Follow Viruspadu

Sunday, August 08, 2010

Gigi Susu

nisa sakit gigi. (kot!)

kenapa ada kot! sebab saya pun tak pasti betul ke tidak

cerita dia macam ni. jumaat malam sabtu. dia tak boleh tido. asik la menangis. bila tanya kenapa dia tunjuk mulut dia. ha kalau main tunjuk2 taknak cakap tu kan dah paham la dia dah start dah merengek2 kan. ahkakkkkkkkkjemah korang ni dah la angin satu badan, sikit lagi nak BERTUKAR dah. tp sabar je lagi. sebab mula2 ingat dia saje mengada2. dah tu tiap2 malam buat perangai kan. harus la ahkak bertukarrrrrrrrr sokmo!

tp rengek dia tak henti2, sampai air liur meleleh bagai.

tanya banyak kali. baru dia cakap gigi.

tapi en.laloque cakap, "bukan gigi ni ma, lidah dia ni"
saya pun menjawab "dia cakap gigi tu pa"

dalam hati saya mesti gigi dia tengah berdenyut2 sakit. memang ada gigi nisa yang macam rosak2 sikit, saya bajet gigi tu la kot sakit. terus saya panik. terus ajak en.laloque gi klinik hahaha. mana lak nak cari klinik gigi bukak kul 12 tengah malam kan.

wuhaiii saya terbayang2 masa saya sakit gigi berdenyut2 itu hari, tu yang terasa ngilu tu walaupun anak yang sakit.

teringat nak suruh nisa kulum air batu. yelah air batu kan kebas sikit mulut tu kan. cari2 air batu takde. memang tak buat hahaha. dah cari memang takde la kan. poyo betul!

then teringat sape ntah cakap, mak saya ke sapa tah. tumbuk bunga cengkih. lepas tu letak kat gigi utk kebaskan dia. sebab budak kena la tumbuk. kalau diri sendiri kena, gigit je la bunga cengkih tu kan. usaha la saya tumbuh2 tengah pagi tu. mesti jiran saya pelik. apa ke rajin bonar jiran dia masak pagi2 buta tu kan haha

lepas letak tu nisa pun tido.

pagi tu dia nangis2 lagi.

alahai risaunyaaaaaaaaaa. macam mana nak buat niiiiiii, lambat pulak rasa klinik gigi bukak.

klinik ferhad :)


sikit punya raung diaaaaaaa. sakit nya tak. takut yang lebih

en.lalouqe kena pegang kepala nisa sampai mcm tu sekali

doktor check2 takde pape HAHHAHAHAHAHA. adoilaaaaa sabar je la

baik betul doktor ferhad ni. dah la baik pemurah lak tu. kitorang check tu FOC je tau. i like you banyak2 la doktor :)



rupa2nya betul la. memang lidah dia yang sakit. bukan gigi.

terer betul suami saya ni. hebat betul naluri kebapaan dia :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

marinahunny said... [Reply to Comments]

jemah g farmasi beli 'oral aid' dia dlm botol kecik blh titis atas putik kapas pastu sapu kat lidah tu. boleh jg gunakan kalu dlm mulut pecah2..rasa dia xpahit tp manis. nt akan rasa kebas lps letak. letak 2,3 kali xpe asal hilang sakit. saya slalu standby benda ni. harga dlm rm6-rm8 gtu la.

dd dudu said... [Reply to Comments]

kenapa lidah sakit ey..ulser ke

hehe xpaham

Emmy said... [Reply to Comments]

hmmm...betul3...kdg2 naluri @ prediction suami sy lagi bagus dari saya...tu kdg2 malu skit dgn dia tuh...hehehe....

MieZa said... [Reply to Comments]

lidah dia pecah kot...=) tue yang skt jer..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^