Follow Viruspadu

Thursday, August 12, 2010

Saya dah! Korang bila lagi?

Selepas mendengar ceramah daripada doktor sukhilmi tempoh hari pasal kanser pangkal rahim (di entry ini) . ntah la. yang pasti memang hati saya berdebar2 je. macam gambar2 yang doktor tunjukkan tu sentiasa saya terbayang2 tau.

yelah betul jugak. lebih baik mencegah daripada mengubati kan. lagipun kanser ni kalau dah kena memang takde maaf lagi dah. bukan boleh ubat2 punya kan. kalau boleh rawat tu takpe lagi.

jadi pada saya ianya sangat menggerunkan. harap korang juga gerun. sebab itu benda serius kan

oh lately asik cerita pasal cancer kan. kebetulan sahaja. kebetulan pulak ia datang serentak :p

masa doktor bagi ceramah hari tu, kitorang kena isi satu borang survey la. kat borang tu ada tanya pasal papsmear kan. saya konfiden je saya dah buat dalam masa 3 tahun. bila balik2 rumah fikir2 balik. eh last buat masa peknenkan alesha la. kalau alesha ada dia pun dah 5 tahun dah. lepas tu saya takde buat sebab malas. ok jgn ikut perangai tu ok :p

terus bimbang :(

"ma nak buat pap smear la papa, jom teman boleh"
"bila"
"tak kisah, nanti ma sms doktor dulu"

terus sms doktor, bagi tahu nak datang klinik nak buat pap smear bagai. doktor ok. free.

selasa lepas ni. me n my lovely doctor :)


tengah sembang2 la pasal pap smear apa bagai.

erm saya ulang ek info. papsmear digalakkan kepada wanita yang sudah berkahwin atau pernah melakukan hubungan seks melebihi 3 tahun. anak dara takyah kot.

apa itu pap smear?
merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian pap smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear ~wikipedia.




percayalah buat ujian pap smear ni adalah langsung tak sakit. yang penting korang kena rilexkan badan la. jangan la tiba2 keraskan badan. rilex je. rasanya kena penampar kakjemah lagi sakit kot daripada buat ujian pap smear ni hahaha.

lepas ujian biasanya doktor akan scan sekali tengok keadaan rahim semua la. check2 kalau terjumpa apa2 masalah :)


ujian ni amik masa kejap je kot. dalam 10 ke 15 minit je. tp kalau ko ada banyak soalan nak tanya masa tgh scan tu. maybe lama la sikit kan

selesai buat ujian dan scan semua. bincang2 balik.

saya memang berniat nak set appointment dengan doktor untuk ambil suntikan vaksin tu. so plan nak dptkan tarikh je la

"doktor, saya nak set tarikh nak amik vaksin tu la doktor"
"zaimah ambik hari ni je la"
"erm, duit tak bawak la doktor"
"takpe bayar lain kali pun takpe"

see see punya la baik doktor ni. sebab kitorang dah lama kenal. dan mungkin sebab dia percaya saya. :)

lalu en.laloque pun menyampuk "takpe, abang ada duit"

yahooooooooooooooooo bestnyaaaa. ni yang lap u lap u banyak2 ni papa

tu dia. nama dia cervarix. sikit je.

sebenarnya rasa panik jugak. hahaha



ini kotak dia. vaksin untuk kanser pangkal rahim. CERVARIX


suntikan ni kena amik 3 kali
so jadual dia akan jadi macam ni lah.
pertama kali suntik. lepas tu sebulan lagi suntik lagi. kemudian 6 bulan lagi suntik lagi.

paham tak?

so macam mana kos dia?

untuk PAP SMEAR sahaja. kos dia adalah RM40

sekali suntikan vaksin CERVARIX adalah RM180

consultation fee adalah RM30

jadi korang boleh bajet2 la sebelum gi klinik. plan lah kalau nak buat pap smear dulu ke apa ok

kesan?
tangan memang lenguh. daripada selasa itu hari sampai hari ni pun still lenguh je tangan. tp lenguh2 pun boleh la menaip entry kan. lenguh biasa2 je la.

ok tu je kot. saya harap korang pun jangan tangguh2 ok. sebab ini bahaya. kalau dah kena tak boleh patah balik lagi dah. korang boleh tgk entry lama saya, saya ada tunjukkan gambar2 sekali. ngeriiiiiiiiiii.

ni saya kopipes komen daripada ila dalam entry yang lepas. harap ila tak kisah. ila, kalau rasa tak suka bgtau ye, saya keluarkan.

pertama kali nak drop comment walau dah nak masuk 3 thn menjadi silent reader..

mak saya mmg pesakit kanser pangkal rahim stage 2B. baru 2 minggu habis wat rawatan di NCI Hospital nilai (nilai cancer institut) utk rawatan Brakiterapi (Brachytherapy)dimana sinar radio aktif dipancarkan ke servik secara terus selama 59 jam.

