Follow Viruspadu

Friday, August 27, 2010

MieZa yang suka makan, tapi dia kurus

Jadi saya syak dia kelentong eceh. Mana aci hoh suka makan tapi kurus hahaha. tak puas hati! tak puas hati! Nasib dia comel :) tetiba :p

Sebenarnya saya pun ada rakan yang semacam itu. takyah rakan la. adik beradik dah cukup dah boleh kasik contoh!

kaklang si mulut besar tu kalau makan dia start paling awal, dia jugak yang paling last habis. jd boleh bayangkan berapa banyak dia makan. tp badan dia melengking kurus haha cis betul

si sepet tu pulak. sekali ambik nasi macam gunung. licin. tambah lagi. nasi tambah lg berapi punya gunung dari yang awal tadi. licin. tgk badan dia. kurus je. tak jejas perut buncit ke apa muahahaha eh apasal aku gelak :p

hahaha tetiba cerita pasal makan lak kan mieza kan. tp suka makan dengan makan banyak adalah dua benda yang berbeza kan kan kan. ahkak pun suka makan. jd kita leh jd geng. Geng Suka Makan (GSM)

"Mieza ialah seorang pelajar sarjana muda perniagaan perkomputeran di UiTM Dungun, Terengganu. Disini Mieza akan menceritakan kisah hidup mieza sebagai seorang pelajar dan kakak kepada 4orang adik yang sangat nakal dan kelakar(mungkin..) segala coretan disini untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan kelak..Jika anda berminat, teruskan membaca tetapi jika sebaliknya anda tidak dipaksa untuk membaca. Terima kasih.."

Baca di bawah risiko sendiri. Kalau anda terjatuh chenta sama dia. Saya adalah tidak jamin. chewah!



dan semalam adalah hari lahir beliau. cepat nanyi cepattttttttt



Selamat hari lahir
Selamat hari lahir
Selamat hari lahir Mieza
Selamat hari lahir

ye mieza, boleh kawen dah hahaha. akak kawen umur 23 ok. :p

Ok tetiba macam tak larat nak taip panjang2 hehehe. nah ni entry mieza. sudikanlah baca ye

SAYA NAK MENANG....

BELKIN G WIRELESS MODEM ROUTER!!

viruspadu dot com...
aku rasa bukan aku sorang je selalu baca blog nie...korang pon sama kan?
aku suka baca blog viruspadu sebab penulisan beliau yang bersahaja, sempoi giler dan diselangi oleh wajah-wajah comel anak-anak beliau...an-nisa dan an-nur...

aku mula membaca blog kakak pink nie sejak aku belum mempunyai blog sendiri..
sejak aku terjumpa blog yang sedih menceritakan kisah arwah alesha abriza..
sejak itu aku terus membaca dan membaca...terjurai-jurai air mata aku bila membaca kisah sedih beliau semasa kehilangan puteri sulong...kerana beliau wanita yang cukup tabah,,

sejak itu, aku mula teruskan membaca, hari2 lepas balik kelas,aku membaca seolah-olah membaca novel,,lagi2 bila membaca 'u pink my heart'...seronok kelakar giler...comel jer...hehe secomel kak jemah...

bila aku baca blog akak pink nie hari-hari, tiba-tiba aku terfikir nak buat blog sendiri sebabnya kak jemah nie sungguh baik hati berkongsi pelbagai tutorial...tutorial buat ketupat pon adooo...
dan tercipta lah blog aku nie...selain aku follow blog kak jemah, aku pon ada gak add fb dia,,,ye lah aku suka kan baca blog dia...so, kira nak eratkan silaturrahim lar gitu...eccceeeehhhh....kira kak jemah nie idola aku lar...

teringin jugak aku berjumpa dengan kak jemah face to face sebab dari segi penulisan beliau aku dapat rasakan yang beliau cukup peramah dan mesti banyak jenaka...hehe aku nie sekadar SR sajork di blog beliau, aku kan pemalu...hehe

kenapa saya kena menang BELKIN G WIRELESS MODEM ROUTER??
  • pertama..sebab saya dah nak habis belajar, so sy nak pas broadband saya pada adik saya..dan saya perlukan router tue untuk pasang kat rumah..so, saya tk payah lar nak kena amik turn nak berblogging or main game kat fb..so, semua orang boleh online dalam masa yang sama..baik tak saya...
  • yang kedua pulak, saya duduk melaka..so, senang je nak akak nak bagi, akak tak payah lar nak pos,, saya sanggup turun jasko jumpa akak, selain saya dapat router, saya dapat jugak jumpa akak face to face, jadik nya saya dapat 2 hadiah sekali gus, jumpa akak dan router =)




**********

baiklah saya petik ayat mieza sikit "teringin jugak aku berjumpa dengan kak jemah face to face sebab dari segi penulisan beliau aku dapat rasakan yang beliau cukup peramah dan mesti banyak jenaka...hehe aku nie sekadar SR sajork di blog beliau, aku kan pemalu...hehe"

HAHAHA kalau jumpa akak, mungkin akak pun tak banyak cakap mieza oiiii. akak ni banyak cakap dalam hati je :)


ok mieza yang cantik. terima kasih sudi join contest akak ye. nanti joinggggggg lagi tau

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

CikPuanMiera said... [Reply to Comments]

ye betol..
kak jemah ni pon pendiam jugak orgnye.. tapi kalo jmpa org yg baru kenal la..

buktinye ms kak jemah jmpa ngan we all geng vivaownersclub kat PD.. Da lame da.. En.laloque kan geng VOC satu masa dulu...

eh eh.. time tu kak jemah xpakai tudung lagi ye kawan2.. & kak jemah juga sangat manja ngan en.laloque.. Hehehehe.. =p

ohh masa tu dpt jumpa sepet jugak..
tp malangnye xtau pon ms tu kak jemah ade belog.. hihihi

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

pendiam?? OMG...
hoi tak payah la cakap kita banyak makan...cakap kita makan lite2 dah la..huhuhu!! nanti mak2 mertua baca ni reject..ha cane??

MieZa said... [Reply to Comments]

eh eh mcm kenal lar....hehe
thx kak jemah =)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^