Follow Viruspadu

Thursday, August 05, 2010

Percutian Terbaik Part 2

tak pernah jumpa geng yang betul2 sekepala macam ni. wah sekepala dah macam elien dah kau haha.

maksud saya yang ngam giler macam saya dengan adik beradik saya ni. maybe sebab tu kitorang enjoy sangat2 kot. so mana2 kelemahan tak nampak dah. sebab semua sempoi

bukan senang nak sepakat macam ni. macam nak bincang nak simpan baju dekat locker mana sebab locker banyak giler kan. lepas tu bincang nak amik berapa locker hahaha. benda remeh je padahal. tp kadang2 benda simple macam ni pun boleh jadi gaduh tau.

bincang bila nak tukar baju. nak main dulu ke nak mandi dulu. sape nak pegang duit. sape nak pegang kunci. sape nak pakai seliper. eceh.

BERTUKARRRRRRRRRRR. Geng Bonteng Sekolah beraksi! nak nampak GBS punya pasal jugak, terpaksa la eja bonteng :p = ponteng

saya pakai tudung syria, perasan kah korang? :p senang kot tudung ni. sarung je kan

so plan hari itu adalah main main main sampai pening kemudian baru kita mandiiiiii


1st step adalah tengok peta dan rancang perjalanan

saya nak terjatuh sbnrnya :p (ayat kaver)

kaklang: andak kau tgk peta ni macam la kau paham jalan
kakjemah: oi andak paham la, tp konpius sikit la hahaha
kaklang: alang tak paham langsung ooo

hahaha abis tu yang haku tgk dia beria2 tunjuk2 peta tu sekali tadi buat apa. mesti pura2 tu haha kelakar!

yang lagi best adik beradik saya (asik puji adik beradik sendiri :p), dorang sume sporting. takde yang "aku taknak naik ni. takutttt" "taknak ah" "kau je la" dorang semua "eh jom naik tu" haaaa baru la sekepalaaaaaaaaaa dengan I. atam je awal2 poyo. chait! dia taknak naik benda ni. cis!


rupa2nya dia dah tahu dah apa yang bakal kitorang lalui. tak gunak betul! tp betulla kot dia baru habis pantang kan. so kena hati2 jugak la. jadi alasan boleh terima


paling kesian ieda la, dia peknen 7 bulan sudah. jadi dia memang tak boleh main apa2 la. nak sorok2 naik boleh je. sebab perut dia bukan perasan sgt peknen kalau pakai baju besar. tp takyah la kan. BAHAYA!

antara benda pelik yang kitorang jumpa kat sunway

ini namanya betul2 balas dendam ni wei. almaklumlah biasanya kalau pegi dengan family ada anak2 bagai kan. mana boleh main semua benda ni kan. takkan dapattttttttt punya lah. ini ajer la masanya pun. mainla kau sampai ranap. tak siapa kisah kecuali tokei sunway tu! berani ko ranapkan harta benda dia. bayo! bayo!

naik kapalterbang ini kena ikut saiz ok. boleh la nak samakan dengan saiz apa2 pun tak kisah hahaha. nak samakan dengan saiz kaki je. saiz mata ke, saiz rambut ke hahaha (baiknya contoh! padahallll)

kesian kuda menjadi mangsa keadaan.

dulu masa saya belajar bahasa mandarin kat UUM, lecture saya ajar saya satu word tu. (oli kalau salah tolong betulkan ek)

Ma = Kuda
dulu (sampai sekarang) en.laloque kan panggil saya "Ma", terus terbayang en.laloque panggil saya kuda hahaha bodoh betul la

~Ma adalah panggilan pendek daripada nama saya zaiMAh :p

"ma ku sayang" menjadi "kuda ku sayang" uwaaaaaaaaaaa saya telah BERTUKAR.

kalau dia panggil dengan banyak kali MA MA MA MA MA haaa.... kudakudakudakudakuda hahahaha bodoh betul boleh terfikir sampai macam tu

sebab tu saya memegang kepala kuda dengan penuh perasaan tu muahahaha (panjang betul ekplen)

aksi merindui suami ke apantah ni. seb baik saya adalah pemetik kamera. :p

apakah perasaan patung itu kalau dia hidup :p

"woi giler kah perempuan2 ini?" kata patung itu di dalam hati
eh tak tak dia cakap lain
"hot sangat ke aku ni" hahaha baru betul! tak sia2 badan ketul2 kan

giler dahaga kan dah main bagai nak giler tu. jerit giler2 padahal tak berapa takut. siap test vokal nak jerit poyo!

tp air ni sejuk kan. air ni bila dia adalah sejuk. jadi dia otometik la sedap. walaupun benda ni ada kat merata2 tempat. tp bila dah ramai2 ni. benda ni pun boleh jadi gaduh siapa nak minum dulu :p


keretapi yang sangap! takpe, layankan je


ini lagi aksi yang saya tak sampai hati nak buat. jadi takpe. biar saya je lah yang snapkan. bukan apa. saya terbayangkan zaman jepun dulu. macam mana perasaan orang yang beratur nak kena hukuman macam ni. gigil. imaginasi saya kan kadang2 melampau! tu pasal la payah tu.

