Follow Viruspadu

Monday, August 23, 2010

Mengidam TOmyam

Bukan mengidam sebab ada "isi" ataupun sebab ada "apa-apa"

bukan heh!

korang tu bukan boleh baca perkataan mengidam tau. mesti saspek kakjemah ada "apa-apa" punya hahaha. nanti ahkak jugak yang saspen sendiri terus beli tester hahahaha

nape ek kat param ke mana-mana ke payah nau nak jumpa orang jual lauk berbuka tomyam. susah woooooooo. tak caya petang kang korang gi cari kat param. balik-balik jumpa ayam masak merah punya :p (feveret saya jugak tu!)

jadi dah beberapa hari minggu lepas pencarian tomyam yang asik gagal, dan tiap kali gagal saya pun sibuk la memekak-mekak kat twitter nak makan tomyam, nak makan tomyam, nak makan tomyam. hahaha giler punya bayangan tomyam menghantuiku okeh

so plan lah, kalau takde halangan sabtu ke ahad ke nak la masak tomyam sendiri. tp saya tak berapa pandai masak tomyam. sebelum ni memang la penah test. tp tak berapa sedap la. rasa perisa kiub tomyam je lebih. me dun likeeeeeeeeee.

so sabtu lepas selepas mendapat resepi dari ina, terus la pesan kat en.laloque suh kuar jap beli bahan-bahan.

tp masa tu kak jemah bijak pandai, baca tak habis. dah salin bahan-bahan terus suh en.laloque beli. terus off laptop. sekali lupa daaaaaaaa nak baca cara-cara nak masak macam mana hahaha. menggagau la selepas tu. nak on laptop balik dah malas dah.

"alamak pa, lupa lah nak baca cara-cara masak dia tadi, mcm mana ek"
"campak-campak je"

hahaha en.laloque kan memang tahu masak tomyam. dia terer dah. bini dia baru nak merangkak2 haaaaa. takpe takpe biar kakjemah yang masak. taknak mengalah tu hahaha

hasilnya tomyam citarasa viruspadu

ntah la. biasa je kot rasa dia :p

en.laloque makan macam sedap je. antara dua je lah. antara dia rasa sedap ataupun dia lapar sangat so tak pedulik dengan rasa dia dah hahahaha. takpelah anggap ajer la tomyam ni dah lulus dah. lulus bersyarat ah. sebab saya sendiri tak luluskan dia lagi. :p

nah saya kopipes resepi tomyam ina utk tatapan korang sekali. ina tumpang lalu yeeeee.

TOM YAM ala nasaz.. hehehe
(untuk 2-4 org makan)

Bahan2

1. Bawang besar - diracik besar
2. Serai 2 batang- dititik
3. Cili padi - 20 batang (tumbuk separuh hancur)
4. Tomato - 2 biji - setiap biji belah 4
5. Daun limau purut - masuk lam masakan time nak hidang kok tak nanti pahit.
6. Air limau nipis (limau yang bosa) - perah lam 5 biji (kalau dapat lam 6 sudu besar ok la tu) biji jgn masukkan plak mah
7. Bahan basah - Ayam, daging, sotong, udang dll ikut suka
8. Sayur2an - Carot, kobis bunga, cendawan dll ikut suka
9. Garam (secukup rasa) + gula (1sudu stengah) + ajinamoto (ikut rasa)

Cara2 nak buat:

> Masukkan air lam periuk ikut sukatan kuah yg diingini dan didihkan.
> Masukkan bawang besar + serai + cili padi + semua bahan basah serta sayur. (Kalau ada cendawan lambat sikit masuk pun ok sbb takut lunyai nanti)
> Masukkan garam + gula + aji
> Biarkan semua tu masak dulu.
> Pastu masukkan tomato.
> Pastu masukan air limau nipis (kacau hingga sebati) - cuba bau masakan tu,, klu bau dia menyengat kira ok la tu air limau cukup, hehehe

Last sekali sedia untuk dihidang + letak daun limau purut.

Cuba la !

tp saya tak ikut resepi ina tu lagi. nanti2 saya teraiiiiii. ok dah tu je.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

ana ayesha said... [Reply to Comments]

nyumnyum..... udang tu amat menyelerakan

lily lotus said... [Reply to Comments]

ok dah tahu menu apa nak masak untuk berbuka :D

Mulan said... [Reply to Comments]

ok Mah,

boleh cuba esok lusa...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

tomyam masam2 adalah best!

mrs.irwan 2 be said... [Reply to Comments]

tom yam....favourite ku itu..ahakzz...sedapnyerr

Nurul Azuan said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

arini pun plan nak msk tomyam.. nom nom..

seroja said... [Reply to Comments]

kak jemah.. tomyam tu kalau nk lg sedap biar perencah die tu byk skit.. pastu letak susu cair, letak sos tiram sikit..
tomyam biar masam + pedas,, mmg sedap ah..hehe..=D..

Davnes said... [Reply to Comments]

tomyam memang best tapi aku x boleh makan pedas2 ni...rugi betul..hehehe

ArELeEz said... [Reply to Comments]

leez pun dah lame xmasak tom yam. kalau masak pun, main buh jer. sodap ke.. xsodap ke.. belakang kira! yg penting, buleh lalu kat tekak. he3..

nasazfrog... said... [Reply to Comments]

Aduhai sogan den mah ekau masuk an resepi tu,,, apapun nanti cuba tau... :)

mrs.hanibunny said... [Reply to Comments]

erk.. mcmmana kaler leh jadi oren2? sbb cili ke sbb tomato? nak try nih... tak pakai peskan?

pizet said... [Reply to Comments]

kak jemah kalau nak rasa die lemak2 ckit dekat2 nak masak tu letak susu cair dalam satu sudu besar...confirm sedap je...tapi dekat2 nak masak la kalau x nnt dia jadi x brapa nak sebati susu tu dengan kuah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^