Follow Viruspadu

Wednesday, August 18, 2010

Puasa Day 7

Ok jom layan perut lapar sambil terliur-liur tengok gambar makanan :)

semalam, saya mcm terasa tak sempat turun kantin sebab ada meeting. seb baik la sempat. tp dah terlambat. lauk pauk tinggal sisa2 je. takpe lah. ambik je la apa yang ada :) siapa suruh lambat kan.

sup kambel, saje buat untuk anoi. makan begitu sahaja. takde cicah roti ke apa haha


gulai kerang (beli)


tumis ikan bilis, ini harus la masak sendiri. bekalan untuk sahur. tak kuasalah nak masak pagi buta utk sahur makan sorang2 lak tu. tak berbaloi.


ikan masak kicap (beli)


pajerin terung (beli)


sambal tempoyak yang terangkat. sodappppppppp eh. saje nak habiskan tempoyak dalam lemari ais saya tu. ada tinggal lagi 2 kali makan.


erm apa nama benda ni ek, mcm puding kelapa tu. rasanya nama dia lain. apa tah saya tak ingat lah. beli kat opis jugak


telur dadar last minit rekues. laki den ni orang dah cuci kuali baru nak rekues tau. dush dush dush


teh o panas untuk dua orang. tp percayalah dua2 saya minum sorang. laki den tak layan teh2 ni.

sabah teh uols. sodap ok :)

jadi dengan itu saya melaporkan juadah berbuka puasa hari ke 7.

p/s: bila nak dapat berbuka puasa kat luar ni papa?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

lina said... [Reply to Comments]

puding kelapa tu namanya jeli kelapa. sedap dan menyejukkan tekak :) tibe2 teringin untuk berbuka.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

te;ur dadar tu nmpak emnarik..sy buka pun mesti ada telur dadar..baru terangakt..sedap!

..nOj.. said... [Reply to Comments]

kak, ai terliur pajeri terung ngan telo dadar je. dh lapar lak ni. camne?

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

terliur nengok pajeri terung tu...aduhaiii..lambat lagi berbukanya pun..

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

kt kantin de jual??? wahh beshhh x yah g bazar ek...n dh tau rs die sdap ke x...kdng g bazar tp dpt mknan yg x sdap...huuuuu mkn ati

MieZa said... [Reply to Comments]

wahhh..tiap2 hari ada menu berbuka walaupon beli =)

haslinhamdan said... [Reply to Comments]

ni makan berdua je ke.. banyak nyer lauk... kalah den yg makan berlima lauk 2 jenis jerk.. fu mak ai.. mantap..

Emmy said... [Reply to Comments]

kami pun lum dpt buka kat luar lagi nih.....sekali sekala nak jugak...

Sumijelly said... [Reply to Comments]

gulp.....ikanbilis itu la yg nampak menyuelerakan.......

balik kang nak masak la...huhuhuhuhu



Sumijelly.com

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

jeli kelapo mahh oii... sodapp ehh... lastt den mkn kek langkawii... (uumangg aihh jauhh tol...hahaha)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^