Follow Viruspadu

Saturday, August 07, 2010

Potluck+Majlis Bacaan Yassin sempena Menyambut Puasa

khamis balik rumah terus senseng lengan, tak tukar baju tak tanggal tudung terus rebus nasi impit dulu (rebus ke hahaha fail la). panik kooo nak bawak nasi impit je pun haha. terus terfikir berapa lama nak masak haaa? macam la pestime buat bendalah ni. padahal selalu je ditugaskan buat tiap kali raya. hehehe. biasalah parkinson lebih kooo!

ntahlah kenapa la saya ni jenis tak yakin ek. padahal saya start masak dari umur saya 13 tahun ok (form 1). masa tu sekolah petang kan. ingat lagi dulu, bangun pagi (pagi ke?) terus kemas2 rumah, lepas tu masak (yang senang2), mak saya suruh. (tak berapa rela sangat! haha) taklah sampai masak gulai ikan patin ke apa. just tumis sayur je, masak nasi, macam2 tu je la. tp bila naik form 4 dah sekolah pagi. haram la pegang sudit kuali bagai hehehe. lagipun pemalas piang kan.

ok ok

lepas tu, terus naik bilik sidai kain apa bagai, siapkan diri apa bagai semua. kul 7 lebih turun dapur balik. masak utk makan malam. makan makan makan. start masak puding pulak. phewwwwww berkeringat betul rasanya. tp apasal berat badan menaik! tsk tsk tsk

pagi yang semangat dekat opis. potong2 buah. saya tgk je. sebab nak buli budak2 ni muahahaha


opis saya buat Majlis Bacaan Yassin dan makan-makan sikit sempena nak sambut puasa ni. saya pulak sibuk tanya. "nanti kita buat mcm ni makan2 nak sambut raya ek" hahahaha dush!


makanan adalah TERLALU banyak. sebab semorang xcited bawak makanan masing-masing. semua bagi kerjasama.

terlalu lalu lalu banyak!

tp kenapa ntah saya tak berapa selera sangat nak makan. :p maybe sebab kepenatan kot!



mula-mula makan nasi lemak. lepas tu jem dah nak makan apa.

lepas tu makan satey kerang.

lepas tu makan buah-buah.

lepas tu lepak jap. blur.

lepas tu makan buah pulasan

lepas tu makan puding

lepas tu makan nasi impit dengan rendang

lepas tu makan puding roti

lepas tu makan kek.

ermmmmmmmmm takde selera betul la nak makan :)

kalau ada selera. tak tahu la macam mana kan muahahahaha

aminnnnnnnnn

makanan2 yang saya sebutkan tadi adalah suku daripada makanan yang ada atas meja tu ok. diulangi 1/4 ajer. bayangkan 3/4 lagi saya tak makan. :p

letih macam nak tido


nasi lemak lauk lauk



biasa kalau potluck cenggini, kita selalu jeling makanan yang kita bawak kan.

habis tak makanan aku
dorang suka tak makanan aku
sedap ke tak makanan aku
dorang komplen tak makanan aku

hahahahaha

ke saya je macam ni, orang lain tak pedulik pun.

yey puding saya habis.
semua habis yeyyyyyyyyy

petang tu sebelum pulang kitorang pun apa lagi. sesi tapau mentapau lor. very the banyak lauk kan.

saya bawak balik nasi putih 2 bungkus
kari ayam
kuah dal
ikan bilis + kacang tumis
kuih muih
kek

syok betul. balik rumah terus panaskan lauk. terus makan.

ini satu penjimatan berganda nama dia. jimat duit. jimat tenaga :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

RiEz said... [Reply to Comments]

semalam pon ader makan2 siap bule tapau lagi kak...tapi dok bujang nak tapau pon takde sapa nak makan...huhuhu

zino said... [Reply to Comments]

amboi makan tak ingat hehe

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

xde selera tp lepas satu satu vp makan..he hehe
samalah kalu kita bwk makanan mesti jeling2 sama ada abis ke tak makan yg kita bawak..lega je rase bila makanan abis..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^