Follow Viruspadu

Thursday, August 26, 2010

Sama dengan seminggu :)

Semalam Hari Wanita.

Saya adalah Wanita. Harap Maklum. Hahaha. Walaupun sebenarnya macam takyah bagitahu. Tapi saya geram. Hahaha. Maksud saya geram dengan suami muhahahaha. Ini geram-geram manja nama dia.

"papa. hari ni hari wanita"
"ok selamat hari wanita sayang"

pandang muka dia
cakap lagi sekali

"papa. hari ni hari wanita"
"ok selamat hari wanita sayang"

pandang muka dia
cakap lagi sekali

"papa. hari ni hari wanita"
"ok selamat hari wanita sayang"

pandang muka dia
cakap lagi sekali

"papa. hari ni hari wanita"
"ok selamat hari wanita sayang"

hahaha looping kan. memang itu kisah benar. ;p Betullllllll

"oi! cakap la hari ni papa belanja makan kat luar"
"hahahaha yelah yelah"

see sekarang kena paksa cakap, baru dia cakap ok. cissssssss!!! kalau dulu siap ada six senth bagai, sekarang tinggal separuh kot hahaha. cis cis cis

oleh yang demikian, secara terpaksa dan dipaksa-paksa kami pun ke jasko. mana lagi nak pegikan. ini yang buat saya nak pindah KL balik ni muahahaha. tak pasal-pasal.

bulan puasa ni, dan pegi jasko dengan anak-anak, saya rasa mencabar dia lain macam. sebab utama dia adalah puasa (la sangat!) lah. penat kot kan. anak melasak tak boleh blah! nak duduk lepak kat tempat makan sementara nunggu azan memang takkan dpt punya. duduk 5 minit dah meraung dah dua2. nak taknak layan la dulu bawak main game ke apa bagai. tp sempat la menyinggah skinfood beli foundation.

kitorang sampai jasko jam 6 kot. ada sejam setengah nak tunggu azan. sejam setengah itu ku rasakan seperti setahun lamanya ok. fenatttttttttttttt

anoi dpt jalan. jadi dia tak hengat dunia punya gembira. biasanya paksa dia duk stroller.


dia pulak jenis jalan banyak parking. tu yang letih tu. kalau parking kejap-kejap takpe. kadang2 dia patah balik. suh orang kejar. sudahnya tak sampai2 ke destinasi yang nak dituju. depan tuuuuuu je. sikit je lg. lg beberapa tapakkkkkk je nak sampai. berkeringat betullah!


kesimpulan dia jadi macam ni

lama sangat tunggu jalan tak sampai2. en.laloque pun bertukar menjadi transfomes viktori hahaha

kitorang berbuka kat bistro lagi. en.laloque yang rekues makan situ lg. sebab dia kata tuna tu sedap. saya malas nak snap gambar lg, sebab saya rasa sama je ngan hari tu :p

pengalaman berbuka puasa juga agak menyerikkan. rasa macam. cukuplah. esok buka kat rumah je lah. korang boleh bayangkan ajer perangai dorang sebab malas nak cakap dah hahaha.

bill pehlisssssss :)

RM123.45 (saya reka sahaja hahaha)

tp yang pasti memang seratus lebih la. makaihhhhhhh. kalau mcm tu punya kos. sama dengan harga yang saya bayar untuk seminggu beli lauk kat kafe opis. eh bukan seminggu, tp dua minggu hahaha. gilos! skrg terasa mahal lah. padahal dulu hari2 makan mcm tu kan :p

takpelah. mulai tahun depan dah ada dah kenangan hari wanita kannnnnnnn. kalau tak, hari wanita tak mengenangkan kepada apa-apa pun.

hari wanita, hari untuk wanita kan, tapi untuk apa ye? saya belum nampak lagi keistimewaan hari wanita :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

ciare (^_^)v said... [Reply to Comments]

spatutnya semua wanita akan diberi cuti dan bonus dan tak perlu buat skrg kerja bancuh teh skali pon pd Hari Wanita. cewah =p

miss mumun said... [Reply to Comments]

Haha pecah perut sy kak tgk gelagat anoi ngan nisa..
Last2 sekali bpk diorg dukung dua2..
Sakit pipi sy dibuatnyer gelak xhengat..
Selamat hari wanita..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sy dpt bygkan mcm mana keadaan vp ngan anoi n nisa..lasak dorang tu yer..yelah baya2 mcm tu mmg melasak je keje..

ha kau..seklai mcm tu en laloque dukung...

nasaoji said... [Reply to Comments]

tertarik dgn en laloq dok dukung anak2!..

huhh..sure makin cepat kurus tu kak ngejo anak kat mall..;p







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^