Follow Viruspadu

Monday, August 16, 2010

Puasa Day 4

Seperti yang ditunggu-tunggu sangat!, berbuka puasa rumah mak di cheras. berjumpa dengan adik beradik, ipar dan anak-anak buah.

bestnya kemeriahan tu.

paling best duduk lepak dalam bilik lepas tu gosip ramai-ramai. INDAH!

tengah kitorang lepak bilik sepet yang errrrrrrr sepah hahaha. tiba-tiba dengan bunyik kelungkelangkelungkelangkelungkelang kat dapur. eh cepatnya mak start masak.

lalu kakcik pun menjerit dari bilik

"mak, dah start masak ke mak, cepatnyaaa"
diam.

mungkin mak tak dengar.

"dah bunyi tu dah masak la tu, apadaaa kakcik ni"

tiba-tiba sunyi, takde dah bunyi masak-masak. kitorang pun zzzzzzzzzz

kul 5 petang en.laloque tengor saya, "eh tak start masak ke? ke hari ni beli lauk param je?"

hahaha hambek ko, sebab kakcik cakap awal sangat masak tadi, mak terus sambung tido ok hahaha. patut la tetiba rumah jadi sunyi je. 5.30 baru masing-masing kelamkabut start masak. kalau masak mcm kat rumah saya, dua orang je makan takpe jugak, ini nak masak lauk adalah macam lauk kenduri ok.

so dia punya plan adalah:
sop daging
sambal petai
kerabu
ikan masak lemak cili api.

hambek ko, sempat ke idak ni kan.

seb baik dapur ada kat luar ada kat dalam, sop tulang masak kat luar, masak lemak cili api tu ntah bila ntah mak masak hahaha mcm megik.

saya bantu kopek petai, belah ikan bilis dengan rebus sayur-sayur untuk buat kerabu je. tu pun dah macam apa je. lembik!

"andak, ko tolong rebus sayur ni ha"
"ok mak, tapi tenaga andak tinggal sikit je ni mak"

hahaha boleh gitu

"ana, andak sebenarnya berniat nak buat air ni, tapi tenaga andak ni haaa tak cukup"

hahahaha, apa ke nasib malang dapat kakak mcm kakjemah ni hahaha, kesudahnya ana (sepet) yang tolong buat air, takpe niat dah dapat pahala dah. dush! kalau kat rumah sendiri boleh je balik keje turun masak apa semua kan. tetiba kat rumah mak terus tenaga tinggal sikit haha. nampak sangat mengadesssssssss

tu dia.


sebenarnya gambar giler banyak ok. tp well. saje kedekut letak ni je.

untuk mensenyapkan anoi dan dapat makan dengan aman damai. bagi ajer dia pinggan nasi dan sop beserta sudu. nescaya dia akan leka sendiri :)


ok habis dah. puasa hari ke arba' a

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

..nOj.. said... [Reply to Comments]

wah ramainye manusia. mmg betul2 meriah kalau camni. bestnye bestnye

MrS. F!zA said... [Reply to Comments]

mak ai byknya laukkkkk..bestnya berbuka adik badik ramai camni..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

haahlah vp mcm eknduri dah tgk..best yer adik beradik ramai..sy 3 org jer..

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

family kak jemah kalo berkumpul memang meriah! bestnyaaa

A.I said... [Reply to Comments]

TU DIA!!! hahaha..
tp mgm meriah makan ngan adik bradik ni. molot jadi kecoh, makan pon gelojoh je kan? ;)

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

wah dah macam kenduri betul lah. mmg sonok adik beradik ramai ni time buka puasa dan time raya. anoi dah ok ke? cian dia lebam pipi. harap tkde apa2 la ye. budak2 biasa la tu nakal.

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

bestnya.. mcm kenduri kan hehe..

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

bestnya kenduri berbuka puasa :)

viruspadu said... [Reply to Comments]

..nOj..
mmg ramai manusia kat rumah tu. sampai ceruk mana pun ada orang :)

MrS. F!zA
lauk banyak. dengan beli kat param lagi. tp langsai kooo :)

Softtouch [Hanim]
kadang2 3 org je tp riuh dia mcm 10 orang. ok la tu :p

JIVEBUMZ
sebab tu la selalu rindu nak balik tu

A.I
makan berebut ai. siap cop2 takut habis

Mommy Lily
anoi dah ok sikit. but still lebam la

~~@lyci@~~
ha mcm kenduri doa selamat :p

e.l.i.s.s.m.i.e
haha terus kenduri katanya kan. yelah kalau jemput jiran lagi ramai haha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^