Follow Viruspadu

Monday, August 02, 2010

Anoi Kena Tahan Wad

Sekarang saya dekat wad. Anoi tido.

Baru dapat tido daripada semalam. bayangkan. phew!!!

dari malam semalam saya dukung dia sampai pagi ni wei. tangan saya dah ada masel maleknor dah wei muahahaha.

ceritanya malam semalam la kot.

balik ajer dari cheras ke seremban. macam biasa je. lepas budak2 mandi. tido. keletihan sangat kan, kat rumah opah main tak hengat tu la pasalnya. budak2 tido, en.laloque keluar beli susu, saya turun dapur. masak.

tak lama lepas tu anoi bangun tido. tetiba nafas dia berbunyi. macam tetiba je bunyi. tadi elok. so pelik la kan. apasal lak tetiba bunyi lak ni.

anoi macam tak selesa sangat bernafas, dia batuk2 nangis. dia nafas makin lama makin laju, makin berbunyi, makin nangis.

saya masa tu tengah masak lagi, kocoh kacah suruh en.laloque naik atas bersiap. siapkan susu budak bagai sementara saya siapkan masak nasi lemak sambal ayam. hahahaha beria2 kan masak nasi lemak sambal ayam katakau. last2 tak dapat jamah langsung sampai sekarang. terkenang2 wei!

mula2 blur. nak gi klinik ke spital terus. sudahnya ke spital la kita. senang apa-apa hal kan.

memang kena tahan la. nafas anoi memang kuat. saya dah bajet dah mesti kena tahan wad punya. dah ready dah fiikal dan mental dah.

malam semalam sp02 dia turun 89,
tengah pagi tadi dah ok sikit dah naik 92,
pagi tadi makin ok 96,

sekarang macam makin lagi ok. sebab tadi kemain lasak lagi dia. huiiiiiiiiii.

doktor kata maybe bukan asthma, maybe la sebab budak kecik lagi, maybe kena jangkitan kat paru2 ke macam tu. sebab sebelum ni tak penah kena kan. so ok la lega sikit. kena tunggu keputusan xray dia.

anoi cepat sihat ye sayang. mama risau ni....




"eh awak ni mama alesha kan"
"a ah"
"ini anak yang keberapa"
"yang ke tiga ni"
"ooooooooooo"

alahai manis betul nurse ni, ingat lagi kat saya :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

12 komen[s]:

Zaidah said... [Reply to Comments]

semoga anoi cepat sihat...amin

cik hani said... [Reply to Comments]

semoga anoi cepat sembuhhh~

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

jangkitan kt paru2 lg bhye...cam ank haku dl...tp mudah2an anoi x pape la ek...moga anoi cpt sembuh...pd k.jemah mmg kne redi dr pizikal n mental kne duk spital tmn ank...huuuuu

Ietams said... [Reply to Comments]

moga-moga anoi cepat sihat

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

ye ker vp..risaunya mcm tu yer..Alhamdulillah anoi makin sihat tu..InsyaAllah xde ape2 yg serius vp..

Hasney said... [Reply to Comments]

Alahai Anoi,..be cool jemah, hope anoi akan kembali sihat cam sediakala.....auntie pun cayang anoii...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

cian anoi..saba je laa..wahh..nurse tu igt akak lg..kagum..

shaliza said... [Reply to Comments]

semoga cepat sembuh,

bagus nurse tu, masih ingat dah lama tu...

lily lotus said... [Reply to Comments]

siannya..penat sangat main kot..cepat sembuh yer sayang

Adnazthie said... [Reply to Comments]

Alahai An Nur, semoga cepat sihat cam biasa ye..take care

Nur Qaseh said... [Reply to Comments]

semoga anoi cepat sembuh

rynas said... [Reply to Comments]

alhamdulillah dh kembali sihat. risau kalau anak2 sakit nie. hamboi Jemah glamour sampai nurse leh ingat...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^