Follow Viruspadu

Wednesday, August 04, 2010

Shopping baju punya pasal

ini dekat cheras ni.

saya bila balik cheras dan dah jumpa adik beradik memang perangai terus bertukar. macam BERTUKARRRRRRRR terus jadi otomen cosmos hahaha apakah! poyo! eh korang dulu masa tgk cerita kartun especially cerita sailormoon tu kan. masa dorang BERTUKAR tu kan. memang la comel giler kan tp lama giler dia amik masa nak buat gaya2 bertukar siap pusing2 bagai tu kan. lama tuuuuuuuu. sanggup pulak musuh dia tunggu dia bertukar tu semua hahaha. kalau saya la jadi musuh sailormoon tu, masa dia nak bertukar tu saya sorokkan baju dia muahahahahaha. terus menang tanpa bertanding okeh hahaha.

tgk tgk tiba2 boleh jadi cerita BERTUKAR lak ni kan hahaha

kitorang lepak2 bilik sepet yang super duper sepah. sepet takde kot dia tak balik rumah lagi. ntah mana ntah minah tu merempit. tak paham haku. :p




sembang punya sembang.

"kat MV ada less ndak"
"apadia?"
"ada jual henbeg tu lawaaaaa, dekat dengan bla bla bla"
"jom nak tak kita gi"

terus JOM kau. baru cerita2 je.

tapi tak dapat la nak gi MV sana. macam tak seswaiiiiiiiiiii je. takpe lah kita pegi dekat2 yang cepat sampai senang nak balik. sebab kitorang pegi tak bawak anak. anak2 tinggal dengan suami tercinta love love bucuk wangi muah (ayat kena manis weiiiiiiii) :p yang pegi cuma saya mak uteh ngan kakcik je. gi empat orang sahaja :)



saya plan nak cari baju selai dua, laki den dongar sambil geleng kepala :p
kakcik nak beli baju ke apa ntah
emak nak beli baju joging dia
uteh jadi driver :p



kelakar shopping dengan kakcik. sebab baju2 yang dia pilih semua out hahaha. boleh pulak dia tunjuk kat saya

"andak baju ni cantik kan"
"huh"

pandang dengan muka blur. biar betul kakcik punya taste ni. sambil terbayang muka abangcik hahaha tetiba!

"kenapa tak cantik je andak"
"ermmmmm cantik kot, cuma andak la tak minat"

jawapan selamat :p

last2 kitorang pilih baju ni. kakcik bekenan dan menepati ciri2 baju yang dia nak cari. baju yang labuh tutup vontot dan menampakkan badan kurus (ini paling penting) kemudian sesuai pakai gi kerja atau jalan2 sekali. so jimat la sikit.

kena tutup flash dengan jari takut kantoi :p

kakcik poyo sangat kena ke bergaya macam tu haaaaaaaa :p

kadang2 kalau tengok dalam cermin tak puaskan. so saya snapkan gambar bagi kakcik tgk penampilan dia dalam gambar pulak macam mana. kadang2 tgk dalam cermin ok je tp dalam gambar nampak gemuk. so bila kakcik tgk gambar dia nampak kurus terus sambar :p

saya beli baju selai je. tak sempat nak meround sebab kakcik asik panggil tgk baju yang dia bekenan hahaha. chait!

kakcik pulak beli baju berhelai2 kau. duit yang bawak keluar habis semua hahaha

emak beli baju selai ngan kasut sepasang

uteh driver jugek jadikkkkkkkkkkk jadi takyah la beli pape :p

jadi itu je la laporan emak budak yang dapat bershopping dengan aman. eh aman keeeeeeeee??? takde maknanya aman okeh kalau telefon bimbit asik berdering je hehehe. well.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

stylo ok baju kak cik tu...like2!!

eT said... [Reply to Comments]

cite salormoon..huhuh..kenangan2..
feberet tuh..
nyway...bergaya sakan heh...

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

lawaking...

Mulan said... [Reply to Comments]

eh baru perasan , pas tu kak cik pakai baju tu gi umah Ceera ye ?

viruspadu said... [Reply to Comments]

:: p R i n c E s S _ N ::
sesuai dengan dia :)

eT
dia dah lama tak shopping. tu yang bergaya sakan tu

MUMMYMUJID
yoko! hehe

Mulan
iye betul. dia sgt tak sabar nak pakai haha

princess_eryna said... [Reply to Comments]

hahah...sailormoon..... teringat laa plak.....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^