Follow Viruspadu

Friday, August 27, 2010

Be Gorgeous. Be a Stylish Muslimah With … urlittleblogshop

[ini stickymode entry selama 2 hari]

Assalamualaikum,

Hari ni dah hari yang ke 15 kita berpuasa. Alhamdulilah, dah setengah bulan dah kita berpuasa kan. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah. Rasa macam baru sangat puasa. Rasanya macam baru semalam saya berebut-rebut kat kantin nak beli lauk berbuka hahaha. Berebut memerlukan skill yang tinggi ok. Selit selit selit tup2 dah ada depan lauk dah. Terbaik punya skill ni.

Korang ni dah beli baju raya dah? Sempat ke nak belek telek pegi terjah dari satu kedai ke satu kedai di bulan puasa menahan lapar dan dahaga ni? Hujung-hujung ni lagiiiiii la susah kot. Sebab ramai yang last minit (termasuk kita hahaha). Habis tu macam mana. Online marrrrrrrrrr.

Tiba-tiba, tadaaaaaaaaaaaaa baju online yang saya order tempohari. Sangat bertepatan dengan badan dan tidak lupa bertepatan dengan jiwa hahaha. Dari mata turun ke hati dan kini melekat di body. chewahhhhhhh

Amacam, nice oh! (gambar tidak diedit bagi nampak jelita ke apa sebab tak kuasa haha)

Tak sabar nak pakai, terasa macam nak pakai hari ni pegi kerja. aci tak?

Baju kurung yang gorges ini datangnya dari

urlittleblogshop - Your Buotique Choice




Urlittleblogshop bermula pada 1 November 2009, dan konsep pada masa itu adalah ‘your 1stopblogshop’ di mana di sini kami memberi pelbagai jenis item dari skirts, dress, shirts, pants, tudung, brooch dan accessories. Kemudian, pada tahun ini konsep urlittleblogshop diubah kepada muslimah fashion stop di mana kami masih lagi mengekalkan konsep pelbagai barangan dan kami juga menambah items kami iaitu jubah, maxi dress, baju kurung, shawl, inner shawl dan lain-lain lagi. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dengan kualiti items yang ada di sini ….

Jenis kain baju kurung yang saya pakai adalah kain lycra, jadi kain dia lembut je. Kain dia macam kain tudung tu la. So memang sejuk je pakai. Melalui pemerhatian saya, baju kurung ni takyah gosok beria-ia sangat. Jenis kalau lepas cuci (tangan) pun, kalau malas nak gosok pun aci je kot. Saya rasalah. Sebab saya pun tak pernah try lagi :p. Macam mana nak cakap saya suka jenis kain ni ye. suka pegang sebab lembut dan sejuk. sejuk dan lembut. atau setelah digabungkan dia jadi SEMBUT. haha nak jugak gabungkan tu. pendek kata lagi. tak rugi saya order yang ini. Berbaloi-baloi!

Baju Kurung Lycra - B016
KOD : B016
Harga : RM100.00

Promosi Raya : RM90.00

Harga termasuk kos penghantaran
Size : M – sold
Size : L
Warna : pink


Ye yang M tu saya la yang sebat! harap maklum.


Ada banyak lagi pilihan baju kurung, sudi-sudikanlah diri melayari laman blogshop beliau ok. Tak tengok maka tak cinta. Dah cinta lebih baik beli cepat-cepat. Kang orang lain order dulu kang. Terus kelabu asab mata *meratapi nasib

Antara yang saya bekenan tapi saya tak order


Maxi Dress - MD012
KOD : MD012
Mini Dress
Free Size (Fit S-M)
Harga : RM85.00

Promosi Raya : RM80.00

FREE POSTAGE

Terbaiklah pos free, dah la sekarang harga pos mahal. Ini jugak antara salah satu ciri-ciri blogshop yang saya cari kalau saya nak beli online. free postage. yelah kadang2 harga barang dah murah dah, sekali pos mahal. kanselllllllllll. ni dah termasuk harga pos ni kan. so puas hati lah

Sebenarnya ada banyak lagi yang saya bekenan hahaha. well. feremfuan memang mcm tu kan. tapi bila belek2 balik, dah takde dah. aisehhhhhhh. mesti orang dah beli ni tau. yelah sebab bila orang dah beli urlittleblogshop akan deletekan dari list. so takde dah la. Oh takpe. tunggu stok baru la fulak.

Ustazah An-Nisa

Tudung yang digayakan nisa tu nama dia shawl jenis georgette


Shawl ni lawa, manik dia meriah! kain dia sedap je pakai. bayangkan si nisa yang tak tahan dengan kain gatal atau yang sewaktu dengannya boleh setuju nak pakai tudung ni hahaha. siap terlentuk2 lagi. boleh tak malam tadi dia cakap apa tau dekat saya

"mama, boleh tak, kakak nak bawak tudung ni pegi taska"
"kenapa?"
"kakak nak tunjuk dekat kawan kakak"

hahahaha kelakar. bekenan sangat kot dengan shawl ni. hei nisa! nisa!

harga dia RM30 termasuk kos hantaran.
Kalau anda lelaki nak buat kejutan kepada kekasih / isteri di hari lahir, boleh la order dan pos terus kat opis si dia. terbaik punya kejutan mcm ni. (en.laloque sila lah memahami hahaha)

Macam tadi jugak koleksi tudung, shawl, anak tudung banyak lagi di urlittleblogshop

Bracelet

comel sangat kan.

