Follow Viruspadu

Monday, August 30, 2010

Tomyam Ibu Juga Yang Terbaik

Hari yang ditunggu-tunggu macam biasa.

Pertama memang tunggu hari sabtu pun. Memang hari-hari tunggu kemunculan hari sabtu sebab pagi tu takyah kalut bangun awal pagi mandi nak pergi kerja muahahaha. *heaven

Tertunggu-tunggu sebab nak pergi shopping hari sabtu

Tertunggu-tunggu sebab nak balik rumah keluarga tercinta dan berbuka puasa beramai-ramai. TERUJA! siapa yang tak teruja berbuka puasa dengan family tercinta memang lah dia. kan kan kan.

saya sampai cheras jam 2.30 petang. sampai-sampai terus masuk bilik mak. mak saya kemain terkejut bukan kepalang lagi. sebab dia ingat saya tak balik. alolololo. kemain suka la mak abah saya

mak: mak igt ko tak balik, mak baru sembang dengan abah
abah: tu la abah dah cakap dengan mak kau, kau balik tp lambat sikit
mak: yelah biasanya zaimah kalau balik, awal dia sampai
abah: mak ko tak percaya cakap abah

HAHAHAHA saya gelak je la. rupanya dalam bilik topik perbualan mak abah saya adalah Adakah Jemah Akan Balik Minggu Ini. HAHAHA. sumpah comel topik macam tu haha

Abah rekues mintak mak saya masak tomyam.

yahoooooooooo. mesti abah baca blog ni kan kan kan. sebab tu tahu saya teringin nak makan tomyam. chewah abah, suka buat hati I berbunga-bunga tau

disebabkan mak abah dan seisi keluarga adalah baca blog ini. jadi macam mana la saya nak tulis yang bukan-bukan dalam blog. mana mungkin itu berlaku. yang 18sx lagi lah tidak mungkin. mengkeji mencaci lagi lah no no no. malu mak abah saya kang tgk anak dia tulis bukan2 kan. dia tak pernah ajar perkara-perkara semacam itu :)

jadi menu berbuka puasa hari sabtu.










air tembikai uteh buat. kemain sedap lagi

lauk pauk semua masak sendiri kecuali kuih muih dan air soya.

ini tomyam. melelehhhhhhhhhh. tomyam macam ni la selalu dalam bayangan saya. rasa dia pun. rasa ni la yang saya selalu terbayang kalau saya buat tomyam dan biasanya tak jadi rasa macam ni. rasa kuib tomyam je yang lebih. tak shukeeeeeeeeee

rupanya mak saya tumis semua dulula. oooooooo gitu kekdahnya ye mak. baru ku tahu!

mak masak satu periuk besauuuuuuuu. sekejapan sekelipmataan licinnnnnn.

terima kasih mak sebab masak masakan sesedap ini :)


tiba-tiba terfikir, adakah satu hari nanti nisa akan ucapkan ungkapan itu pada saya? InsyaAllah :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

Suliana said... [Reply to Comments]

insylah kak jemah :-) mcm kita menghargai mak kita, tentu kita pun akan dpt mcm tu juga.. amiinnn

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

buat masa sekarang ni, hubby yg selalu cakap mcm tu, "terima kasih sbb masakkan makanan yg sedap untuk abg" owh nikmat..tggu anak pulak cakap esok2 nih..

mummysyafie said... [Reply to Comments]

sabtu ni baru leh rasa masakan mak..tak sabar nak balik kuching..huhuhu...

~~Ciklinn~~ said... [Reply to Comments]

yup mmg msak mak yg terbaek... adoii sedapnyer tomyam itu....hishh hishh air tembikai tu buat rasa nak berbuka...

MieZa said... [Reply to Comments]

sedap nya sambal ikan bilis tue..terliur (T_T)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

masakan mak mmg terbaiklah...xde sape boleh lawan kan...sweetnya baha vp n mak vp..mcm tau2 je anak dia nak balik..ni mesti adik beradik lain jeles nie..:)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^