Follow Viruspadu

Tuesday, August 03, 2010

Kenduri untuk Keisha

atam hantar mesej tru fesbuk rasanya dah berminggu dah kot. jemput datang rumah dia ahad lepas ada makan-makan. Dia buat kenduri sikit. tak pasti kenduri apa. kenduri makan-makan je kot hehe.

jadi kitorang sangat excited la nak pegi. tp yang pelik si kaklang boleh lupa. cisss!!! elok je kitorang call dia dalam perjalanan balik melaka hahaha. pelupa betul perempuan tu tau.

sempat bergambar sementara membuat pembahagian kereta. siapa naik kereta siapa untuk tujuan penjimatan minyak berganda haha

sepet, me, kakcik, merah, nisa

nisa sekarang makin terliuk lentok kalau nampak kamera haha. anak perempuan lain kan. kalau anak lelaki mesti dia malas layan punya. lagipun nisa mekap eye shadow bagai tu kauu! maunya tak terliuk lentuk macam tu. tengah feeling2 cun tu kannn

me nisa dan merah :)


ni jejak kasih ke apa ntah ni haha. macam aksi2 cubit pipi dah lama tak jumpa awwww


ceera saje pakai baju ketat2 wooo nak tunjuk pinggang dia la tu muahahaha jeles. *nangis mengenangkan perut sendiri




tu dia, blogger!


anoi sihat lagi masa ni. kemain lasak lagi


makanan terbaik! sebab semua sedap2


anoi sangat rapat dengan saya. ce tengok tu. memang kat peha saya je.


pengorbanan seorang ibu yang kebuluran hahaha laparrrr




waka waka time haha. terkejut kakcik tengok nisa joget lagu waka-waka ni hahahahaha kelakar giler. dia igt dia je ajar merah joget2. dia tak tahu mama nisa ni sopan2 je nampak, padahal siap ajar anak joget waka2 kat rumah hahaha *sila jangan bayangkan mama nisa joget waka2 okeh




penonton waka-waka


kitorang lepak sampai kenyang.

kesian rumah atam. hancussss lebusss dibuatkan anak-anak saya yang aktif sangat2

anoi teraburkan makanan dengan karpet dpn tu, dah tu dia pijak2 pulak. adoi.

"atam, andak bawak balik la karpet kau ni, andak cucikan kat rumah"
"betul ke kau ni"
"betul la, tapi mungkin lepas tu andak tak pulangkan"

hahahaha ayat lebih kurang la ye hahahaha

beberapa minit lepas tu, nisa tumpahkan air sirap kat karpet satu lagi pulak

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa matilah mama macam ni. jenuh saya sental kasi hilang merah dia ok. tertonggeng2 sorang2. dah macam atam punya bibik baru lak hahaha.

masa tu geram sangat dengan nisa, sebab saya dah pesan kat dia. tp degil sangat. last2 betul2 tumpah.

"kakak tolong ambilkan kasut adik kat dalam" ~kata papa
"kakak takut, mama tu masih marahkan kakak"

betul, mmg tu la ayat nisa. memang ayat buku teks. banyak sangat tgk kartun kan. ayat katun alihbahasa kan mcm tu hehehe. hilang marah dengar ayat nisa :)

atam. tq n sori ye tam. :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

ratna said... [Reply to Comments]

ha ha ha nisa.. nisa.. pandai kamu takut kat mak kamu yer.. kalau saya tu dah lama membebel..

nasaoji said... [Reply to Comments]

kalu anak buah kt, kt dah jeling2 dah..hehehe... ;P

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

meriah uma ceera...bkn nisa jekk pndai lentok2..anoi pon da pndai da..

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

alolo.. suwit jer nisa ckp camtu.. masih marahkan kakak tu xtahan.. ayat kartun alih bahasa ekk haha..

viruspadu said... [Reply to Comments]

ratna
nak bebel gak. tp rumah orang hehe

nasaoji
konfem ceera dah jeling2 tu haha

:: p R i n c E s S _ N ::
genetik la katakan

~~@lyci@~~
pengaruh tv kuat







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^