Follow Viruspadu

Tuesday, August 10, 2010

Kereta dah rupa kereta dah.

Ya ampun, korang memang kenot terbayangkan kereta kakjemah macam mana roman eh ok.

Memang teruk !@#$%^&*

bukan itu saja, dah la teruk kotor malah dia punya bau. phewwwwwwwwww. sangat la tak boleh blahnya ok

sampaikan itu hari yang saya pergi perpoya-poya dengan adik beradik. saya tinggalkan kereta dekat cheras. siap tinggalkan kunci kereta lagi mana tahu kot abah nak pinjam ke apa ke kan. sekali masa saya balik rumah, tgk2 kereta saya pintu dah ternganga dah. pelik betul.

"nape mak?"
"kereta kau ni bau muntah, tu yang mak bukak pintu dia tu" sambil muka mak membuat kecutan hidung yang menunjukkan pahit betul bau dia hehe

HAHAHAHAHA

kakjemah ni hidung tersumbat ke apa ntah

anoi kan tak berapa sihat lately, so dia asik muntah. bukan muntah sikit2 tu ok. muntah yang betul2 muntah punya muntah. jadi memang habis la seat kereta tu semua. tak menahan betul. disebabkan kejadian tu dah acap kali berlaku. sebab tu hidung dan deria bau bauan I dah lali dah.

masa en.laloque kata nak singgah cuci kereta ni. alamak malunyaaaaaaaaaaaaaa

konfem kena maki dalam hati ni weiiiiii

ingat tak saya pernah cerita yang saya hantar kereta cuci, sekali pekerja tu sindir2 tu hahahaha

akhirnya kereta saya dah macam rupa kereta dah. kalau tak dah rupa lori sampah dah. apa ke sadis perumpamaan dia :p. kalau mcm ni punya anak punya karenah. kansel lah tukar kereta. mengundang kekecutan hati je kang bila dia tumpahkan air dan menteraburkan jagung dalam cawan itu. phewwwwwwww. sesak dada!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

Hamzah Ian said... [Reply to Comments]

hehe.. kene letak plastik bag la dlm kete pasni takut2 die muntah lg kan..

armouris said... [Reply to Comments]

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

hihi macam2 hal kene tgu anak beso sket baru leh tukar kete baru kak jemah yer

viruspadu said... [Reply to Comments]

Hamzah Ian
betul gak tu kan. ok ok noted :p

armouris
iyolah

JIVEBUMZ
tu la pasal. kalau mcm ni. sengsara menengok kereta :p







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^