sepet dengan kaklang paling real woooooooo. takut!

ok ini takut. seb baik dia pusing 1 round je. jatuh jantung rasanya.

itu game yang terakhir kitorang main. lepas tu lapar makan.

takleh main over2 sangat sebab kesian kat ieda dia tak dpt main. dia jadi photog je. sedih ok tgk muka dia. walaupun dia tak rasa apa2 pun. saya lak sedih. well. berjiwa lembut katanya. kata angelic kan :p

nom nom nom nom. beger sejuk yang tak sedap. tapi nak buat macam mana. belasah je la. dorang ni kan. kot ye nak paksa orang takleh bawak masuk makanan tu kan. paksa orang beli makanan yang dalam tu je. tp plis la jual makanan sedap2 sikit. ni dah la mahal tak menahan tp burger tahap macam tu. fail okeh! tp sebab permainan best. ok la ok la makan je la.


lepas makan. terus masuk dalam air. mandi manda. syiokkkkkkkkkk.

gambar yilek. tak kuasa nak snap dah. semua dah masuk locker.

kelakar pun ye jugak. banyak game yang tetiba terfikir dalam air. contohnya main capkalicapcapcap dalam air. tp gaya yang dibenarkan adalah gaya goyang kepala je. tu yang lawak tu. adoila

kitorang mandi kejap je. malas nak beli pelampong apa bagai. sebab duit semua dalam locker. malas nak gi amik. dah bayar tiket mahal2 tak include pelampong adalah kejam. cis!

masa nak balik. nak kuar pintu tu. ada budak pegang jam. dia kata. samada nak refund duit seploh ringgit atau nak amik jam. boleh pilih la. so kitorang pun pilih la jam. :)

jam kenang2an yang kitorang pernah berpoya2 bersama-sama.

akak cakap "kita ambik gambar tangan je, muka tu takyah lah senyum"

hahahaha kelakar. dah terbiasa gedik2 kan. sampai amik gambar tangan pun nak pose maut! :p

ini PERCUTIAN terbaik!

bersambung...


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

wa....best....time nilah semua mainan semua naik..tp betullah kalu pg ngan anak agak paayh sikit..

makdara TERDIVA said... [Reply to Comments]

wah! meriahnye bila adik bradik ramai pompuan..

nasibla kita adik beradik pompuan cuma 2 org aje..

mekchu said... [Reply to Comments]

hahahaha... sib baik ada akak yg sentiasa sbg akak.. sgt seronok..

LiErOSe~QiEmi said... [Reply to Comments]

bestnyee.. meriahhh..jelessssnyeee ishhh..ishh.. nak g gakkk!!!!

My Life My World said... [Reply to Comments]

Jemah, ada 7 orang adik beradik perempuan ker? Best nyerrrrrrrrrr

DRaqil said... [Reply to Comments]

wah wah nasib baik bukan "GENG BUNCIT SKET" ATAU "GENG BUDAK SAKAN"...HIK GURAU JE EK KAK JEMAH....

Wawa_Nadwa said... [Reply to Comments]

seronok tgk korang adik beradik.. besttttt!!

aZLiNa aZiZ said... [Reply to Comments]

wahhh...seronok nya kak! Geng satu kepala adalah yang terbaekkk ah :)

nasaoji said... [Reply to Comments]

kt ngn member pernah naik yg pusing2 tu, mcm sampan tu, paksa mmber naik gak, bila mende tu pusing, pala kt langut ke bwh, pny nangis tak hengat mmber kt tu..pas tu, tak mo paksa2 dia main mende2 tu dah..

aii...cik ceera brani nyer bru pas pntng lasak2 yer..baik2....

n.a.j said... [Reply to Comments]

waa..bestnya bercuti nagna dik beradik sekepala..mmg syiok kan?

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

mmg tbaekk laa pcutian kak jemah & siblings...

viruspadu said... [Reply to Comments]

Softtouch [Hanim]
cuma tak naik kuda pusing2 tu je. sebab tu nampak sgt utk kanak2 haha

makdara TERDIVA
kalau 2 orang je, kena include sepupu sekali. baru meriah

mekchu
ye kak chu. hahaha tetiba terus panggil akak.

LiErOSe~QiEmi
jom jom :p

My Life My World
termasuk sorang ipar. tp tak rasa mcm ipar. rasa mcm adik beradik dah

DRaqil
kah kah kah. good idea ha. lepas ni mesti pakai GBS tu hahaha

Wawa_Nadwa
syiok! dah lama x jumpa ramai2 mcm ni kan

aZLiNa aZiZ
terbaikkkk wokkk

nasaoji
ha benda tu memang kena kuat semangat wooo.

n.a.j
lagi best sebab semorng kena kerja kitorang cuti haha

:: p R i n c E s S _ N ::
syiok habis

princess_eryna said... [Reply to Comments]

anak2 Noh mmg sporting gilerr la...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^