Follow Viruspadu

Tuesday, August 17, 2010

fuyooo 80%

Pagi-pagi ahad. Bangun pagi. Masak!. Eh bukan la saya nak makan. Anak-anak lah :p. Masak sup kentang+fishball je. Tu feveret nisa dengan anoi tu. asal dapat sop tu dorang makan dah selera sangat dah. siap rebut2 lagi. nak nak kalau lenyekkan kentang bersatu bersama nasi. pehhhhhhhh seb baik saya puasa. kalau tak dengan saya sekali berebut nak makan :p

Kakcik cakap "andak, kakcik nak pegi nilai 3 nak beli langsir"

pehhhhhhh tahun ni nampaknya kakcik tukar langsir baru lah korang. kaklang taknak tukar langsir jugak kah? korang kan macam kembar haha.

dengan tak semena-mena saya pun teringat macam nak beli pinggan. tetiba je nak beli! dulu2 penah beli pinggan makan (leper sangat dan berat, kemain payah nk basuh), tp pinggan letak lauk takde. cehhhhhh ni semua alasan je weiiiiiii. padahal sebab dah lama tak pegi KK HOME ni kan. banyak la ko jemah :)

siyes tak tahu ada less sampai 80%


pegi KK ni dengan membawa budak yang tak makan saman macam nisa dengan anoi ni. boleh kena serangan jantung tau!

dah la kaca je dalam tu. seriau acik! mulut saya ni berkicau (mcm twitter twit twit ) je suruh diorang duduk elok-elok. jalan elok-elok. jangan sentuh2.


wui korang bayangkan kalau terpecah ke terjatuh ke barang dalam tu. tak mampu acik nak bayar ok. sesak napas ni haaaaa. boleh mengundang batalnya puasa haha.

jadi pilih cepat-cepat.

kesudahan dia. en.laloque sila lah tunggu dengan anak-anak dalam kereta nun. dah vibrate dah jantung omak ni haaaaaa

hasil dia. tadaaaaaaaaa

takyah la tunjuk kan.

saya cuma beli pinggan bulat untuk lauk dan beberapa bekas kecil yang ada penutup. senang nak letak sambal belacan. haaaaaaaa kelas kan kakjemah punya sambal belacan. siap ada mangkuk khas untuk dia je.

saya ada satu lagi projek mengenglish style kan wajah meja makan. kain dah beli dah. malam semalam plan kononnya nak godek. tp dah berbuka rumah mertua kan, balik rumah sendiri dah malam sangat dah. sok sok jelah kita tunjuk ek.

bestnyaaaaaaa. tak sabar ! xcited lebeyyyyy

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

ala jemah...tayang la pinggan tuh..nak nengok..sales giler ke? leh la terjah..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

wa....sales jer..kat cni pun ada..kat giant kota dmansara..nk masuk tp sebab ada nak kecik kan..terus xjd masuk..takut plak kang..ssh nk memilih nnti..

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

ntah...kedokut la jemah ni sorok2 pnggan yg de rembat lak...nympahz taww...hekhek

Cik Ruby said... [Reply to Comments]

wow ! 80 % ! kalau SOGO wat sale 80 % harus lapan hari lapan malam kat situ. heheh.

BigMouth said... [Reply to Comments]

alang nyer langsir lum 5 tahun lagi....huhuhuhu

lily lotus said... [Reply to Comments]

wahhh..mahu tak menggila :D

wildcutecat said... [Reply to Comments]

best ek pinggan mangkuk kat situ? nanti dah ada rumah sndri, blh la pegi beli pinggan kat sana ^_-

princess_eryna said... [Reply to Comments]

dok umah sewa nih mls nak beli pinggan mangkuk bagai.... tunggu laaa dok umah sendiri nnt....huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^