Follow Viruspadu

Tuesday, July 27, 2010

Pegi la shopping :)

Bila korang mengalami sesuatu tekanan? apa korang buat?

contohnya, tekanan seperti datang-datang je opis tengok2 bilik server panas sebab blackout ke apa ntah. belum sempat duduk lagi okeh terus panik. adoila. lalu supermem pun datang menyelamat eceh.

disebabkan punca tekanan yang ntah apa-apa punya punca ntah kalau difikir2kan macam tak boleh diterima akal langsung seperti merasa gatal-gatal diperut sebab menggatal pakai koset nak nampak ramping punya pasal. tu semua punca dia la tu.

lalu call suami nak bagi tahu perut gatal tapi dia tak dapat layan isteri sebab dia dekat PD buat keje apa ntah. Ha tu semua la tu hahaahaha.

ok atas tu semua contoh je. (apasal macam kisah sebenar je hehe). maksud saya contoh punca-punca tekanan yang tak masuk akal. tapi memang biasa2nya punca macam itulah yang melarat-larat. Benda kecik boleh jadi besar.

Sebenarnya saya memang stress :) (apasal icon senyum. tak paham betul)

"Mama stress la, tak kiraaaaaaaaaa, papa kena belikan mama hendbag guess tu jugak. tak kiraaaaaaaaaaa"
"logo guess je boleh tak?"
"mama stress ni paaaaaa"
"ma nak coklat apa cakap je, papa belikan"
"apa ni weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

hahahaha ko tengok macam mana dia layan, guess memang takde kena mengena dengan stress tapi saje nak terai2 kot2 dapat hahaha

muka sentap ketika menjemput anak-anak pulang


lalu mengupdate status fesbuk semacam ni hahahaha


"yelah-yelah papa belanje baju je"
"alaaaaa terbayang stress nya masa pilih baju nanti"
"kita amik cuti nak"

muahahahahaha suami memang pandai pujuk.

sebenarnya saya memang sangat stress sebab tu suami pujuk beria2 mcm ni. kalau tak takde maknanya weiiiiiiiii.


balik rumah singgah jasko. beli lauk nak masak walaupun hati sikit punya malas.

saya rasa lately masak adalah satu terapi jugak bila saya stress.

dan terapi terbaik adalah sewaktu menyuap anak makan, dan anak makan dengan berselera sekali.

Ya. Itulah terapi terbaik. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

iCaLoVeZiE said... [Reply to Comments]

Air tangan ibu adalah petua yang paling mujarab untuk kekalkan kebahagiaan keluarga. hehehe.

Saidatul Maria said... [Reply to Comments]

betul tu jemah...memasak terapi yg baik dan meng happy kan keluarga sekali :)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betul vp kalu kita masak anak2 plak makan rase dihargai sgt..rase semangat jer nak masak...mmg ilanglah mood kita yg xelok tu..

nasaoji said... [Reply to Comments]

shoping n masak2 mmg antara terapi terbaik.. ;p

A.I said... [Reply to Comments]

stress aku mmg tahap kritikal. tp tak bleh nk sopin2 sbb duit takde..

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

air tangan ibu adalah masakan yang terbaik untuk anak-anak... bila kita masak.. selera anak lain macam sikit.. lebih berselera dari makan kat kedai... percayalah...

sue_sagittarius90@yahoo.com said... [Reply to Comments]

setuju dgn akak,, ntah nape la mmg penyakit agaknye.. stress je kne kuar shopping,, akak x pe la ada suami yg tlong setelkan stres, mcm sye ni,,, dah la streess, bile shopping x ingat jap stress tu, bile dah abes shopping, tgk wallet, stress balik... gagaga... better bile streess, makan panadol, then tidoo,,, sorgaaa bile bgun da x stress.. :) take care kak jemah n family.. :)

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

terapi bagi aku plak bila my hubby ajak makan kat luar..muahahaha.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^