Follow Viruspadu

Friday, August 20, 2010

Nisa dan Maklang

Konfem ini gambar-gambar lama masa saya terpaksa tinggalkan anak untuk kerja blogging.


rasanya ini kali yang ke berapa ye saya tinggalkan anak-anak saya kat rumah kaklang. kali ketiga kot!

dan konfem la itu bukan kali terakhir sebab pasti saya akan mintak bantuan kaklang lagi lepas ni. kenapa saya pilih kaklang untuk jaga anak-anak saya? senang je. sebab nisa sangat rapat dengan kaklang hahaha sampai saya pun dia sisihkan kalau ada maklang dia. cis!

nisa kalau dengan orang sikit punya baik. ok la tu pandai jaga diri kan. chewah!

selalu kakmas (taska) cakap dengan saya. "senang betul jaga nisa" dan biasanya lepas dengar tu saya selalu berfikir "eh ye ke senang?" hahahaha sebab kat rumah. phewwwwwwwwww hari2 saya jadi tarzan. hahahaha

tengok la nisa tu, kemain sedap je dia makan telur goreng dengan nasi. kat rumah saya jangan harap la dia nak makan telur goreng. takkan punya. mengada! telur separuh masak je dia suka. makpak ko bukan main lagi suka makan telur goreng tau.

layanan super power dari abang ipar saya. tengah gorengkan telur untuk saya hehe


ajoi ni anak sulung kaklang. pun layan nisa baik sangat


nomnomnomnom


ajoi, tak aci. makdak pun nak manja jugak. tuang kicap makdak sekali!

hahahahaha saje nak bermanja2 dengan anak buah yang dah sama tinggi ni :) alahai teringat makdak cuci berak kau dulu :p

nisa dan telur goreng :)


borak2 dengan kaklang sebelum balik

bayangkan nisa taknak balik. kemain seronok dia main dengan kakak ayin dia la tu. adoiiiiiiiiiiii jenuh pujuk macam-macam. kakak ayin dia dah la ada exam esoknya. habis ayin tak baca buku asik melayan nisa je.

ok entry ni khas utk kaklang n family aka si mulut besar sebenarnya

tq kaklang kerana telah menjadikan nisa sebagai anak keempat dan anoi sebagai anak kelima korang haha. lenkali andak hantar lagi ye. dorang nak kaklang je. susah betul la mcm ni. eceh.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

nak telur grg.. nak telur grg.. gulp2! hu3..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

baguslah tu vp..dia ngan org baik prangai dia..mmg lah mcm tukan..anak2 ni ngan kita kemain je lagi..sy pun sama hari2 jd tarzan..he he he

lily lotus said... [Reply to Comments]

ehh nisa makan guna tangan kiri ke? ke mata ly silap..hehe..best dapat makcik yg sporting macam maklang dia

viruspadu said... [Reply to Comments]

ArELeEz
tgh lapar ni, telur goreng pun sodap kan

Softtouch [Hanim]
a ah, naik sakit tekak dibuatnya menjerit hari2 haha

lily lotus
dia makan dua2 belah tangan kadang2. payah kot nak koyak telur haha

elly @ suely said... [Reply to Comments]

jom xchange link.... salam kenal... hehe

misscrab83 said... [Reply to Comments]

nak tnya cmner nk buat chop name kat gmbr tu?

viruspadu said... [Reply to Comments]

elly @ suely
boleh tinggalkan link di vppinkytouch.blogspot.com tak. nanti saya masukkan link ok

misscrab,
itu watermark, boleh klik http://incrediblesdesign.blogspot.com/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^