Follow Viruspadu

Thursday, August 05, 2010

Percutian Terbaik Part 1

kitorang plan nak bercuti ni bila ek? lama dah kot. ada lah sebulan lepas kot.

ntah macam mana ntah saya terfikir nak mengutarakan idea ni ntah. yang pertamanya bila balik cheras rumah mak, mesti ada salah sorang tak balik terutamanya saya lah. macam jarang la dapat perfect serentak balik cheras! lepas tu kalau balik pun mana dpt berkumpul gelak-gelak sangat. masing2 bz dengan mengejar anak la mengejar laki (apakah kejar laki haha) apa la semua. so memang takde masa la.

so terfikir. best jugak ajak dorang amik cuti then gi mana2 la. siyes best giler

dan bermula lah saya menghantar mesej dekat fesbuk.

kepada adik beradik, jom la kita amik cuti satu hari dan berjalan-jalan. macam mandi manda ke apa ke. jom plan jom.

ok ayat tu reka je. sebenarnya ayat lain daaaaaaaaaa.

setelah berbincang yang tak macam bincang pun. sebab adik beradik saya ni semua macam saya je. no komplen2 punya. apa2 je cadangan pertama terus setuju. jadi memang senang nak buat keputusan. sudahnya sebulat suara bersetuju 4hb ni amik cuti. terus semangat saya klik HRMIS apply cuti hahaha.

cadang mula berkumpul kat rumah kaklang dekat shah alam. tp sebagai blindroadterbaik takde maknanya suruh haku pegi rumah kaklang. nak pegi rumah mak drive sendiri pun panik ok. keras je kepala tangan drive takut salah simpang haha.

jadi malam sebelum saya pun semangatla kemas barang2 saya. semangat nih takut lambat esoknya. dah janji berkumpul kat rumah mak kul 8 pagi. sejam perjalanan kan.

pagi2 bangun.

"ma bangun bangun dah pukul 7, abang pegi dulu ye"

whatttttttttttt dah pukul 7 uwaaaaaaaaaaaaaa. terlambat sudah!

"kenapa tak gerak awal?" ~cubaan salahkan orang lain haha
"la ingatkan kuar lewat, tak pesan pun"

adoiiiiiiiiiila.

takpe takpe. terus siap2 la apa lagi. sekali en.laloque call

"ma minyak takde tu, nanti isi ye"

whattttttttttttttt dia ni saje la, orang dah la dah lambat. kat mana pulak haku nak isi minyak ni kan.

"ma isi kat hentian rehat tu la"
"yelah papa"

hati tengah berbunga2 nak berpoya2 ni kan, hati tenang je kalau tak... hehe

kuar rumah kul 7.40 pagi kot. konfem lambat la kan. singgah hentian rehat nak isi minyak dulu

"dik 40 dik"
"hijau ke kuning kak"
"hah"

blur! sejak bila minyak ni ada kaler ha!

saya tercegat dekat situ adalah dalam 10 saat tak jawab sebab festime kena soalan mcm tu.

"ada beza ke dik? yang biasa macam mana?" sambil buat muka paling blur sekali! hahahaha hadoiiii belum apa2 dah fail dah. baru je nak buat muka paling bijak sekali. konon2 dah terer isi minyak sendiri. sekali hambek kooooooooo! padannnn!

saya sampai rumah mak kul 8.30 lebih kot. nasib baik tak salah simpang bagai. tu pun en.laloque dah call dah suruh ikut UPM sebab highway mana ntah jem dia kata. saya follow je la.

sampai2 rumah kaklang jam 9 lebih dah! terus pegi makan sarapan. saya tumpang kereta kaklang.

tiga orang blindroad :p

kaklang selalu pegi makan kat situ pun dia boleh panik nak gi makan kat situ kena ikut laluan mana hahaha kelakar giler

apake nama restoran ni. restoran maisarah maisha maira ke apa ntah.



sebelum berpoya2 kena la kenyang2 dulu. almaklumlah.

sepet kalau lapar kuat membebel. bahaya
kakjemah kalau lapar cepat marah. hulk dia nih
yang lain2 saya tak pasti sangat kalau lapar bertukar jadi apa. tp yang pasti ini penyakit keturunan hahaha

tadaaaaaaaaaaaa kami bertujuh. seb baik banyak cermin kat sunway ni kan. baru la dapat amik gambar seperfect ni :)

ceera, kakcik, kaklang, akak, ieda, sepet n kakjemah :)

kalau ikut susunan adik beradik dia jadi macam ni ok
1. akak
2. kaklang
3. kakcik
4. ieda
5. kakjemah
6. ceera
7. sepet

iye gitu lah. 7 beradik berpoya-poya! sekali sekali kan. biasanya bz dengan anak dan suami. kali ni bestttttttttttt

sebelum apa2 hal. orang2 kaya kena keluarkan duit dulu.


kakcik cakap "akak, keluarkan duit kitorang sekali. pakai kad akak dulu" hahaha terbaik ah kakcik :p

gambar kenangan yang sangat angelic


mulanya akak dah survey dah harga tiket adalah RM75 seorang

diskas punya diskas

kitorang pilih pakej RM60 seorang. kena tunjuk ic sekali lah! kalau tak lagi mahal kot. harga biasa tak pasti berapa. sebab deal tu kaklang yang settlekan.




ok sambung nanti.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya..terasa kemeriahannya..laju je jalan kalu anak n cik abg xde kan...tp di hati sapelah yg tau..:)

antalya said... [Reply to Comments]

sunway lagoon eh? wahh ceera dh tinggalkan keisha ye.ni si nisa tak menjeles ke tak bwk dia sama?

antalya said... [Reply to Comments]

seronoknya ramai adik bradik pompuan.jeless sy tak merasa gini

shaliza said... [Reply to Comments]

gambo last tu dah boleh buat cover album...terbaikkkk

Dayangku Army said... [Reply to Comments]

Ggagagag, kak jemah baru ari ni nak komen sejak lama baca blog akak.

huhuhuh..pernah juga blur bila d tanya minyak kuning ke hijau..dan soalan kita pun sama..errr ada beza ek?

sampai skrg pun masih x reti isi minyak sendiri.hahahah

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

siblings day out!! besnyerr!!

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

bestnya..aku tadak adik beradik pompuan.sadis btol! seb baik ada kakak ipar :)

nasaoji said... [Reply to Comments]

muka adik bradik mmg sepesen jer..

syoknyer berpoya2 gtu..nak2 ngn adik bradik.. ;)

viruspadu said... [Reply to Comments]

Softtouch [Hanim]
lajuuuuuuuuuu jalan. tak sabar kata nya kan :p

antalya
nisa tak tahu pun :p

shaliza
album gambar je la kan haha

Dayangku Army
hahaha samalah kita ye. skrg dah tahu dah. seb baik.

:: p R i n c E s S _ N ::
besttttttt

e.l.i.s.s.m.i.e
kakak ipar pun syiok jugak tu

nasaoji
sepesen. sampai selalu tersalah muka siapa dalam gambar haha

princess_eryna said... [Reply to Comments]

alangkah best nyerr kalo daku dpt bercuti ngan adik bradik cam gini.... sgt menjeleskan diriku...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^