Follow Viruspadu

Monday, August 02, 2010

petai belalang

Minggu ni balik cheras.

rasa macam dah bertahun tak balik hahaha. padahal.....

yelah bila kita adik beradik rapat dan selalu jumpa bila dah lama tak jumpa rasa macam oh lamanya tak jumpaaaaaaaaaaaa. elok jugak dulu mak saya garang-garang tak kasik kitorang main kat luar, last2 kitorang main antara kitorang je. maybe itu antara sebab kenapa kitorang rapat kot :p

sampai-sampai je rumah mak, tengok semua orang yang ada kat rumah mak kecoh-kecoh gaduh. ingat kan sebab apa. rupanya pasal ni je. pasal petai belalang ni ha.


lumba siapa yang dapat kopek petai paling banyak. HAHAHA kelakar.

ada dua team.

team emak dengan team abah. abah bagi macam-macam alasan sebab group dia kalah. hahaha lawak.

antara alasan abah.

1. abah punya bekas ni bocor sebab tu la nampak sikit, sebenarnya banyak ni
2. dorang ni banyak masuk mulut daripada bekas ni, sebab tu la
3. eh tadi banyak dah ni, apasal tinggal sikit, mesti mak amik masuk dalam bekas dia ni
4. geng abah tak ramai sebab tu kalah

hahaha poyo betul hahaha.

kakjemah tak mampu menjadi hakim. cuma mampu tanya mak je

"mak masak apa? nak makan." hehehe. bertuah punya anak!

korang tahu ke petai belalang ni apa. petai dia kecik2 je. mak saya nak masak sambal petai belalang tu. masak dia sama je dengan masak sambal petai biasa. cuma kalau nak masak sambal petai belalang ni. ambil segenggam dan tumbukkan dia. nak bagi keluar rasa.

ok entry petai belalang diakhiri dengan bunga kertas mak saya yang gojes ini. gambar sambal petai belalang yilek. tak sempat nak snap sebab lapar :)

ok tata

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

xpernah mkn petai belalang nie..mcm kuaci pun ye jgk yer
cantiknya bunga kertas tu..sihat nmpaknya bunga tu..segar...

appledia said... [Reply to Comments]

Wawawawa..sambal petai Sangat MENGGODASSS!(tapi sebenarnya tak makan potai,cenggana tuhh???)

Nur Qaseh said... [Reply to Comments]

cantiknya bunga kertas ni..saya tanam gak..tp x cantik camni...ada petua ke?

..nOj.. said... [Reply to Comments]

eh? petai belalang buat sambal. gigih betul nk kopek petai tu. dah la kecik2 kan.

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

comel gilerr btanding kopek petai...

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

segor petai belalang tuh...

dD Fabulous | sitekateki said... [Reply to Comments]

bestnya perlumbaan tu...kalau dd join sure lagi best...hiksss

Cat said... [Reply to Comments]

Hi.Boleh tak saya tanya mana boleh dapat petai belalang?Terima kasih.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^