Dapat-dapat terus sorok, dikhuatiri nisa dengan anoi nampak. hancus kang! *nangis





Accessories - Charm Bracelet
Kod : ACC014 - RM20

:)

Raya nanti berseri-serilah tangan-tangan saya. Baju baru, tudung baru, malah gelang juga baru feeeeeewittttttttt

Macam mana nak shopping di urlittleblogshop?
Mudah sangat kot. Meh saya terangkan :)




Apabila anda klik sahaja urlittleblogshop, mata anda akan disajikan dengan satu blogshop yang sempurna dan sangatlah user frenlinya. betul! ini bukan olok-olok tau. Ok step-step dia macam gini:-

1) Nampak itu Shopping Cart. Baiklah itu je. hehehe. Cuma nak pastikan anda nampak. Itu sahaja. :)

2) Ada banyak info di bahagian Tabs, Anda boleh klik untuk mendapatkan maklumat seperti yang anda inginkan.

3) Ruangan barangan. Disinikan anda bakal mencuci mata. Asal bekenan je terus klik Add To Cart. Bestttttttt. Jadi bila Anda klik sahaja. Dengan secara megiknya barangan yang anda pilih tadi akan muncul di bahagian (1) tadi. Ha sebab tu lah saya kena pastikan korang nampak bahagian tu tadi. jadi sekarang dah paham kan. :)

4) Selesai memilih product yang dibekenani (perkataan ni ada ke haha), terus klik Go To Checkout untuk last check barang apa yang jadi beli, tak jadi beli, berapa jumlah harga semua dan isi maklumat kita lah.

Senang pakai Add To Cart dia sebab takyah register dulu. Ditanggung berehhhhhh!


Kakjemah, takde diskaun ke?
Ada-anda, tapi ada syaratnya. Hantar pulut kuning dengan motokar sebijik dekat ahkak pun jadilah hahaha dush! ok ahkak takde kena mengena ok. Jadi sila lah baca Club Member urlittleblogshop untuk memahami apakah kelebihan yang boleh korang dapat ok.

Eh perihal diskaun tak berakhir disitu ye. Ada lagi jangan risau. Ini tak melibatkan pengeras motokar ke apa. Ini terbaik ni.

Dan juga, jangan lupa potongan discount yang telah ditawarkan :

Pembelian RM100 – RM200 5% discount

Pembelian RM201 – RM300 10% discount

Pembelian RM301 ke atas 15% discount

See, ada lagi diskaun okeh. Mana nak carikkkkkkkkk diskaun super hebat mcm ni... eceh

ok baiklah. Jika anda rasa tak berapa faham. Atau nak tanya lebih banyak soalan boleh hubungi terus baya di baya@urlittleblogshop.com ataupun sms ke 019 381 4896


Dengan itu, saya rasa nak pastekan beberapa barangan yang saya bekenan tapi tak dapat nak order tsk tsk tsk. Takpe. Kasik can kat korang beli. Tapi jangan jeleskan I selepas itu ok. kalau tak, siaplah :p



Bracelet RM10


Handbag - Kod BG012
- RM30

(semua harga adalah termasuk postage)

Puas tol cuci-cuci mata. So korang boleh bajet-bajet raya ni semua serba baru dengan kos yang minima. Untung sangat kan.

Ok. Sudi-sudikan Klik ke
urlittleblogshop - Your Buotique Choice
Your 1stopblogshop


Happy Shopping :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

ana ayesha said... [Reply to Comments]

Cantikler baju tu apa lagi u yg gayakan ..... kasut pink dah beli ker?

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

cantik bj vp tu..sesuai ngan vp...

nasaoji said... [Reply to Comments]

acewah..bergambo siap tunduk2 lg tuu.. ;p

mekchu said... [Reply to Comments]

nisa.. acik tergoda tgk nisa pakai shawl tu.. terus order tau.. jgn memain penangan anak dara jemah ni.. kuasa penarik sama kuat mcm patung kat shopping complex tu..

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

auk nica leh la ganti mama dia jadi model plak nanti haha

lawa baju VP! seswaaaaaaaaaaaiiiiiiiii pink

iCaLoVeZiE said... [Reply to Comments]

wah jemah, baik punya promote! :D saya tak pernah beli baju online. sebab takut terkurang size :( tapi bila jemah promote, rasa macam nak beli la pulak. :D

wildcutecat said... [Reply to Comments]

cantiknya baju pink itu. tetibe jeles sebab tak boleh beli baju raya cantik macam tu sbb badan dah gemuk...xmuat nak pakai. huhuu

puteri gunung ledang said... [Reply to Comments]

lawanye kain die.. tapi nape baju nye nampak mcm singkat? ke salah mata saya memandang ni hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^