Follow Viruspadu

Friday, August 13, 2010

MissRiveBell In da House

atau lebih senang dikenali sebagai miss mumun :) ataupun moon, atau ira. ha korang boleh pilih nak panggil apa. eh moon, kalau nak panggil mira edora pun boleh kan. wah tetiba :p

Dia ni student lagi ni. berasal dari johor. entry dia rilek je. simple and easy. entry pendek-pendek yang membuatkan kita rasa senang nak baca sampai habis dan tak skip-skip tulisan.

antara yang boleh membuatkan miss mumun gembira adalah apabila dia bersama-sama dengan keluarga, dapat bersama dengan Group Ronggeng Crew (geng dia ni ). nuno dan pakej (tak paham hahaha) dan kawen ececececece. ayat ni saya kopipes entry tag2 yang dia buat hahaha. sebab tu saya tak paham nuno dan pakej tu. moon, apakah itu? sila jelaskan kepada ahkak kau ni hiks. ha hambek ko, sekejap panggil mumun kejap panggil moon. tu la banyak nau nama kan. senang boleh panggil macam2.

ni lagi satu! payah nak jumpa gambar dia solo dalam blog secara besar besaran haha ada saya jumpa. tp semua kecik2 belaka. jap jap cari lagi. nak kena tau mumun ni :p suka dera kakjemah hiks :)


comel orangnya. memperkenalkan kepada anda, miss mumun :)

apakah! air kelapa di bulan puasa. oh tidakkk

nah baca entry beliau untuk contest belkin

Tak Percaya Viruspadu nak Bagi Hadiah!!..

"SAYA NAK MENANG BELKIN G WIRELESS MODEM ROUTER"

Aci? Aci kah? Aci tak? Ala.. Aci Ler.. (Aci2 bukak pintu sana!!)

Sebenarnya dah lama sangat dah kot Kak VP buat contest nie.. Mumun dalam DELIMA nak test join ke tak.. hihi.. Ala.. Lagipun Mumun bizi ler.. Almaklomler final year dah nie.. Arr.. Bertenang-bertenang.. Tinggal buat correction dan hantar thesis jer ok.. InsyaAllah, lepas nie bley berdessup angkat kaki balik Johor.. Bye-Bye Sabah yang aku sayangi.. ececeh tetibe..
FYI: Mumun syg tinggalkan Sabah bukan sebab Sangkut ngan Mamat Sabah taw.. hahaha.. no no no.. toksah speku2.. i buang u all dalam air laut nanti.. dun worry, laut disini adalah sangat best!

Halamak, lari dari tajok Asal la beb..
Kak Jemah pesan kat kitorang (yg nk join ler) supaya buat karangan xkira la bahasa melayu ker bahasa inggeris ker, kalau nk buat bahasa lain sila tanya kak VP kot2 pening nanti die nak translate yer kengkawan.. Mumun mau buat dalam bahasa Sabah bulih ka? oh no no.. sebab Mumun xsempat nk master.. hihi


Soalannyer kawan-kawan..
  1. Saya baca viruspadu.com kerana____________
  2. Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?



Waah sungguh mencabar rupa-rupanya soalan ini tuan tuan dan puan-puan.. ecececeh..


Soalan pertama: Saya baca viruspadu.com kerana
  • Sungguh saya tak tipu, mule2 jumpe belog kak Jemah masa Mumun nak google antivirus.. haha.. sekali jumpe viruspadu.. Apekejadahnyer la kan viruspadu ni? Antivirus baru ker? tapi ternyata ianya sama sekali salah sebab blog viruspadu nie adalah virus yang membuatkan kite addict nk baca.. Serius! Sangat menarik!
  • Blog Viruspadu nie kaler Pink. Mumun suke Pink, tp Mumun tak tiru die taw.. huhu.. mumun memang suke kaler pink, sampai mumun ada kawan yang giler2 anti dengan pink. Tapi, cmner ntah die sanggup 'mengotorkan' tangan nya (katanya la) dengan membelikan hadiah untuk mumun yg semua kale pink! and disitulah kami terserasi maka tertubuhnya Group Ronggeng Crew! Lari topik lagi..
  • Mumun baca semua entry die, sah! memang virus! haha.. lalu terjangkit baca blog2 kaum kerabat die.. fuh semua memang bervirus.. hihi.. Cara penulisan yang sempoi plus credit lagi dengan beliau (kak VP) telah dikurniakan anak-anak yang sangat kaletah dan comel.. oh my god, tolong kisskan diorg untuk mumun.. hihi.. Cica dan Anoi tu comel bangat!! (slang indon tetibe, larik!! berenang balik ke tanah besar Sabah)
  • Tu je la, karang xlarat lak nk baca..

Soalan kedua plak Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?
  • Buat masa sekarang nie Mumun kat Sabah, Line berukben Digi nie boleh la laju giler terbabas.. (time sekarang mana ade student lagi yg stay, sebab tu ler laju).. Tapi nanti balik rumah, tskk tskk berukben Digi Mumun nie bakal jadi BERUKBEN tetap ler sebab mana la ader line 3G kat kampung Mumun nih.. dok kat pedalaman la katakan.. Uhuk2..
  • Fuhyoo.. Lama tu tempoh menganggur sebelum dapat skroll.. So perlukan sambungan internet nk buat biznez Jual Anggur.. haha.. weyh siyes! Kat umah, Abah mumun ada try tanam pokok anggur.. tapi da 11 bulan tak balik Johor makanya tak tauler hidup lagi ker tak.. Usah bermimpi berangan nak jd Raja Cleopetra duduk2 makan buah anggur segar dari ladang! haha
  • Kalau Mumun menang Belkin G Wireless Modem Router 24/7 Mumun tengok blog kak vp jer.. Aci? ala mumun tembirang jak bah.. Cmner nk tido, cmner nk g makan, cmner nak mandi solat segala.. haha..

okeh habis dah.. Lalala.. Kiut gile Cica masa nk tumbuh gigi..
sumber pict: facebook viruspadu.com

Nota kaki dan Tangan: Hye kak VP! mungkin ni first time akak jengah blog saya.. hahaha..

tak la moon, akak selalu je singgah, cuma akak ni kan silent reader hahaha. silent reader memang kena baca senyap2. tiba2 je muncul komen. ikut topik yang bersesuaian lah.

ok moon, nice knowing you. kalau datang somban roger akak ok :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

best la baca n3 mumun tu! kelakar!

viruspadu said... [Reply to Comments]

best kannn

miss mumun said... [Reply to Comments]

Hiks malunyer i

tetibe kene kipas nie, mumun 2nd round up ka? hahaha larikss

InsyaAllah kalau mumun sampai somban mumun roger.. xpenah2 nyer nk sampai nie.. rnr somban selalu la.. hihi..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^