sebelum ini mak saya menjalani proses radiotherapy selama 20 hari di NCI nilai diikuti kimoterapi di hospital seremban sebanyak 4 kali. pengalaman cukup menyedihkan dan ketabahan mak saya cukup saya banggakan.

seperti kata doktor kanser ni pembunuh dalam diam. mak saya disahkan sakit ini pada januari 2010 dan pada jun 2010 segala proses rawatan telah berakhir. hanya mampu berdoa moga sel kanser tiada lagi. pengalaman selama berkampung di hospital sban sepanjang mak saya menjalani kimoterapi dan rawatan lain amat menyedihkan.

nasihat saya biarlah kita cegah dr skrg. tak sakit pun pap smear itu.. percayalah.. sbb saya pun baru buat dan syukur alhamdulillah resultnya negatif..

mgkn satu hari saya akan blogkan ttg pengalaman saya di samping pesakit2 kanser ini. namun buat masa ini saya masih belum mempunyai kekuatan kerana saya masih terbayang kesengsaraan yg mak saya tangung sepanjang rawatan itu.. maafkan saya vp sbb terpanjang lak mengomen..ini cuma dr pengalaman saya sendiri...

Sedih :(

ok korang tu je

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

15 komen[s]:

eT said... [Reply to Comments]

me dah wat pap smear...
tp vaksin blom amik pon...huhu

su said... [Reply to Comments]

Aduhhh! akak x wat lg la...risau memuncak dah nih! huhu...

viruspadu said... [Reply to Comments]

eT
nanti amik tau

su,
cepat buat kak su. set appointment ngan doktor ye.

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

lepas bc entry jemah ni terasa gerun lak.. nak pg.. nak pg huhu..

sya_zazoo said... [Reply to Comments]

baguslah kalau VP dah buat.sy sudah 4tahun tak buat pap smear. kalau ikut kena buat setahun sekali paling koman la.huhu..teruk betul. Vaccine tu ingat nak amik tapi nak kena selidik betul2. sbbnye ada banyak penyebab kepada kanser serviks.salah satunya & paling common adalah HumanPapillomaVirus. That's why sgt digalakkan amik vaccine ni. Tapi kalau ada family history kanser payudara & serviks..adalah sgt digalakkan.cehh....nak kena selidik lagi ni.mek takut jarum..huhu

A.I said... [Reply to Comments]

aku baru je buat pap smear tu kt sepital selayang aritu..sangat relax ok.. haha..

tp yg injet tu aku x amik pon..mahainya..

Suliana said... [Reply to Comments]

tak sakit tapi ngeri tang seluk2 tu.. hehe.. dah buat tahun lepas :-)

Puan Seri said... [Reply to Comments]

kak jemah, sy pun dh wat n result nye negatif. bagus wat awal2 dr dpt tau last minit ade kanser servik.. owh so scary..

SUZIE APAI said... [Reply to Comments]

sama2 la mcegah dr mengubati...

Ila Zakaria said... [Reply to Comments]

tak kisah pun nak publish komen tu.. utk kepentingan bersama juga kan.. pada siapa yg lom buat cepat2lah... boleh buat di klinik kerajaan mahupun swasta.. saya dulu buat di poliklinik suria pakar wanita kat matahari heights kat senawang nun.. bak kata vp x sakit pon.. cuma kena relax2kan diri.. ikutkan saya dulu tak tergerak hati pun nak buat. bila doc spital sban suh buat sbb memandangkan mak saya ada kes kanser servik maka teruslah buat.. tapi vaksin tu tak ambik lagi.. kena cepat2 ambik ni. tak silap saya siapa ada anak perempuan umur 13 thn vaksin ni diberi percuma kat klinik kerajaaan. info ni pun saya dpt masa tgk kat papan tanda kat highway timur barat masa saya balik terengganu minggu lepas.

ratna said... [Reply to Comments]

yes.. buat pap smear tak sakit. sikit pun tak sakit. saya baru buat hari tu sbb nak buat medical check up..sekali kat dlm borang tu tulis suruh buat pap smear sekali. nasib baik klinik panel. tak payah bayar..

ArELeEz said... [Reply to Comments]

leez dah wat pap smear. scan pun sudah.. alhamdulillah.. sume ok. vaksin jer xamik lagik.

AyangAizul said... [Reply to Comments]

saya wat pap smear dah 2x dah. dua2 kali lps bersalin. kat spital kpj slgr mmg dia trus set kan utk wat pap smear tiap kali lps bersalin...

kira yg terkini br 4ke 5 bln lps la lps abis pntang Aliff...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

gud info laa kak vp...

Noorain Mohd Nawawi said... [Reply to Comments]

klo xkawen lagi bole ke wat?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^