Follow Viruspadu

Saturday, August 14, 2010

Puasa Day 3

Puasa hari ke 3 nampaknya lebih santai dari sebelumnya. Santailah sangat! konon-kono HAHAHA. Bayangkan dekat office saya asik terbayang-bayangkan sayur masak lemak putih tu melalui tekak saya. phewwwwwww. gulp gulp gulp. dugaan pelik nama dia nih.

Macam biasa saya beli tapau 4 jenis lauk. :)

Sampai-sampai rumah dalam jam 5.45 terus panaskan sup dulu

sup ikan lagi. sama je menu macam semalamnya hehe. bukan apa. dah kantin tu takde sup lain. belasah je la. kang kalau takde sup, anak-anak saya nak makan apa pulak. :)

lepas panaskan sup, terus bagi anak-anak makan dulu. biar diorang kenyang. so tenteram lah sikit kitorang lakibini nak makan berbuka kang. (hopefully haha)

nah ni lauk2 lain. saje publish kul 11pg, bagi efek lapar tak hengat bila korang tengok :p.

gulai rebung+perut


ayam masak merah 2 ketul


sayur khailan kot ni. haahaha tetiba konpius. canne hahaha. fail la ko jemah


4 jenis lauk kat atas kos dia adalah RM11.30

ini saya masak. kalau ikutkan takyah dah masak. cukup la kot kan 4 jenis lauk tu. tp memikirkan sayur kang nak makan apa. masak je la sardin. so boleh tahan sampai esok nak sahur.


dan tidak dilupakan membuat sambal tempoyak nomnomnomnom, rekues dari suami terchenta


entry ni saya buat sebelum waktu berbuka lagi. lagi 10 minit kang berbuka lah. tak sabar!

ok daaaaaaaaaa.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

MieZa said... [Reply to Comments]

sedap pulak tengok sardin tue =P

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

mmg sgt nom nom nom...gulp gulp:)

ratna said... [Reply to Comments]

dalam byk2 tu paling saya suka ialah tempoyak nomnomnomnom.. he he he.. bangkit selera tu.

ArELeEz said... [Reply to Comments]

ayam masak merah tu menggegar sanubarilah! sib baik dah bukak blog kak jemah after berbuka. kalau x, mau meleleh2 air liur nie. ha3..

Fitrihadi.com said... [Reply to Comments]

erkk terbuka entry ni time tengahari...dugaan hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^