Follow Viruspadu

Wednesday, August 25, 2010

Seb baik bawak sikit

Hari ni gaji dan puasa dan nak raya. Oleh itu terus ada jualan puspanita dekat opis saya. Kesimpulan dia berkesinambungan sangat kan. Jadi formula dia jadi macam ni gaji + puasa + nak raya = jualan puspanita. Unsur x, y, z dan n sebagai pemboleh ubah pun takyah ada. sebab semuanya mmg yang nyata-nyata sahaje hahaha

Jadi kitorang pun takyah fikir panjang. Berbekalkan duit bulan lepas yang tak habis lagi, chewahhhhhhhhh. Gaji tak sempat cucukkan. Oleh yang demikian moleklah kita kosongkan apa yang ada dalam wallet untuk masukkan gaji yang baru muahahahaha. tidak tidak, tidak mungkin begitu. :p

Saya tak bawak wallet la. aje giler bawak turun wallet. bukan boleh tahan iman kang. jadi kontrol diri siap2 la. cuma bawak beberapa duit kertas sahaja.

Saya hanya tergoda dengan baju anak sahaja. sebab baju sendiri semua tak mampu beli hahaha, habis tu turun bawak sekeping lima ploh, dan beberapa keping duit lain. dan baju sendiri memerlukan sekurang2nya dua keping duit lima ploh tsk tsk tsk. jadi lupakan bahagian itu. tgk baju anak saja lah


syukurlah bawak duit sikit. beli ini sahaja melayang RM64 acik ok. 2 helai baju anoi, sepasang baju nisa, dan dua coklat utk anoi dan nisa :)

so warga opis ku. yuk turun groundfloor sampai hari jumaat ni dan habiskan duit mu. duitku sudah setel. tinggal nak bayar duit kutu ngan duit kuih raya je lagi :)

ok tu je nak bebel

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said... [Reply to Comments]

salam...

hey there...1st time here :)
wahhhhh meriah ur daughters raya this year...bju raya mesti lagi byk dari baju raya mama dia kan ;D

marinahunny said... [Reply to Comments]

x bawak wallet tu taktik yg paling berkesan kalu xnk sopim..hahaha

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya siap ada jualan kat opis lagi...sy pun sama bj anak je capai dulu...:)

nasaoji said... [Reply to Comments]

hahha..smlam kt turun kat "jalan tar kompleks D" bawak rm10 je kak..pecah beli kacang ajer..

kat atm berderet bratur panjang..jln penyelesaian, kuarkan balance gaji sebelum b4 hari gaji.. ;)

Faisya said... [Reply to Comments]

katne opis kak jemah ni?nnt blh saya bwk angkatan saya memborong disana..cewahhhhhh







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^