Follow Viruspadu

Thursday, August 12, 2010

Tulis itu Bogel

Baru jumpa blog beliau. Zahiril Adzim seorang pelakon yang pertama kali saya tengok lakonan dia. saya dah terpikat dah. hebat dia!

Bila terjumpa blog dia, saya baca entry pertama. wahhhh gaya bahasa dia saya minat. bersahaja je. terus scroll down. tengok apa lagi yang menarik. wah macam semua pun menarik hoh!

dan tiba ke entry ni. saya senyum. lalu terfikir untuk berkongsi dengan korang. nah. ini bukan entry lucah ok. ini bulan puasa ni wei. harap maklum hehehe.

dalam makna dia. :)

enjoy!

Menulis, dan juga berkata - kata, ibarat seperti berbogel. Setiap apa yang kita tulis memperlihatkan apa yang berada di dalam kita. Minda kita terutamanya.

Pemikiran, mentaliti. Atau personaliti.

Kesemuanya, atau mungkin sebahagian kecil dalam diri. Yang pasti, ia dari dalam. Seperti di belakang pakaian.

Menulis atau melontar pendapat tentang sesuatu situasi, isu atau keadaan biarlah cantik atau molek kata Abe We. Seperti seorang wanita yang berpakaian seksi sehingga menampakkan apa yang difikirkannya cantik. Lebih tepat, sebagai contoh buah dadanya. Padanya mungkin buah dadanya paling cantik.

Tapi pada mata orang lain, sekitarnya, sudah terang - terang menyaksikan keburukkan benda alah itu.

Seperti seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar sehingga menampakkan tekstur yang tidak rata. Mungkin padanya, pistolnya lah paling menonjol sehingga mampu menggiurkan gadis - gadis. Kenyataan sebenarnya ia menggelikan tahap sembilan point sembilan.

OK? Ini bukan cerita lucah. Ini contoh paling dekat dengan manusia. Tubuh. Atau juga, contoh yang paling senang melekat dekat otak.

Jadi kalau buruk yang kamu tulis, maka buruklah anu yang kamu tunjukkan.

Atau bahasa kasarnya, bodohlah apa yang kamu tulis kan. Atau nak kasar lagi?

Tak sanggup aku tulis.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

ghimau said... [Reply to Comments]

Salam ziarah dari ghimau :) Selamat berpuasa

Dee said... [Reply to Comments]

setuju..tulisan kita sebenarnya adalah cerminan siapa diri kita..org leh nilai and baca diri kita...luar dan dalam..

p/s:-silent reader je ni..hahaha..

ratna said... [Reply to Comments]

dia berlakon citer apa yer??? tak boleh nak kenal pastimuka dia tu..

Mya said... [Reply to Comments]

pernah jumpa dia in person.
sangat ramah dan baik :)

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

best gilerr penulisan die...

viruspadu said... [Reply to Comments]

ghimau
mana buah tangan?

Dee
silent ke? hehehe. takpe kita igt la awak.

ratna
paling igt cerita yang 100 hari tu, apa tajuk penuh dia lupa

Mya
yelah cara penulisan dia dah rasa dia baik :)

:: p R i n c E s S _ N ::
kan bersahaja je. i like

princess_eryna said... [Reply to Comments]

dia budak teater kan???..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^