Follow Viruspadu

Friday, August 13, 2010

Puasa Day 2

Puasa hari kedua nampaknya dah terbiasa sikit. Tak macam hari pertama. menggelabah sikit. HAHAHA. tula kan. dah terbiasa makan secara banyak banyak. asik asik makan tak henti-henti. tiba-tiba dah tak boleh makan. maunya tak menggelupur kooo!

betul la. hari kedua nampaknya dah ok sikit. maksud saya diri sendiri la ok. tapi cerita disebaliknya adalah tak sama. hari kedua puasa punya sahur adalah sikit punya tonggangterbalik :)

saya bangun dan goreng telur, takyah masak ikan bilis sebab ikan bilis tapau dari rumah mertua, so panaskan aje. dan masak nasi. air? minum air masak sudah lah.

makan dengan laju. sebab makan sorang2. nak suh laki den makan. takde la. dia bukan mengsahur punya orang. dia minum je. takpe lagi senang boleh layan tekak sendiri je.

bukan itu yang tonggangterbalik sebenarnya. tapi anak-anak pun bangun sahur sekali hukhukhuk. kalau bangun dan berperangai baik. tu boleh terima. ini dua2 menangis tau. menangis yang tak tahu apa punca dan tak tahu macam mana nak pujuk. habis dah semua skill. geramgeramgerammatmatmat (tukar gelimatmatmat). lama ok. berjaya pujuk anoi awalnya, bagi dia main duit syiling. nisa menangis nak dukung daripada kul 4 pagi sampai kul 6 pagi. sila banyangkan dia menangis sepanjang itu sampai saya naik hulk .

nisa dah diam tertido. anoi pulak nangis.

dugaan betul!

jadi rakan-rakan opis. sebab tu la saya semalam sangatlah senyap duduk di bilik. giler kentang punya mengantuk. dah lah tido kul 1 pagi. gilers!

harap2 puasa ke 3 adalah lebih baik.

oh ye juadah berpuasa adalah semua lauk2 tapau. tapau kat kantin je. senang dan murah. kalau beli kat param nak dpt sebungkus 2 ringgit pun tak de kot. tp kantin lain. :)

senang takyah singgah2 param dengan kerauded dengan orang lagi. phewwwwwwwww.

jimat tenaga jimat duit.

oh korang dah tau kot saya bukak puasa apa semalam. gigih kan jawab teka teki hehehe. nah kopipes entry semalam :)


kalau korang terer! lauk apa saya beli?

4 jenis lauk semuanya.

1. ketam masak lada hitam (jawapan bocor sebab dah nampak sepit dia hehe)
2. sup ikan merah (diteka dengan terer oleh cik hani kita, oh nampak akak bawak lauk eh tadi)
3. gulai lemak pucuk ubi (diteka oleh deasa , syabas diknon hehehe susah kot nak jawab kan hehehe)
4. sambal udang (diteka secara pukal oleh rina, hahaha kemain panjang list dia. harus mengena satu hahaha)

ok dah tu je laporan puasa hari ke 2

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

..nOj.. said... [Reply to Comments]

hari pertama sahur telo je kan. hari kedua tambah ikan bilis. hari ketiga tambah ape plak kak. hehehe. sampai hari ke 30 nanti penuh la meja kot ngan menu sahur.

kak, akibat terpengaruh, aku bgn pg td goreng telo je. sedap gak mkn ngan kicap. huhu

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betul tu lama2 perut kita dah ok..mula2 je pert terkejut..he he he

td anak sy pun bangun tp yg kecik..nasib xnangis kalu tak sy pun tensen jgk..:)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betul tu lama2 perut kita dah ok..mula2 je pert terkejut..he he he

td anak sy pun bangun tp yg kecik..nasib xnangis kalu tak sy pun tensen jgk..:)

Ninie said... [Reply to Comments]

sama laa kita. anak sy bgn nyusu kul4pg.. ngan saya sekali bangun sahur.. ni dia batuk.. payah laa nak tido.. sy jd mengong g keje.. tido x cukup.. uhuks!

mekchu said... [Reply to Comments]

rugi tak amek gmbr kak jemah tido kat meja pagi tadi.. terrrsgt rugi.. mekchu dpt tgk dgn mata kepala sendiri betapa penat nya kak jemah di bulan puasa..

lily lotus said... [Reply to Comments]

siannya..dugaan puasa tu

~~ciklinn~~ said... [Reply to Comments]

wahh byk tu laukk....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^