ah besar dah. Alhamdulilah.

n.a.j
jenuh tahan panas :p

Ms Syatilla Rozaini
ntah, semorang bawak kamera snap gambar.

mekchu
hahahahahaha itu lawak haha

shaliza
M daud kilau gitu ahaks

Softtouch [Hanim]
ramai yang melayan budak2 tu kat situ. baik la dorang.

princess_eryna said... [Reply to Comments]

da abis bace...tetibe teringat.... stroller slamat ke idak??..maklum lerr tgh ramai org kan???..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^