Follow Viruspadu

Monday, August 16, 2010

Hijau Kuning

tema baju raya tahun ni adalah hijau kuning. family sayalah maksud saya. bukan tema taman perumahan ke apa. tp kalau nak follow boleh je. i followwwwwwwwww

sebelum ni tema adalah satu warna je. macam merah je ke, pink je ke, hijau je ke, biru je ke. tapi kali ni siapa punya idea ntah yang bertambah kompliketet ni. hijau dan kuning. tp sebenarnya tak paksa nak membuat kombinasi warna hijau dan kuning. tapi boleh boleh pilihan samada hijau atau kuning. lagi senang kot :)

jadi, bila dah tahu je warna tema, berdesup2 la saya ajak en.laloque cari kain buat baju. sebab kitorang nak tempah baju kasik sama kan. jadi memang kena tempah awal kan. masa anak kecik-kecik ni la nak pakai sama pun. dorang dah besar sikit kang. haremmmmm dia nak hahaha. kita dulukan macam tu.

dulu masa saya kecik2, kadang2 ada baju mak jahitkan saya dengan ceera sama. ahhhhhh tertekan tahu! hahaha

tadaaaaaa... nisa dengan anoi saya buat baju kurung kedah :)


test-test power.

baju ni saya memang hantar lama sudah. memang janji nak amik sebelum raya.

ah lega setel dah baju raya guwe. tinggal laki ku saja. dia senang kot, baju melayu banyak pilihan nak raya ni. mecingkan ajer dengan kitorang nanti.

eh korang mcm mana? baju raya dah selesaikah?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

littlehumblelynn said... [Reply to Comments]

vp

menariknya.......baju x settle lagik.......pening!!

mekchu said... [Reply to Comments]

selesai... dah 8 pasang... huhuhu..

aZLiNa aZiZ said... [Reply to Comments]

santekkk...saya dah berkurun beli kain, dok terperam dalam almari, sampai skang malas nak selongkar dah. nampak gaya beli yang dah siap je la.

Watie Abd Rahman said... [Reply to Comments]

same gak kami pon, yg fomfan2 je setel. yg jntan2 beli siap ajo.. hehe!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

baju kurung n melayu dah settle tp belum siap..kami warna oren tahun nie...cume baju kasual belum lagi..nnti dkt2 nk raya baru beli ..baru best...

MieZa said... [Reply to Comments]

belum..fink + hitam kale..syiok =)
ada tempah kat makcik, tak tahu lah dah siap ke belum..huhu

Mya said... [Reply to Comments]

saya dah setel dah!
baju saya setel 3 bulan lepas lagi.
over kan.. he he..

kak moon said... [Reply to Comments]

tahun ni purple.. ikut permintaan pengantin baru...

ekeke...

rasa cam tak raya bila tak dapat baju kaler biru... T_T

nasaoji said... [Reply to Comments]

ala2 samer r tema kt kak..kt kaler ijau ini tahun..paknye ngn anaknye dah settle, tinggai maknyer ni je blum lg.. ;(

arsaili said... [Reply to Comments]

salam ramadan...

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

tak settle lagi ler jemah... tapi lawo gk ekk ijo kuning...

viruspadu said... [Reply to Comments]

littlehumblelynn
cepat2 carik, puasa ni tak sedar, tahu2 dah nak raya dah :p

mekchu
umangaih 8 pasang kata ko. kagums mak nok!

aZLiNa aZiZ
meh kalau malas hantar jahit, layangkan ajer kat ahkak hahaha

Watie Abd Rahman
yang lelaki sonang baitu kan. kito ni je yang payah. sebab tu kena setel awal2

Softtouch [Hanim]
wah oren. kelas gitu. sama lah. baju biasa pun tak beli lagi ni. plan tghari ni nak cari

MieZa
cantek tu. hitampink. kena amik no fon akak jahit tu. sms je tanya. senang tak bazir tenaga gitu

Mya
semangat raya ni hahaha

kak moon
takpe beli jugak la biru. tp biru pakai malam raya. cehwahhh

nasaoji
emaknya nak cari yang very the vogue kot. :p

arsaili
ye salam ramadhan :)

Diarihatiku1976
boleh la. lawa jugak. kalau fink lg lawa. ha dah seminggu pose dah ni. cepatonn :)

Hasney said... [Reply to Comments]

jemah, cousin dah call baju raya kami anak banak pun dah siap, mmg mak dia yg jahit sejak 6 thn lalu...so 27-31, nak balik segamat jumpa cousin kt sana amik baju...waa jauh tak...padahal dowang dok langat jerk, tp kitaorang share sepupu(hasben dia n akaknyer hasben sepupu2)...so jadilah bersaudara...tema tawon ni..lemak ketam n cacar meerba...hi3...asben ckp dia nk beli jerk..padahal kain dah beli tk sempat nk antor tempah...hu3







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^