Follow Viruspadu

Tuesday, August 31, 2010

Al Kefenatan Lah

Masa balik cheras sabtu lepas, dan semua adik-beradik perempuan pulang ke pangkal jalan kecuali kakcik dan ceera. Idea menggedik pun menjadi menjadi-jadi pulak dia. Biasalah perempuan kan.

Saya tak termasuk kot dalam perbincangan gelap mereka. yang saya tahu tiba-tiba je saya dirisik oleh akak ajak memfollow diorang malam tu.

"andak, malam ni kitorang nak gi shopping jalan tar, jommmmm"
"nanti lah andak tanya abgdak dulu"

walaupun tahu yang laki den mesti jawab "ok" punya. takpe lah. tanya je.

malam lepas berbuka puasa. badan sangat letih tak boleh blah. saya siap2 mandi terus pakai baju tido! terus kena sound dengan akak

"hoi, kenapa ko pakai baju tido ni!"

HAHAHA al-lufe lah akak oi. Hari sabtu memang otometik mata saya ngantuk awal sebab dah set dah dalam kepala takyah update blog muahahaha. tu pasal lah

dalam kul 11 malam. akak dah sound suh siap2. sepet dipaksa tinggal sebab kereta tak muat haha

mata kuyu2 je saya siap. xcited sbnrnya. jadi bila kuyu bercampur xcited. jadilah wajah tak semenggah hamba!

kakjemah adalah yang paling melonjong tu sekali ye.

saya bukan yang baju pink tu. tu akak saya. saya adalah yang cuba mengkaver pipi tembam teramat tu


Haaaaaa kat jalan tar tu. sikit punya ramai la umat manusia. tak menahan oooooooo. nak pilih baju pun payah. nak nangis rasanya hahaha

ok kitorang sampai2 saya dalam kul 11.45 mlm. Ariani dah tutup tsk tsk tsk. kitorang parking kat maytower tu. sebab tempat lain macam susah nak parking. turun jalan sikit. sampailah!

kalau pergi sana. kedai pertama yang korang masuk. korang memang wajib beli. sebab lepas tu insyaAllah dah sukar nak membuat pilihan dah sebab dah rambang mata.

depan sana mungkin ada cantik dan murah lagi
depan sana mungkin ada cantik dan murah lagi
depan sana mungkin ada cantik dan murah lagi
depan sana mungkin ada cantik dan murah lagi
depan sana mungkin ada cantik dan murah lagi
depan sana mungkin ada cantik dan murah lagi

last-last tak beli hahahaha

jadi hasil menshopping adalah 2 helai baju sahaja. akak beli sehelai, kaklang beli sehelai. saya dengan ida tengok-tengok saja. saya sebenarnya nak sambar tudung. tp yang saya tengok semua tak bekenan canne tu. ada yang corak bekenan tapi bila terai hurmmmmmm kelaut! terus muka jadi kembang semangkuk. taknak ah macam tu.

tu yang sudahnya balik tangan kosong suami suka hati tu haha.

saya dengan kaklang jalan dah seret-seret kaki kefenatan dah. akak dengan ida elok je bertenaga. hebat ooo diorang. ida lg terer ok. dia peknen 7-8 bulan ok. tp lagi kuat daripada kitorang haha. bikin malu sajork!


"kita makan roti canai nak"
"tempat ekon plissssssss"

hahahaha tengok! tengok! dah tak larat sangat la tu. makan pun nak cari tempat ekon bagai. masalahnya ada ke lg tempat ekon bukak jam-jam gitu kan


last-last kitorang singgah nasi lemak kampung baru. yummyyyyyyyy. takde ekon tp ada kipas. jadilahhhhhhh


kaklang: alang taknak makan, nak minum je
saya: andak nak 2 nasi lemak

hahahaha giler kuat makan kakjemah korang ni

sekali tengok kaklang tu. dia pun makan 2 bungkus nasi lemak ok. lepas tu habis dulu lak tu dari saya. hahaha. poyos la kaklang ni


kitorang sampai rumah jam 2.45 pagi.

sampai2 rumah terus tukar baju tido zzzzzzzzzzzzzzzz letih dan mengantuk tak hengat punya. sampaikan sahur pun tak terbangun!

kalau semua ikut lg best.

adik beradik ku. sabtu ahad ni ada plan tak? wahhh gitu. menyinga lah husband kita karang haha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

wah2...sonok kak jemah adek badek mrayap kl..

nasaoji said... [Reply to Comments]

dah bertahun tak p jalan tar tu..mcm seriau je.. ;) tp, hati tingin nak p..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^