Follow Viruspadu

Sunday, July 04, 2010

Perasmian Karnival Port Dickson 2010

en.laloque kerja. dia kena hadir perasmian karnival port dickson ni ha.

en.laloque ajak saya temankan dia, sebagai isteri yang baik lagi penyayang (tak habis2 la ko ni jemah hahaha), mesti la saya teman dia. sian dia sorang2, eceh padahal sendiri pun gedik nak ikut.

kali ni anak-anak tinggalkan kat rumah mertua saya, mintak tolong mertua jagakan. sebab dah yakin anoi tak mintak nenek dukung-dukung dan boleh berdikari main sendiri, tak nyusahkan nenek, baru berani nak tinggalkan macam ni. nak bawak tak boleh pulak tsk tsk tsk.

kena carik helper jugak kalau mcm ni. tapi tengok dulu la beberapa bulan lagi ke setahun ke dan ketahanan jiwa juga hehehehe. kalau en.laloque dah macam seminggu 3 hari kena hadir function, kena jugak la eden cari helper. kelmarin adalah first day malam saya kena tinggal dengan anak-anak kat rumah. tunggu dia balik nak dekat 12 malam jugak la. phewwwwwwwww. berpeluh ketiak.

majlis start jam 8.50 malam. kitorang sampai awal sikit. so sempat la ronda-ronda apa menarik kat situ :)

dataran teluk kemang


layan pizza


saya bawak sekeping duit RM50 dan beberapa keping duit biru2 hehehe.

sekali nampak lak tudung hahaha, canne tu kan. tahan2 diri takyah beli pun takleh dah. test2 je terus rasa nak beli. tensen tau hahahaha

kau tgk harga dia, tidak kah menggegar jiwa hahaahaha

RM20. saya amik hahaha


RM20, ini last minit cancel sebab en.laloque cakap hijau dia tak mecing dengan baju kurung saya kat rumah. main agak2 je


ini RM18. amik jugak.


saya amik 3 helai total RM55

ada selai takde dalam gambar, tudung pink hehehe.

so duit cukup2 je la bayar duit tudung. terus dekat diri sendiri takde duit langsung hahahaha. giler betul perempuan shopping kan. haihhhhh. ni kalau balik naik bas ni matik la kau disitu. balik lah jalan kaki hahah

bersedia untuk perasmian, muka kena paksa pandang kamera canni lah :p



persembahan perasmian dia abang api ok. saya rasa kerusi jauh nau dengan pentas. so nampak sikit je. bila orang ramai dah kerumun ke depan. lagiiiiiiiiii la tak nampak.


bertegur sapa dengan datin :), dah alang2 kenal dan dia pun dah nampak. tak baik pulak tak tegur huhuhuhuh. eh baiknya kakjemah. ceh tetiba


artis yang akan perfom

ada yang korang kenal? eceh soalan! mesti la kan

masa ni jam dah kul 9.15 - 9.30 kot. malas nak tunggu persembahan artis, kang lagi lama lak kang. sebab kalau ikut jadual habis kul 11 lebih. giler kau lewat sangat tu. anak2 tu kat rumah mertua. ingat2 anak sikit kata ko kan.

jadi terus ajak en.laloque balik.

jumpa era mama ranggi dulu, jumpa dia adalah wajib kalau pegi PD. tp tulah, jarang dapat jumpa kalau pegi sebab timing selalu kelaut.

rindu giler. era ni kawan baik saya dari zaman sekolah menengah ni. dalam kelas duk sebelah2. dari form 4 sampai form 5. rindu zaman sekolah. rindu kawan2 sekolah.

ok tu je.

kesimpulan karnival pd ni, kalau nak beli tudung yang cantik murah memang heaven ah. direkemen serbu sekarang. :). hahahahaha dalam byk2 kebaikan karnival ni, jualan tudung je terkesan dalm hati. adoiyaiiiiiiiii

sampai rumah jam 10.30 malam


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

shadowz said... [Reply to Comments]

hehehehe.... tudung oh tudung.. kenapa engkau murah...
mcm mana aku tak murah..
tau kak jemah mesti beli, tau kak jemah mesti beli... (nyanyi dalam lagu hujan oh hujan) muahahaa

ArELeEz said... [Reply to Comments]

giler murahlah harga tudung2 tu! tp, jauh, owhh.. hu3..

Leen said... [Reply to Comments]

Wah, lawanya tudung2 tu~~

melatizumia said... [Reply to Comments]

wei, mah.. ko jumpa era yer.. janji ke apa nie?? krm salam sama dia ek. kami bertiga mmg satu kelas.. kan mah.. kan kan kan...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

muwahnyerrr tudung...cantek palk tuhhh..jeles..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^