Follow Viruspadu

Tuesday, August 24, 2010

Puasa Day 13

Pertama kali kot rasanya puasa tahun ni saya dengan en.laloque berbuka puasa kat luar. huhuhu. PERTAMA KALI uolsssssssssss. Kalau puasa tahun lepas hari-hari buka luar kot. Tahun ni tak dapat dah la. apa ko gilooooooooo. kang makan ke mana anak ke mana kang hahaha. kenot la sekarang nak bersenang lenang makan-makan macam dulu lagi. segalanya berubah :)

takpelah. makan kat rumah banyak kelebihan dia kan. yang penting JIMAT.

Tak plan nak makan luar awalnya. Sebab ada blogjob yang perlu disetelkan, dan jugak kebetulan kerjanya habis agak lewat, dah kul 7 lebih. so alang-alang berbuka terus je lah. Sebabkan kerja, memang la tak bawak anak-anak. Nisa kat rumah atok dia, Anoi kat rumah kakmas.

bistro :) sebab ni je kosong kot dikala lewat2 ni. tompek lain sumo ponuh!


sop cendawan


ice lemon tea


air apple


ayam blackpaper mushroom kot


tuna masak apa ntah

nama-nama makanan adalah tak ingat. canggih na nama dia kan. nak nak masa kitorang order tu azan sedang berkumandang. lagilah hati tak keruan hehe. seb baik dibekalkan air masak dengan kurma. jadilah :)

kitorang makan dengan kadar laju. makan telan makan telan slurpppppp selesai. bayar!

terus bekejar ke rumah kakmas amik anoi.

kesian anoi, merajuk dia. mana penah saya jemput dia selewat tu. 7.45pm. tak pernah! sedih tul tgk dia lentokkan kepala dekat bahu saya sambil tangan tepuk-tepuk bahu saya.

alahai kalau macam ni tak jadi lah nak gi honeymoon berdua je ngan lalok. harus angkut anak-anak sama. tak sanggup betul rasanya!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

uih...sedap2nya mknan tu vp..wastern abis..

alololo anoi....pndai dah merajuk...bwk jelah vp anak2 tu kalu hanimun..kalu sy pun xsmpai ati nk tinggalkan anak..

nono said... [Reply to Comments]

Mesti comel jerk anoi majuk kan Kak VP...alolololo..macam mamanya jugak yer..hehehe:P

Emmy said... [Reply to Comments]

huwaaaa...sama la kita jemah...saya mengidam ni haha nak buka kat luar...bila la nak dapek can ni mah oi....huwaaa....

viruspadu said... [Reply to Comments]

Softtouch [Hanim]
sayu je hati tauuuuu tgk dia merajuk tu

nono
comel sbb festaim :p

Emmy
esok esok hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^