Follow Viruspadu

Monday, July 05, 2010

terima kasih kaklang :)

"esok kaklang ada hal tak? Kalau andak nak tinggalkan anak dekat rumah alang petang esok boleh tak?"
"Okie"
"Esok andak gi rumah alang ek, nanti andak call"
"Okie! Ohh anak ku!"
"cissss hahaahahaha"

saya ada hal hari ahad, nak keluar. kalau bawak anak memang payah la nak sembang cewah. jadinya kena cari alternatif la, sape boleh tolong tengokkan anak. nak tinggalkan dekat mertua kesian pulak, malam saya pegi PD dah mintak tolong dia jagakan dah, nak mintak tolong mak saya kat cheras, pun kesian mak tak berapa sihat. last2 sekali terfikir. ohhhhhh kaklang ada hehehe

teringat zaman dulu, zaman anak kaklang kecik2 dulu. memang mak saya yang jagakan anak2 dia. dah saya yang ada kat rumah, mak saya petang dia tolong abah jaga kedai, saya la jadi baby siter jaga anak kaklang dengan akak dulu. oi ajoi ajai kaklong angah, makdak yang cuci berak kau orang dulu tau hahahaha.

sekarang anak kaklang semua dah besar2 dah, ish cepat betul masa berlalu. terbayang dulu masa saya amik meja kopi buat sendal pintu takut dorang turun tangga, pastu lari2 dari ruang tamu ke dapur sebab nak buatkan susu, lari2 balik kejar budak2 yang menangis. masa tu saya form 4. huh! bayangkan form 4 dah mcm orang beranak 4 dah. siap masak bagi makan bagai. ini namanya matang sebelum usia ni. eceh.

sekarang kena mintak tolong kaklang pulak jagakan anak saya. heheheh comel bukan. dulu saya jagakan anak dorang, sekarang mintak tolong dorang jagakan anak saya pulak :)

malam ahad saya bgtau nisa

"nisa esok kita nak pegi rumah maklang tau"
"yey yey bestnya mama"
"ha kalau nak pegi rumah maklang, kemas mainan tu dulu"

laju je tangan dia kemas, kalau tak kemain liat lagi, bangun pagi siap paksa kitorang siap cepat2 hahaahaha sayang betul dia dengan maklang dia, korang bayangkan lah, hari saya tanya dia

"kakak, mama dengan maklang, sape kakak sayang"
"maklang la"
"haaaaaaaaa sape"
"eh tak tak, mama laaaaaaa" sambil usap2 pipi mama nak pujuk balik la tu

mama dah sentap dah nisa hehehehe

saya sampai rumah kaklang jam 2 lebih. hangin je nisa, dari pagi dia paksa kitorang cepat2 mandi. tp mcm mana nak cepat nisa, dah nisa kacau mama lipat kain la apa la, ish budak ni tau

dah sampai rumah maklang. berkepit ajer la dia


kaklang masakkan masakan terbaik kaklang, kueyteow goreng, pehhh meleleh


kerang rebus



air asam

saya kuar 3.30, balik jemput anak dalam kul 6.45 mcm tu.

memang pegi setelkan hal. terus balik.

kaklang belanje makan char kueyteow pulak. belakang rumah kaklang je. bestkan taman rumah kaklang ni. nak apa cakap je. semua belakang rumah. jalan kaki je sampai. jeles aaa mcm ni





terima kasih kaklang abanglang ajoi ajai ayin, jagakan nisa dengan anoi :)

hari rabu ni andak hantar lagi ye hehehehe :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

perghh..kuetiow kak lang..mcm malatopp jekk..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

nasib ade org kan vp nk tlg jg anak time emergency nie..

sukalah nisa ngan maklang tu..mama dia no 2 smpai sentap vp ngan dia..he he he..agaknya mak lang dia suka melayan dia tu lah nisa rapat kan..budak2 cenggitulah mana yg duka layan dia cpt jer dia rapat..

shadowz said... [Reply to Comments]

akakk.... besla kuew teaw maklang... huhu... laponyee..... amboi anoi kupas kerang.... kene gigit tau la... hahaha

kak moon said... [Reply to Comments]

tgk gmbar anoi dngan kerang buat air liur meleleh nih.. kena cari esok!!!

hahaha....

BigMouth said... [Reply to Comments]

Yes... anak alang dah lime org!!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^