Follow Viruspadu

Thursday, August 12, 2010

Puasa Day 1

Puasa hari pertama

dia punya lapar lain macam kan. air mineral tak habis semalamnya ada je atas meja. tiap kali terpandang terasa nak minum. tp ingat pulak puasa tu. hahaha. terfikir. bila lah aku nak terlupa ni. hahaha vudus. ada ke saje2 nak terlupa supaya dapat minum dengan tak sengaja dan puasa tak batal hahaha. dush!

sahur lambat! bangun lambat punya pasal lah. ikutkan hati memang taknak sahur dah. tp terfikir sayang nasi tu kang terbuang basi je. eceh! jadi gigih la goreng telur. jadi sahur adalah makan nasi dengan telur goreng bersama kicap (bukan kicap jalin hoh haha). sedap jugak sbnrnya makan mcm tu kan.

petang dah plan nak masak julai cendawan :p siap dah beli cendawan kek opis lagik, member opis jual. en.laloque punya feberet tu gulai cendawan tu. teringatkan dia la yang gigih beli jugak tu. sekali baru teringat en.laloque ajak berbuka puasa rumah mertua. yahooooooooooooo dapat rilex hahaha. sengal punya menantu hantu

singgah param beli ayam percik, nisa nampak air, dia nak air pulak. pehhhhhh inilah dugaan paling besar ni :p



berbuka puasa kat rantau no picture taken sobab malu.

malu2 alah :p (mengada)

suasana biasa je la. makan berlima + 3 budak tecit. jadi suasana biasa. makan dan sembang2. mertua saya masak adalah terbaik ah. sodapppppppppppppp. nomnomnom nak2 sambal tempoyak. phewwwwwwwwwww. siap tapau bawak balik kau. tak malu. haha

terbayang2 berbuka makan dengan family cheras. riuh macam nak runtuh rumah haha. rindu :)

tunggu andak balik weekend ni ye. wahai adik beradik, korang semua mesti balik jugak tauuu.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

slamat bpose kak vp ^ family..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

berbuka ramai2 mmg syok...lg ramai lg merrier...selamat ebrbuka vp..

jwpn tapau td plsss...

..nOj.. said... [Reply to Comments]

nmpk nye pasar ramadhan hari pertama, peniaga air tu terlupa nk letak alas dimeja. hehehe

MieZa said... [Reply to Comments]

berbuka ramai2 memang syok..lagi2 kalau semua adik beradik ada..benda tak sedap pon akan jadi sedap if makan ramai2 =)

mekchu said... [Reply to Comments]

berdebar-debar ni nak puasa di opis secara rasmi esok... tapau kol 11 kan? hahaha.. belum esok pun lagi dah pikir nak makan apa

viruspadu said... [Reply to Comments]

:: p R i n c E s S _ N ::
selamat berpuasa N

Softtouch [Hanim]
betul. lagi ramai lagi havoc. rindu family sudah :)

..nOj..
hahaha togel je meja. takpe. janji masyukkk

MieZa
asal letak je habis hahaha

mekchu
a ah tapau kul 11, kang kita serbu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^