Follow Viruspadu

Wednesday, August 11, 2010

Kusangka Gigi, Kusangka Lidah

Kesinambungan daripada entry lepas gigi susu

Muka nisa sakit gigi katanya


mula2 ingat dia sakit gigi. jadi kitorang pun sangat lah gigihnya pergi ke klinik gigi check gigi dia. rupa2nya bukan gigi daaaaaaaaa. Chait!

Pagi2 tu nisa bangun ngamuk2 lagi. kali ni kat rumah nenek. sebab sabtu malam ahad tu kitorang tido rantau. sepanjang malam membawa ke pagi. setiap sejam dia bangun nangis. taknak minum susu bagai. why ha why!

"dia sakit lidah ni mak"

konfiden kan.

esoknya ahad. rantau nya farmasi ahad dia katup. ye satu tindakan yang bijak tutup hari ahad. sebab hari ahad semua orang sihat2 belaka. muahahaha bengang!

mulanya en.laloque plan nak pegi farmasi je beli ubat. dah tu farmasi katup kan. saya ckp pegi klinik je la haiiiiiiiiii. lg senang kan. kalau dah tahu nama ubat ke apa bagai takpe jugak. ni nama ubat pun tk tahu. nak harapkan sepet. takyah la susah2 hahaha. tetiba!

saya tinggal rantau jaga anoi. jadi nisa hanya pegi dengan papa dia je la. bila dorang sampai rumah terus bizibodi

"mcm mana pa?, doktor ckp apa lidah dia?"
"bukan lidah, tekak dia ulser"

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hahahaha

semua tekaan salah nampaknya ye. nasib baik tak pandai2 je pegi farmasi beli ubat kan. yelah kita mana lah tahu main agak2 je. doktor siap teropong mulut nisa, nampak ulser kat tekak. patut la dia mengamuk taknak susu bagai. mesti sakit masa telan air liur.

semalam nampaknya nisa mcm dah ok sikit dah. mau dah dia makan.

ha tu la bahaya jugak main agak2 ni kan. salah ubat tak ke naya uolssssssss.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

ratna said... [Reply to Comments]

vp.. anak saya pun selalu ajer kena ulser kat tekak. doktor selalu bg oral aid utk kebaskan mulut dan tekak supaya boleh minum dan makan tanpa rasa sakit..

marinahunny said... [Reply to Comments]

fuh, nasib baik x salah ubat..

LiErOSe~QiEmi said... [Reply to Comments]

adeh!! moral of de story, g klinik je senang klu ank sakit kan kak jemah, at least leh tau ape sakit dia dari kite main agk2..hihih sebab saye pun penah kena.. ank gak yg jadi mangsa huhuhu...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

kite y dewasa klo kne ulser pon trase sakit..ni kn bdk2...cian kakak nk besa laa tuh..

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

alahai cian cica..smoga cpt sembuh..

Kazaztan Team said... [Reply to Comments]

bdk2 mmg susah nak detect...diorg pun tak bape reti nak ckp...mmg mak bapa ke main teka2..eheheh nnt kat klinik dor tanye lg...sakit ape...tu pasai kena pandai teka2 nie...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^