Follow Viruspadu

Monday, July 26, 2010

Tulang itu terjadi lagi

Peristiwa itu berlaku lagi tadi. Alah tulang en.laloque yang terkeluar dari soket dia tu lah. Nah ni kopipes sikit entry lama hehehe

"ma tolong, tulang papa ni tulang papa" ~suara dia lain macam

terus melompat la saya, dah la semalam melompat anoi jatuh katil, hari ni melompat pasal laki pulak hahahahaha. ni kalau laki bini masuk olimpik acara melompat-melompat ni, sahih la juara terbaik ni hahahahaha

"kenapa ni pa" ~panik
"tulang papa terkehel"
"mcm mana ni"
"tulang papa terkeluar dari soket dia ni"
"abis tu mcm mana ni pa"
"kaki papa takleh lurus ni sakit sakit"
"mcm mana ni pa, jom hospital jom" ~ dah nak start nangis, adoi perempuan2
"jap, ma tolong tarik kaki papa"

jenuh ok aku tarik kaki dia, ko tahu je la kaki lelaki, dengan tangan perempuan yang lemah gemalai ni nak tarik. memang susah la kan. terkial2 di buatnya

"ma kena tarik rentap kuat-kuat"
"dah kuat la ni"
"rentap kuat, sekali zap tu"
"dah paling kuat ni"

hahahahahaha terkial2 tau, dah la panik rasa nak nangis tgk muka suami menahan sakit. kederat pulak tak kuat nak tarik tulang dia kuat2


So tadi, masa saya ralit tengok video No Body But You, Wonder Nuffies hahaha tetiba en.laloque menjerit.

"ma tolong ma, tulang papa ma"

hahaha kali ni rasa nak gelak ok, dah tak panik macam dulu lagi hahaha kelakar lak rasa. pelik saya macam mana boleh jadi sekali lagi sebab tadi mcm dia elok je tukar cadar katil. anoi baik punya tenyeh2 tembikai atas katil. adoiyaiii.

adakah dia lompat lagi? :p

Oleh sebab saya dah tahu nak buat apa. tarik tarik tarik kaki dia kuat-kuat sampai ada bunyik krak dekat tulang lutut hehe.

.
.
.
.

"ish tahun ni dah dua kali jadi macam ni"
"tulang papa dh xpired dah hahaha"
"siot!"

apasal ek jadi macam tu? takde ubat ke petua ke apa ke? sape penah jadi cantu?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

iCaLoVeZiE said... [Reply to Comments]

owh. magic eh? saya tak pernah jumpa gini. pas masuk balik, boleh jalan macam bese ye? magic!

aZLiNa aZiZ said... [Reply to Comments]

Wohho...tak tau la cane rupa Kak Jemah kalau maasuk Olimpik acara melompat2 ni. Ekekeke...

Bab2 tulang terkehel ni, tak tau la sangat tapi cuba Kak Jemah bawak En. Laloque jumpa doktor. Rasa macam bukan terkehel la tapi cam krem/kejang je tu. Like my late father. Dia selalu macam tu. Macam tanda2 gout tapi macam la. Saya tak tau. Better pi check. Hope tak ada ape2.

Cik Wanie said... [Reply to Comments]

jap jap,
wanie tgh bayangkan kak VP masuk olimpik,
comfirm pingat emas yg akn akk dpt,
hihihi...

adoilah,
bila bab2 sakit nie,
huk huk huk huk,
x blh dgr,
tatutttt

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sorylah vp..xtaulah ade petua ke ape..cube tanya tukang urut or jumpe doc kalu nk tau ape n kenapa terjadi tulang lari dr soket..

@yue said... [Reply to Comments]

seriau bunyi krak!
betul ke kt lutut tu?
kang lari lak engsel kt lutut...
jd cam ciput lak kang..

nasaoji said... [Reply to Comments]

adoila,,,klu terjd dpn kt, pas tolong tu, soheh kt gelak..hehe..

Rina (◕‿◕)✿ said... [Reply to Comments]

rina pon suka tulang lari (tulang dada). pastu kazen search kat internet cakap kurang kalsium.

so skarang rina amalkan minum anlene.

da ok da kot :D

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

Caner leh jadi camtu... mak aii ... ngeri nyer.. terkeluar dari soket (kelakar tp dlm masa yg sama seram ) hehe :D

honey& myra co. said... [Reply to Comments]

ermmm cm bapak kite je tp bapak kite tulang bahu terkeluar dr soket...better g sepital check takut melarat







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^