Follow Viruspadu

Monday, August 16, 2010

Lebam tsk tsk

Sedang saya lepak-lepak dekat ruang tamu rumah mak, tiba-tiba

uwaaaaaaaaaa uwaaaaaaaaaa uwaaaaaaaaaaaaaaa suara anoi menangis.

ko tak tahu kakjemah punya aksi spontan macam mana. meh sini bayangkan

bangun dari kerusi dengan kadar 0.1 saat, campak telefon atas meja 0.2 saat, berlari sepantas yang boleh 0.5 saat. papppp 1 saat sampai ke destinasi yang dituju iaitu tangga rumah mak.

laju giler bukan! memang takkan sempat nak kaver muka comel ke apa. seb baik takde cctv yang dapat merekod wajah hamba ketika itu. hahaha.

anoi dah terlentang ok atas tangga. (seb baik ada 2 anak tangga sahaja) dengan tangisan yang amat dasyat sekali. muka saya pun sikit lagi nak jadi biru panik :(

terus dukung anoi laju2, dan pujuk dia dulu.

tengok la muka saya dah lebam dah :(

en.laloque yang sedang enak tido sambil dengkur2 tu terus saya kejut bangun. saya ni memang macam ni. kalau panik je mesti ajak orang lain panik sama-sama hehehe.

tak tahu mcm mana nak kontrol muka yang panik. sudahnya en.laloque amik anoi, dukung, bawak jalan-jalan ke luar.

anoi dapat layanan yang super manja dari kakak cica. anoi kan sakit hehe

saya macam biasa lah. sikit2 je ajak en.laloque gi klinik hahaha. feremfuan fenik lefehhh lah.

takdelah. kitorang tak pegi klinik pun. sebab lepas tu tengok anoi sikit punya melasak balik. macam tak serik punya orang. adoiyaiiiiiiii

dan selepas itu bermula episod saya kena menjawab

"apasal dengan muka anoi ni"

uwaaaaaaaaaa turn mama pulak nangis anoi. nangis dalam hati lah. teruk jugak saya kena perli sebab tak jaga anak elok-elok. uwaaaaaaaaaa apakah ini semuaaa. apakahhhhhhhhhhh!!!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

14 komen[s]:

...miSS fAi... said... [Reply to Comments]

siannyer kat anoi..... beselar, budak2, nakal x hingat... heheheh

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

mmg sy dpt bygkan betapa lajunya vp n paniknya vp mnghadapai situasi itu..

sy pun sama mcm vp..mesti ajak org lain panik sekali...budak nk mbesar mcm tulah..melasak kemain.

Mummy Dasy said... [Reply to Comments]

budak2 mmg camtu... tp kak saya pun mau camtu gak klu panik...

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

heee klu ank aku yg kne komfem 18ari dpt ceramah dr en.somi...sbb bnde tu blaku ms aku de kt umh n aku yg jg die...heeeeeeee

Weeda said... [Reply to Comments]

haha...tergelak pulak weeda baca entri nih..ampun kak sebab gelak...

alololo...cian anoi..tp bese la budak2..lasak.

weeda time kecik2 dulu jatuh tangga lebam sebelah mata jadi macam lanun..hari raya jadi lanun..

RieNa said... [Reply to Comments]

waaa!! nawal pun lebam bwh mata jugak akibat tersondol di meja masa bertatih. huhu! mmg penat menjawab dgn org sekitar.

tp anak2 kalau tak lebam tak luka tak calar mmg tak sah laa kan.

luvmum said... [Reply to Comments]

heheh eh tu dia gaya omak ada lah lebey ok tu yg epnting.besa la bebudak nak naik..melasak.jatuh tangga ke jatuh apa ka..time ni.tapi nangis pun kejap jer.yg penting misi nak wat omak ehh kalut adalah berjaya kan heheheh

MieZa said... [Reply to Comments]

halloh halloh cian anoi..lebam dah..
sweet jugak kakak cica..hehe

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

xpe2..tu ptanda ank bijak..aktif..

Emmy said... [Reply to Comments]

ok la tu dua mata jer...cuba 4, 5, 6 mata?...setiap kali teringat saya rasa nak nangis...nak pukul diri sendiri sakit lak nanti...huhuhu...

antalya said... [Reply to Comments]

kesian anoi..sakit tu..bengkak giler

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

bebudak tgh nak membesar macam anoi mmg tgh lasak.. Qaisara pun sama la lasak tak hengat... dia main terjun je mana2 yg dia rasa dia nak..tu yg rumah penuh tilam tu hehehe :D bukan apa..sbg kubu pertahanan....

sian anoi ek..pipi dah la tembam..lebam la pulak..meh sini auntie kiss kan..bg baik heheh :D

EraNaZeErA.. said... [Reply to Comments]

ala siannya anoi... tp tak per.. budak nak besar.. mesti ada simpan kenangan kan. hehe..

tp apa2pun.. walupun lebam tapi tetap cumil... hehee

viruspadu said... [Reply to Comments]

terima kasih korang :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^