Follow Viruspadu

Thursday, July 29, 2010

sup tulang itu telah bersatu di dalam pinggan

balik dari kerjaan semalam. disebabkan semangat yang berkobar2 nak masak sup tulang, terus singgah beli tulang. sian kakjemah makan tulang je hahaha tetiba.

tp disebabkan bijak yang keterlaluan, tu yang sampai lupa beli daun sup bagai tu. budus betul laaaaa. sup takde daun sup adalah macam lepas makan tak cuci tangan okeh. fail! fail!

tapi takpe. kalau presentation dah out, kita kenalah berusaha keras supaya rasa dia mantap menyengat sikit. eceh. macam la terer.

so sampai2 je rumah terus saya rebus daging dulu. orang kata kalau nak daging embuk lembut gebu, wahh kalau gebu over la kan :p. kena rebus 3-4 jam kan. tp saya lapar sangat la. macam tak tahan je tunggu lama nau. sejam lebih ok la kot. sampai rumah 6 lebih. terus rebus daging dulu sambil ikut petua yang korang penah kasik dulu letak sudu hehehe. kot2 la jadik kan. terus naik bilik cuci sidai kain bagai dulu.

kul 7 lebih saya turun dapur balik. masak benda lain dulu.

apa menu semalam?

1. sup tulang
2. tumis sayur
3. ikan bilis tumis kari (resepi emak saya di bulan puasa, tapi mak tambah halia, saya pemalas sikit)


pastu en.laloque tanya
"apasal tak buat sambal belacan"
"padannn, sape suh tadi tak rekues"

hahahaha saje bini dia cari pasal. sebenarnya dah beberapa hari berturut buat sambal belacan, perut laki den tu bukannya tahan sangat. lepas tu cirbir perut tak tahan pedas. usus expired :p

sup tulang yang presentation dia out, tp rasa boleh tahan. eceh sendiri puji hahaha.

saya rasa sejam lebih kot saya rebus daging tu. ok la tak liat nau. lembut jugak daging dia. bak kata suami "ada bahagian2 yang lembut dah, ok laaaaaaaa"

resepi sup tulang saya eee? awww malu pulak nak tulis. ok tak kisah la ek, ini nama dia resepi asal ado, apa yang ado kek dapor la yo

ok mula2
1. rebus tulang
2. bila rasa macam tulang dah empuk sikit tu, saya letakkan kentang.
3. kemudian saya letak sup bunjut (betul ke nama dia ha?)
4. letak halia
5. letak asam keping
6. letak garam
7. hiris bawang, bawangputih, halia, kayumanis dan maknenekrempahtu dan gorengkan, lepas dah gorengkan tu masukkan dalam sup tadi.
8. tunggu la sampai siap

daun sup yilek. lupa beli.

cili dengan lada hitam pun saya takletak, sebab kesian kat anak-anak saya takleh makan kalau pedas. anoi ngan nisa suka sup, tp kalau dia nampak cili terus dia taknak makan. walaupun tak pedas.

anggaran berapa bijik berapa banyak halia asam keping garam tu semua pandai2 la ejas ye, tgk berapa banyak tulang dengan air rebusan tu la. saya pun main belasah je semalam hehe.

ok tu je saya nak share ngan korang :)

"sedap tak pa?"
"ok cuma ikan bilis ni liat sikit"

cisssssssss nak komplen jugak tu hahahaha! takpe itu komen membina nama dia :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

12 komen[s]:

Mrs. Hakim said... [Reply to Comments]

hai kak jemah...

sedapnya kak sup tulang.. memula saya baca sup tulang tapi dok membayangkan sup ekor.. terus dalam hati berkata hebat betul kak jemah nih.. tapi hari ni bila dah nampak sup tulang tu.. tetap gak kata akak hebat. saya tak pernah masak sup tulang..apatah lagi ekor. ni yang nak torai nih.. sedapnya hirup sup panas², bubuh cili kicap pastu makan dengan roti.. wallah!!!

thanks sgt sediakan resipi.. mudah pulak tu.. ai like!!! ☺

-Mrs. Hakim-

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

yg penting die puji dl mskan kite....cukop dah...heee

mrs.irwan 2 be said... [Reply to Comments]

terliurnya tgk sup akak :)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

lain plak cr vp..xpe boleh sy cube guna rsepi vp nie...

budak2 mmg sukalah sup ni..

vp yg ikan bilis tumis kari tu resepinya mcm mana plak?nak resepinya boleh?ke dah ada dlm blog vp nie?

emy/mamasuri said... [Reply to Comments]

sodapnya
lama dah tak bt sup tulang ni..
nyum2

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

tip ikan bilis x liat...jagan goreng letak bogel cam tuh...@ 1 lagi goreng sampi garing ok...baru x lengoh gigit mguyah....yang penting bilis tu kasi buang isi perut dia...(kalu yang kasar)...baru rangup...

kirana said... [Reply to Comments]

nnt nk try la ..seumur hidup tka penah masak sup tulang..
pressure cooker dah ada..guna tu cepat sket kot

tentangseseorang said... [Reply to Comments]

kak, kalau tumis dulu kayu manis sama buah pelaga lagik sedap kak. :D

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

kak vp..resipi ikan bilis kari x mo share ke..menariks tuu

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said... [Reply to Comments]

ok nanti nak cuba jugak resepi ni.. tk

asna cute said... [Reply to Comments]

asna pun baru2 nak belajar masak kak hehe =)

MieZa said... [Reply to Comments]

terliur pulak sup tulang..haha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^