Follow Viruspadu

Tuesday, August 17, 2010

Sahur Time

Asyik cerita pasal lauk pauk berbuka berpuasa yang oh very the yummy yummy ho ho ho holik. Kali ni boleh lah saya sharekan beberapa gambar masa saya sahur di rumah mak saya. yolah, laki den kan tak bersahur, jadi keje dia adalah snap gambar lah. seb baik mak abah saya dah terbiasa dengan anak-anak blogger ni. jadi diorang tak pedulik sangat bila datang kemunculan flash secara tiba-tiba ni. takde lah sampai terkejut lalu menepuk2 kepala sepet ke apa hahaha tetiba tepuk kepala sepet. apakah! haha.

bukan mak abah saya je kot yang dah terbiasa. malah seisi keluarga kot. :p

gambar lain sangat banyak. macam biasalah. setelah ditapis-tapis. ini je bisa upload sini. ko tahu je lah orang baru bangun tido macam mana rupa dia. very the menakutkan ok. dengan rambut pacak-pacak. mata sepet takleh blah (keculali sepet, mata dia semulajadi :p). muka bengkak lagi. horror ok. jadi kang kalau saya masukkan jugak kat sini, tak pasal-pasal je korang mimpi ngeri 7 hari 7 malam.

si merah langsung takleh bukak mata. makan pun tutup mata


abang dia pun sama. si nabil. kelakar sangat saya tengok. dulu saya macam tu jugak kot!


menu wajib sahur kat rumah mak saya adalah tumis ikan bilis dan teh o panas. memang terbaik. memang tu je lah yang saya tunggu-tunggu bila sahur kat rumah mak. bonus la kalau ada telur dadar. tp takde pun takpe jugak. janji ikan bilis ada.

dulu kelakar masa kecik-kecik sahur. biasanya kitorang (saya, ceera, uteh dan sepet), lepas sahur je kitorang cepat-cepat la cop tempat nak sambung tidor. kan sebelum baring kena la tunggu nasi turun dulu kan. tak boleh terus baring. hahaha. tapi saya pakai teori lain. saya lepas makan je terus baring haha sebab tak kasik nasik tu turun kat perut cepat-cepat, bila baring nasi tu stay je kat leher. kang pagi sok bangun baru lah nasi tu turun. haaa jadi lama la saya kenyang hahaha. poyo giler teori tu hahaha.

biasalah saikologikan. bangun pagi terus feeling2 kenyang ke apa ntah haha. adehhhhhh.

agak-agaknya mcm mana la bila anak-anak saya dah besar, then saya kena bangun awal dan masak sahur untuk diorang.

mesti best :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

iCaLoVeZiE said... [Reply to Comments]

tahun pertama anak saya puasa, uwaaaaaaaaaaaa! malasnya nak bangun masak, masuk tahun ke 3 ni, rasa teruja nak bangun sebab kalau kena lauk yang dia suka, tambah 3 kali. sahur=tambah nasi 3 kali. best ok!

luvmum said... [Reply to Comments]

wah sgt seronok dpt bersahur diumah mak..kami jer lom berkesempatan..

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

seronok bila diingat2 balik zaman kanak2 dulu kan vp..

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

menu tumis ikan bilis tu sme la ngan menu sahur kt kg...ouhh tetibe rs nk blk kg...huhuuhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^