Follow Viruspadu

Sunday, July 11, 2010

Nan Cheese Extra Cheese Meletopppp

ni semua adalah kegilaan semalam la ni. lepas layan drama kat tv3 yang super kelakar giler nak mampos apakentah tajuk dia tapi pasal nak bisnes tempoyak tu. gilerrrrrrrrrrr kelakarrrr rugi sape tak tengok ok. kelakar nak mampos. ceh saje nak kasik sape yang tak tengok rasa betul2 rugi hahahaha

saya memang dah bising2 dah kat uteh ajak dia makan nan cheese. terbayang2 doh... nan cheese kat putrajaya masa teman kaklang main badminton itu hari. roti dia lembut giler. memang sedap terbaik ah. tapi rasanya kedai tu lewat sangat dah katup kot.

"teh, nanti anak andak dah tido, kita layan nancheese jom"
"ahhh iye la andak tu, ntah2 kul 10 dah tido dah"

hahahaha saya memang jenis tido awal kat rumah mak, asal kul 10 je mata dah mcm kena gam dah.

tapi kali ni beria2 saya tahan mata jangan tido.

last2 en.laloque dengan anak2 dah terbungkang tido dah kul 10 lebih. ingat nak terus pegi. tapi nak habiskan dulu drama tempoyak yang kelakar giler nak mampos punya pasal eceh . sanggup tunggu.

kul 12 lebih tengah malam kitorang keluar 4 orang, saya sepet erieq dengan abang saya. nak ajak en.laloque dia ngantuk nau. ha tido la papa, lagipun kalau papa ikut kang papa kena bayar hahaha. acik tak jamin atas keselamatan poket mu yo hehehehe

dua perempuan ini yang telah menyedari ketembaman pipinya hahaha. terus dua2 buat aksi konon2 muka kurus


abang sulung saya


erieq


nan cheese extra cheese. rasa dia ok la. nak kata sedap sangat tu... boleh laaaaaaa. tapi kenot habis la. muak kot.


gaya penting eceh.



lepak dengan abang sepet uteh memang kelakar giler. sebab tak habis2 kitorang kenakan abang. abang memang sporting gilerrrrrrrrrr.

Abang: korang tu memang, yang tak elok semua korang nak kaitkan dengan abang
Jemah: masalahnya ada yang elok keeeeeeeeee (sambil goyang2 kepala dan leher)
Abang: hahahahahah takguna betul hahahaha
Kitorang: ~siap tambah2 ayat lagi

Uteh: Abang bawak kereta lah
Jemah: takyah suruh abang, dia takde lesen
Uteh: biar betul
Abang: Menghina betul laaa
Jemah: eh bukan ke abang lesen P hahahahaha
Abang: tolong sikit eh hahahahaha
Sepet: tukang gelak je minah ni, dia sibuk sms lebeyyyyy

sila baca dengan nada bergurau, kalau baca dengan nada serius nanti bunyi dia macam kurang hajar hahahaha

malam terbaik dan berkualiti bersama adik beradik. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

tliur ok nan cheese...nak2..

oneyani said... [Reply to Comments]

sangat priceless!bile dah besar xbanyak masa bersama adik beradik kan

MieZa said... [Reply to Comments]

sedap nye nan cheese =)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sedapnya nan cheese tu..ni yg xsuka ni nnti mesti kene cr nan cheese tu...

viruspadu said... [Reply to Comments]

:: p R i n c E s S _ N ::
kalau makan rebut2 best kot

oneyani
a ah dah besar masing2 ada kehidupan sendiri. bila sesekali curi masa macam ni. best

MieZa
sedappppp yummyyy

Softtouch [Hanim]
sila la carik. rasa dia boleh tahann jugak







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^